Monday, 19 December 2016

Kita Berhujah Dengan Orang Untuk Menang Apa?

Kita Berhujah Dengan Orang Untuk Menang Apa?

Dalam berdebat dan berhujah dengan orang.
Adakah kita rasa seronok dan gembira tengok orang lain kalah berhujah dengan kita? 


Apakah tanda-tanda itu. Check semula hati & niat sebenar berhujah. Tepuk dada, refleksi diri tanpa lihat orang lain.

Nak jatuhkan orang atau membimbing lawan kepada keadilan dan kebenaran?

Mungkin kita boleh menang hujah sebab banyaknya ilmu dan hebatnya skill hujah kita, tapi kita gagal memenangi hati lawan kita.

#SelfReminder *Nasihat utk orang² politik, pakar debat, ahli mana² Jemaah Islam n seumpamanya.

http://jejak-khaira-ummah.blogspot.com/

Sunday, 18 December 2016

SAMPAI BILA YE?

SAMPAI BILA YE?

"Tak dapat kawal Emosi dalam mendepani sesuatu isu, perkara, permasalahan atau sesebuah kumpulan tidak sealiran dengannya akan menyebabkan umat Islam menjadi ghuluw"

GHULUW/ MELAMPAU

»»»Dari situ akan timbul sikap kita:-
-Maki hamun
-Fitnah
-Sindir menyindir
-Ejek mengejek
-Caci maki
-Kutuk mengutuk
-Label melabel
-Jatuh menjatuhkan
-Musuh memusuhi
-Gaduh
-Membunuh peribadi individu
-Putus saudara
-Bunuh membunuh
-Perang sehingga 7 keturunan

#SelfReminder

*Nasihat utk ahli mana² parti Politik, ahli mana² Jamaah Pertubuhan Islam, ahli mana² aliran fikrah atau yang seumpamanya.

»»Masyarakat beragama yang hidup harmoni

Saturday, 17 December 2016

BANYAK PLAN GAGAL DALAM HIDUP? Tapi, Muslim tak akan...

Hari tu 100% dah putus asa sebab fikir tak mampu dan ramai tak syorkan. Tapi, Alhamdulillah. Hari ni, kira2 balik. RM2000 lagi. Insyaallah. Jadi tak jadi. Wallahualam. Usaha, harap & tawakal je. Rezeki ada dimana2 shja.

Jangan jemu merancang masa depan, walaupun pelbagai plan2 yang kita rancang sebelum ini semuanya gagal. 

Putus asa dengan kegagalan adalah kegagalan yang sebenar-benarnya. Apabila kita tak jemu, insyaallah akan ada pelbagai jalan terhampar di depan mata kita. Yang utama luruskan niat dan tujuan.

Jika abjad huruf ada A sampai Z. Maknanya, kalau dalam merancang kehidupan kita gagal Plan A, B, C, D, jangan putus asa, masih ada Plan sampai Z. Tak semudah A B C seorang Muslim akan putus asa.

#talkToMyself

Friday, 16 December 2016

Siapakah Pendakwah?

DR MAZA Pentas Akhir PU : Siapakah Pendakwah ?

Jika memilih jalan untuk menjadi pendakwah selebriti, berhati-hatilah wahai diri, dunia lensa ini terlalu mengelirukan, kepadamu Tuhan kupohon kekuatan.

"Apakah sebenarnya dakwah ? Dakwah bukanlah seorang pelakon yang menghafal dialog-dialog dan kemudian diungkapkan tanpa dirinya sendiri memahaminya atau beriman dengannya.

Dakwah bukanlah penyanyi yang menghafal lirik yang menunggu sorak dan tepukan orang bawahan sedangkan dirinya sendiri tidak mampu melihat hakikat sebenar dari apa yang diungkapkannya.

Dakwah adalah kerja para Nabi. Ketika Allah membebankan dakwah ini ke pundak para anbiya, mereka menanggungnya dengan berat.

Dakwah tidak dihamparkan dengan permaidani merah, untuk menerima habuan yang lebih, untuk menjadi terkenal dan masyhur kerana dakwah. Para anbiya telah melaluinya dengan penuh keperitan.

Ramai menyangka dakwah ini suatu kesempatan sedangkan para anbiya melaluinya dengan penuh keberatan. Mereka menangis di atas jalan dakwah ini, mereka tersenyum kerananya, tidur bangun kerananya, fikir mereka kerana dakwah.

Dakwah bukanlah kerja sambilan yang dilakukan untuk mendapatkan kemasyhuran atau wang tambahan yang membolehkan mereka mengumpulkan harta dunia.

Di Akhirat kelak ada Nabi dengan seorang pengikut. Ada Nabi yang ada dua orang sahaja pengikut. Ada Nabi bersama sekumpulan pengikut. Ada Nabi yang tiada seorang pun pengikut. Demikian mereka menanggung dakwah tidak seperti yang kita andaikan.

Adakah kerja pendakwah di pentas, merebut kemasyhuran ? Ilmu ini sesungguhnya dibawa oleh orang-orang yang amanah. Kerja mereka bukanlah membuat lawak kepada orang ramai, membuatkan orang tersenyum dan bersorak sarai.

Sesungguhnya kerja mereka adalah membersihkan ilmu dari golongan-golongan pelampau dan bersemangat agama lalu menokok nambah dalam beragama lebih dari yang sepatutnya dan takwilan orang-orang yang jahil.

Para pendakwah, janganlah jadikan pentas dakwah sebagai tempat merebut populariti atau merebut kesempatan harta dunia. Dakwah adalah kerja Nabi dan kita menyambungnya dengan penuh ikhlas kerana Allah."

Dr MAZA, Pencetus Ummah (Akhir), 8 Disember 2016

Ratusan Dekan Hanya Apa?

RATUSAN DEKAN HANYA APA?

→Ratusan Keputusan bukanlah Rampasan,
→Bukan merampas segala kebahagiaan insan,
→Ratusan Itu Hanya Pemberian Ihsan,
→Ratusan Keputusan dekan Semuanya Sekadar Cebisan-Cebisan Ihsan.

*Ihsan Ilahi tiada ternilai pada setingginya nikmat insan,
*Sekadar insan bernafas juga adalah ihsan,
*Cukuplah insan mengucap syukur kepada Ilahi atas segala pemberian ihsan.

Thursday, 15 December 2016

TIDAK SELAMANYA, SEMUA SEGALANYA


»»»TIDAK SELAMANYA, SEMUA SEGALANYA««« 

→Yang Hebat Tidak Selamanya Hebat

→Yang Kaya Tidak Selamanya Kaya

→Yang Kuat Tidak Selamanya Kuat

→Yang Muda Tidak Selamanya Muda

→Yang Tua Tidak Selamanya Tua

→Yang Hidup Tidak Selamanya Hidup 

→Yang Pasti Semuanya Mati

→Yang Ditakuti Akhirnya Pasti

→Yang Ditepati Akhirnya Disakiti

→Yang Mesti Semuanya Perlu Bererti

→Yang Terbukti Meninggi Disumbang Bakti

→Yang Dihajati Bukan Semuanya Gerenti

→Yang Tak Didapati Kan Tuhan Bagi Diganti

→Yang Sebesar Empayar Dinasti Tak Kan Terlawan Kuasa-NYA Pemilik Bima Sakti

→Yang Nanti Semuanya Kan Berhenti...

→Ya. Aku, Kau, Kita Serupa.

→Kerna Yang Zahir Semuanya Kan Berakhir...

#HidupBiarBererti

#YangBerertiDibalasBakti

#YangMahaKuasaTidakDilupaDiganti

#BalasanAkhiratItuSudahPastiDinanti


Tuesday, 13 December 2016

KEHIDUPAN ARAH PENCARIAN

KEHIDUPAN ARAH PENCARIAN

Jangan harapkan jawapan, hujah dan hasil yang hebat, kerana yang ada semuanya masih bayangan persoalan, pencarian dan kajian. Tiada yang hebat mampu dilontarkan, melainkan hanya sedikit travelog perkongsian.

#LautanBayangan
#MendungKelelahan
#AnginKerehatan
#LangitHarapan
#CahayaPegangan
#TerbangTunduk

MEREKALAH BILAKAN TIBA...

-MEREKALAH BILAKAN TIBA...-

»Peluru membasahi hujannya mereka,
»Bom memekik guruhnya mereka,
»Api menerik mataharinya mereka,
»Seksa mengikat tangannya mereka,
»Asap memenuh perutnya mereka,
»Darah membadai banjirnya mereka,
»Mati menyekat tangisnya mereka,
»Lidah mengering bisunya mereka,
»Mata memandang cakapnya mereka,
»Facebook menyampai sedihnya mereka,
»Pemimpin dunia menyeyak tidurnya mereka,
»Dunia membisu tawanya alpa,
»Mereka menunggu bunganya aman bilakan tiba...

MEREKALAH RAKYAT SYRIA

#StandWithAleppo
#SaveSyrian
#StopKilling
#SaveChildren

Saturday, 10 December 2016

Pemuda

Ada sesetengah pemuda berpendapat, pejuangan Islam adalah sekadar pada pakaian sahaja. Bukan hendak menidakkan sunnah berpakaian, tetapi pejuangan Islam bukan sekadar itu. Perjuangan Islam bukan diukur pada panjangnya serban, atau putihnya jubah sahaja. Bukan! atau labuh tudung yang melitup tubuh, dihiasi pula dengan purdah! Bukan! Bukan sekadar itu! Apa gunanya tampak alim, tampak lebih beragama, tetapi dari sudut fikrah, kosong! Langsung tidak diisi rencana-rencana penambahbaikan untuk ummah ini! Bila berbicara tentang ummah? Ataupun permasalahan menimpa ummah ini? Langsung tidak kisah, atau tidak ambil peduli. Adakah ini perjuangan Islam yang sebenar?

Ada sesetengah pemuda berpendapat, perjuangan Islam yang sebenar hanya cukup sekadar duduk menjadi rahib di masjid-masjid. Bukan! Perjuangan Islam juga bukan juga sekadar duduk di masjid, menjadi rahib, beribadah untuk dirinya sendiri tanpa sedikit pun berfikir untuk ummah ini. Bukan juga terlalu larut dengan permasalahan fiqh dan khilaf yang tidak kunjung redha. Label, melabel, kafir mengkafir, dalam isu furu’sedangkan, ummah sedang tenat dan menuntut kita untuk berbuat sesuatu!

Perjuangan Islam juga bukan sekadar pada politik, dan mengenepikan aspek-aspek lain seperti tarbiyah. Tanpa tarbiyah, akhlak akan jadi rosak. Perjuangan politik hanya akan menjadi alat merebut kuasa dan bukannnya sebagai satu wasilah untuk mencapai sasaran yang lebih besar iaitu membina sebuah Tamadun Islam.

Dan, perjuangan Islam bukan juga bukan sekadar pada dakwah sahaja, dan mengenepikan aspek-aspek lain dalam kehidupan, ekonomi, pendidikan, urus tadbir negara, tanggungjawab ke atas keluarga dan sebagainya. Imam Hassan Al Banna menyebut, pejuang Islam yang sebenarnya diseru untuk menjadi pemimpin dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, berkerja dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, ketenteraan, kesihatan dan juga kekayaan. Segala kepakaran mereka ini akhirnya akan disumbangkan kepada pembangunan ummah itu kerana hakikatnya mereka menyedari bahawa hakikat diri mereka itu adalah milik ummah! Tentunya, kepakaran, pangkat dan kekayaan mereka itu sangat-sangat berguna untuk ummah di hari kemudianya.

Justeru, silaplah mereka yang memahami perjuangan Islam ini dalam kerangka yang sempit. Perjuangan Islam bukanlah perjuangan yang mengongkong diri di dalam ruangan ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang menyakini bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan akhiratnya. Tidaklah bermakna, seorang pejuang itu meremehkan aspek-aspek ibadahnya. Dia tetap beribadah dan tidak culas mengerjakan ibadah fardhunya, tetapi pada masa yang sama, tidak melupakan hak ummah ini.

#CnP: Quranicgen.com

Saturday, 26 November 2016

Rendah diri

“Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum”

-Ramlee Awang Murshid-

Sunday, 6 November 2016

Kata-Kata inspirasi Pemuda

*KATA-KATA INSPIRASI SEMPENA FINAL EXAM KUIPSAS*

Selamat Menempuh Minggu Peperiksaan Akhir Semester Buat Rakan-Rakan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Beberapa Inspirasi Untuk Menaikkan Semangat Anda:

*●The Best Never Give Up*
*●Study Smart, Not Study Hard*
*●Kejayaan Bukan Lagi Mimpi, Semua Berhak Mengapainya, Jangan Putus Asa, Teruskan Berusaha dan Bertawakal*
*●Hidup Bukan Sekadar Hidup, Hidup Adalah Untuk Mengukir Sejarah dan Menjadi Yang Terbaik Untuk Manfaat Ummah*
*●Pemuda Adalah Harapan Buat Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah. Ayuh Pemuda, Serlahkan Potensi Anda, Bangunlah Daripada Lena, Belajarlah Daripada Kegagalan, Langkahlah  Ke Hadapan, Dan Ciptalah Kejayaan Sewaktu Muda, Untuk Merubah Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah.*
*●Kejayaan Bukan Untuk Ditunggu, Kejayaan Adalah Untuk Di Kejar Dan Digenggam. Andalah Pemilik Genggaman Itu! Majulah*
*●Kepayahan Dalam Perjuangan Adalah Tanda Anda Bakal Pemilik Kemenangan Dan Pemilik Kejayaan. Perjuangan Anda Untuk Menuntut Ilmu!*
*●Jika Aku Tidak Ubah Hidup Aku, Maka Aku Akan Gagal Selamanya. Aku Perlu Berubah Untuk Menjadi Lebih Baik Dari Semalam*
*●Sang Juara Tidak Pernah Rehat Dalam Berusaha, Tidak Pernah Berputus Asa Dalam Perjuangan, Tidak Pernah Letih Dalam Melangkah. Jika Anda Sanggup Menelan Kepahitan 3 Resipi Kejayaan Itu. Maka Yakinlah Andalah Sang Juara Itu!*
*●Tiada Orang Yang Bodoh, Tetapi Yang Ada Cuma Orang Yang Malas Berusaha dan Tidak Mahu Berubah. Ayuh Berubah*
———————————————————
*"Wahai Para Pemuda! Sesungguhnya Medan Amal Pertama Kamu Ialah Mendidik Diri Kamu Sendiri. Maka Apabila Kamu Berjaya Pada Medan Pertama Ini, Nescaya Kamu Akan Berjaya Di Medan-Medan Yang Lain, Sebaliknya Jika Kamu Mengambil Ringan Untuk Berjihad Dengan Diri Kamu Sendiri, Nescaya Kamu Akan Kecundang Di Medan-Medan Yang Lain. Ayuh! Singsinglah Lengan Kalian Untuk Memenangi Jihad Ke Atas Diri Kamu Terlebih Dahulu."* (Imam Hassan Al-Banna)

*"Janganlah Berputus Asa Kerana Sifat Sedemikian Bukanlah Akhlak Muslimin"* (Imam Hassan Al-Banna)
———————————————————
*KUIPSAS adalah platfom untuk merubah masa hadapan hidup anda. Buatlah yang terbaik untuk kehidupan anda.*

*Jangan Lupa Restu Ibu Bapa, Guru. Jangan Lupa Membina Hubungan Dengan Allah SWT.*

*All The Best dan Selamat Berjuang Sepanjang Minggu Final Exam Ini Kawan-Kawan. :)*

Pesanan Daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/16

(7 November 2016)

*#FinalExamKUIPSAS*

TELEGRAM CHANNEL:
»»»Saluran Harmoni MPP KUIPSAS

Tuesday, 30 August 2016

ANAK MUDA MERDEKA

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

*7 CIRI ANAK MUDA YANG MERDEKA. PERKONGSIAN ANAK MUDA KUIPSAS*

*1)M-Muhasabah*
»»»Tiada anak muda yang sempurna didunia ini. Anak muda perlu merendahkan diri, memuhasabahkan diri, merefleksi diri bagi mencari kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan. Setelah diketahui kesalahan yang dilakukan itu, mereka berusaha memperbaiki diri mereka ke tahap yang lebih baik. Apabila anak muda ada kuasa muhasabah dan kuasa merendah diri, insyaallah inilah ciri-ciri anak muda yang hebat dan anak muda jenis ini akan menjadi insan yang hebat suatu masa nanti. Oleh itu, janganlah menjadi anak muda yang angkuh dan memandang orang lain rendah serta hina.

*2)E-Enggan Mengalah*
»»»Anak muda enggan mengalah dalam mengejar cita-cita dan objektif hidupnya. Anak muda bersungguh-sungguh mengahadapi kepayahan dan kesulitan demi mengejar kejayaan yang dimahukan. Jika mereka jatuh, anak muda cepat bangkit untuk terus berjuang ke garis penamat.

*3)R-Redha*
»»»Anak muda redha dengan ujian yang Allah berikan. Anak muda bertawakkal kepada Allah dan tidak mudah menyalahkan orang lain seandainya sesuatu perkara buruk berlaku. Anak muda redha dan mula bermuhasabah diri mencari jalan terbaik bagi menghadapi sesuatu ujian. Life is a test.

*4)D-Do It*
»»»Anak muda tidak takut mencuba perkara yang baru selagi mana tidak bercanggah dengan Islam dan Undang-undang. Abak muda berani "do it" apa sahaja dengan niat untuk "learning process". Anak muda memaksa dirinya untuk just do it bagi memperbaiki kelemahan dirinya bagi menjadi anak muda yang hebat  semata-mata demi mengembangkan peranannya dalam membangunkan masyarakat dan negara tercinta

*5)E-Enggan Melupakan*
»»»Anak muda enggan melupakan kebaikan yang ada dalam diri orang lain, dan seboleh upaya melupakan kesalahan orang lain pada dirinya, mengiktiraf dan menghargai sumbangan orang lain dan tidak berniat menjatuhkan orang lain.

*6)K-Kuat Semangat*
»»»Sentiasa bersemangat untuk berjuang dalam pelajaran, menhadapi cabaran, ujian, bersemangat melawan musuh yang ada dalam diri sendiri dan sentiasa bermotivasi dalam kehidupan

*7)A-Akhlak*
»»»Anak muda yang memiliki keperibadian yang luhur, akhlak yang mantap, sentiasa menghormati orang lain, menyayangi yang lain, tutur bicara yang dijaga baik dan sebagainya

Sekian itu sahaja, perkongsian dari saya selaku anak muda kepada anda anak muda. Semoga kita menjadi anak muda yang merdeka. Merdeka fizikal dan pemikiran. Hari ini, barat tidak menjajah kita melalui peperangan dan senjata. Mereka sedang mengatur strategi menjajah anak muda dari segi pemikiran dan budaya. Oleh itu, ayuh kita menjadi abak muda yang bebas daripada penjajahan barat melalui aspek pemikiran. Kita merdekakan diri kita.

*Ditulis Oleh:*
Syahizat Suhaimi
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/6

(31 Ogos 2016)

#SehatiSejiwa
#KUIPSASMerdeka
#AnakMudaMerdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-59

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Friday, 22 July 2016

GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA

[GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA]

Kandungan mesej yang dibawa Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah itu syumul-menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

Apa yang dapat dilihat daripada 8 Gagasan Kampus Harmoni ini adalah manifestasi daripada kesemua nilai-nilai yang selari dengan tuntutan Islam.

Oleh itu, buat mana-mana pihak yang menjadikan salah satu daripada 8 Gagasan ini sebagai gerak kerja mereka dalam ke arah mencapainya, ianya merupakan salah satu usaha Dakwah.

Ini kerana 8 Gagasan ini juga, adalah 8 perkara dalam perjuangan menegakkan Dakwah Islam yang syumul-menyeluruh dalam aspek kehidupan.

Gagasan Kampus Harmoni bukan sekadar kelihatan matlamat duniawi, ianya juga membawa mesej-mesej Islam yang syumul yang membawa matlamat menyebarkan rahmah buat warga kampus selari dengan slogan Islam rahmatan lil 'alamin.

Dalam pada itu, Perjuangan 8 Gagasan ini bukan suatu gerak kerja perjuangan jangka masa pendek. Ianya memerlukan perjalanan yang panjang dengan perlaksanaannya daripada semasa ke semasa dan berperingkat-peringkat.

Disamping itu, buat mana-mana pihak yang mencuba memperkenalkan 8 Gagasan ini kepada warga kampus, ianya merupakan suatu kempen yang baik bagi menarik minat pelbagai pihak untuk mengetahui, mendalami dan berminat bagi perlaksanaan gerak kerja mereka berpandukan 8 Gagasan ini.

Sesungguhnya, individu yang menjadi pembuka jalan kepada 8 Gagasan ini mungkin tidak sempat melihat dizamannya tercapai kelapan-kelapan gagasan yang menjadi indikator KPI menentukan Keharmonian sesebuah kampus, namun walau bagaimanapun, individu pembuka jalan tersebut telah memainkan peranan melaksanakan kempen bagi menarik minat dan menunjukkan jalan kepada pelbagai pihak bagi meneruskan agenda perjuangan mengharmonikan kampus dengan 8 indikator KPI Kampus Harmoni iaitu 8 Ciri Kampus Harmoni:

1. Gaya hidup warga kampus yang sihat, mesra dan berakhlak.
2. Warga kampus bebas bersuara dan diiktiraf
3. Pentadbiran kampus yang cekap dan berkualiti
4. Pengamalan budaya politik nilai dalam pilihan raya kampus
5. Penyuburan budaya ilmu dan intelektualisme
6. Penghasilan mahasiswa berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing
7. Kampus selamat, berkebajikan dan mesra mahasiswa
8. Peranan siswa dalam isu masyarakat, negara dan antarabangsa diiktiraf

Memetik kata-kata Nik Fatma Nik Muhamad didalam artikelnya di Malaysia Insider iaitu "Gagasan ini bakal membuka mata semua masyarakat kampus untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan satu projek mengharmonisasikan kampus dengan gaya hidup mahasiswanya yang mesra dan berakhlak, menyuburkan budaya intelektualisma, mengamalkan budaya politik nilai dalam pilihanraya kampus dan sebagainya. Gagasan ini juga bakal merubah suasana kampus ke arah kampus yang berkebajikan, mesra mahasiswa dan selamat"

Apa yang perlu difahami adalah, Gagasan Kampus Harmoni bukanlah milik sesuatu pihak yang memperkenalkannya sahaja, tetapi gagasan ini merupakan milik semua pihak yang berminat dalam menjayakan agenda mengharmonikan kampus.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
(Ali-Imran:110)

Sekadar pandangan. Wallahualam.

Syahizat Suhaimi
Mahasiswa KUIPSAS, Tahun 3, Diploma Dakwah Dan Pengurusan

(22 Julai 2016 || 17 Syawal 1437h)

#KampusHarmoni
#HARMONI

Tuesday, 12 July 2016

HARAPAN YANG TAK AKAN MENGECEWAKAN

Manusia tidak lari daripada sifat alpa dan kesalahan. Selagi mana dikau ingin berazam untuk kembali menyesali kesilapan lampau itu. Maka Janganlah dikau kecewa, jikalau dikau sudah kecewa dengan dirimu sendiri, apakah maknanya kehidupan ini sudah berakhir(kematian)?

Namun, sebaliknya harapan itu sentiasa ada. Berharaplah pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Pohonlah segalanya daripadaNYA.

syaitan dan manusia itu sentiasa mengecewakan HambaNYA untuk kembali kepada Allah SWT, maka janganlah dikau kecewa dan berputus harap daripada rahmat Allah ingatlah keampunan Allah SWT itu mengatasi seluas langit dan bumi. Selagi mana HambaNYA itu benar-benar ikhlas ingin kembali bertaubat padaNYA. Allah swt maha mengetahui keikhlasan hambaNYA lebih daripada hukuman-hukuman yang dilontarkan oleh manusia. Janganlah dikau berasa jemu untuk kembali kepada Allah swt, sehingga disaat dikau mula terbit perasaan jemu, takut dan malu untuk melakukan maksiat itu lagi. La Tahzan, Janganlah bersedih, syaitan bukanlah Tuhan, dia hanyalah musuh yang nyata, yang menjauhkan Allah swt dengan HambaNYA(manusia).

ﻭَاﺳْﺘَﻐْﻔِﺮِ اﻟﻠَّﻪَ ۖ ﺇِﻥَّ اﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﻏَﻔُﻮﺭًا ﺭَﺣِﻴﻤًا
(Al-Nisa:106)

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً )).

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
[HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan shahih].

Saturday, 28 May 2016

IncomeRM37k, Bisnes air mineral tepi jalan je?

[INCOME RM37k BULANAN, BISNES AIR MINERAL TEPI JALAN JE? HAHA]

Biar betul? Haha

Dalam bisnes, niaga air mineral yang untungnya 50 sen sebotol jangan dipandang lekeh.

Kerana jika benar cara pasaran kita, promosi kita, kita mampu mendapat  keuntungan berlipat kali ganda. Bagaimana?

Contohnya.
Jika produk air mineral kita mampu dipasarkan di 10 pasaraya besar. Katakan hasil jualan bulanan bagi satu pasaraya adalah 300 kotak(1 kotak 25 botol). Maka jom kita calculate....

KEUNTUNGAN SEKOTAK:
RM0.50/botol x 25 botol/kotak
=RM12.50

KEUNTUNGAN BULANAN DARIPADA SATU PASARAYA
RM12.50/kotak x 300 kotak/bulan
=RM3750.00

KEUNTUNGAN BULANAN DARIPADA 10 PASARAYA BESAR
RM3750/pasaraya x 10pasaraya
=RM37, 500.00

RM37K income bulanan hanya produk air mineral. Itu belum campur sales daripada pasaran di kedai-kedai runcit, contract membekal air mineral dengan syarikat-syarikat dan sebagainya.

Boleh ke RM37k sebulan?

Bayangkan lagi produk air mineral itu mampu menakluki pasaran seluruh Malaysia. Kemudian ke pasaran asia tenggara antarabangsa.

Ya. Tal semudah abc nak capai. Tak dapat capai perkara-perkara itu jika kita tak de ilmu perniagaan, kemahiran perniagaan dan pengalaman perniagaan.

Jadi, berusaha keras lah untuk capai ilmu, kemahiran dan pengalaman perniagaan itu dahulu semenjak usia muda lagi.

Kerana, jangan memulakan bisnes terus kepada skala besar secara mengejut. Tapi, mulakan secara berfasa. Mulakan daripada kecil dahulu.

Bayangkan, jika hari ini kita penjaja air mineral tepi jalan je. Tapi, apabila kita berjaya meneroka lebih jauh lagi. Kita bakal jadi tauke besar air mineral pula.(Hanya sekadar contoh, bukan hanya air mineral)

"Kesusahan-kesusahan sewaktu peringkat awal berbisnes adalah bunga-bunga kepada kejayaan anda"
(En Kamil, Jutawan Syarikat SUPERBEST POWER)

"Kejayaan Bisnes yang lebih besar harus bermula daripada bisnes tepi jalan!"

#MulakanBizSeawalBelia
#TakMinatMLM
#TakMinatJutawanSegera
#BuatProdukSendiri

(Gambar sekadar hiasan)

Jejak-fikrah-muslim.blogspot.com

Friday, 27 May 2016

APAKAH KITA PENDOSA, YANG MENGHARAPKAN......

[APAKAH KITA PENDOSA, YANG MENGHARAPKAN......]

Kitalah Pendosa Yang Mengharapkan Rahmat, Keampunan dan kekuatan daripada Allah swt.

Mengapa tidak kita membaca dan memahami ayat-ayat Allah SWT didalam Al-Quran?

Allah SWT ingin menyampaikan sesuatu kepada kita melalui Al-Quran. Bacalah. Hayatilah. Kerana Pendosa perlukan kekuatan untuk keluar daripada cengkaman dosanya.

Maka, kekuatan mana lagi pendosa harpkan selain kekuatan dari Allah swt?

Maka. Bacalah dan hayatilah Al-Quran yang ada dirumah kita semua.

#KitaPendosaMengharapkanRahmatAllah
#KitaTidakSempurna
#DontGiveUp
#BacalahAlQuran
#StayKuat
#RaihlahKetenanganDariAllah

"Manusia tidak menjanjikan ketenangan dan kebahagiaan abadi buat kita"
"Manusia mampu menghukum, namun manusia tidak mampu memberi harapan sebenar"

"Only God Can Judge Me" (Mesut Ozil)

"Maka harapan mana lagi kita harapkan, selain harapan daripada Allah swt?"

Bacalah AlQuran mu dan berharaplah hanya lada Allah swt.

(JejakKhairaUmmah.blogspot.com)

Friday, 1 April 2016

Hadapilah Rakan-Rakan dengan Hatimu. Positif

Perkongsian dari kuliah Syeikh Abdel Aziz.

Syeikh Mohammad AbdelAziz Ghonim, Ahli Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Sharif mengingatkan tentang fitnah dari whatsapp di zaman kini. Beliau mengariskan 2 kaedah dalam menjaga menggunakan media sosial agar tidak terhindar dari dosa dan fitnah. Iaitu:

1)Tabayyun
+Apabila sampai sesuatu berita, maka kita kena selidik dan pastikan ianya benar-benar sohih.



2)Tatsabbut
+Adapun jika berita itu benar-benar sohih, kita juga perlu pastikan kita benar-benar memahami situasi yang berlaku pada sesuatu isu atau perkara itu. Syeikh memberi contoh. Jika dia ke Kuantan pada hari Jumaat dan menginap di hotel, katakan dia tidak turun solat Jumat pada hari itu, tiba-tiba ada insan lain menyebarkan dia tidak turun solat Jumaat hari itu. Jadi, fungsi tatsabbut disini adalah, kita sudah tahu berita itu benar, cuma kita kena fahami situasi sebenar yang berlaku. Iaitu, Syeikh dalam keadaan Musafir yang diberi kemudahan dalam Solat Jumaat.

Beliau membacakan firman Allah tang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.” (QS. Al Hujurat : 6).



Sedikit carian maksud tabayyun dan tasabbut yang diperoleh saya  dari En Google:

Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata,  “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fathul Qadir, 5:65).

Wallahualam.



(jejak-khaira-ummah.blogspot.com)

Thursday, 31 March 2016

Nota Pengucapan awam oleh Madam Faika

nota pengucapan awam oleh Madam Faika.

klik link dibawah untuk view dan download nota

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRZEZyZDhhdUpJd0U&usp=sharing

semoga bermanfaat. doakan untuk semua diberi kejayaan dan dipermudahkan segala urusan. Khaira Ummah. Ummat Terbaik.

Nota Pemasaran & Pengurusan Dakwah

Nota Pemasaran & Pengurusan Dakwah

Klik link dibawah untuk view dan download nota-nota.

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRVzhqR0gwZ0pkYnc&usp=sharing

semoga bermanfaat. doakan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan kita semua. Amiin.

Nota Metodologi Dakwah Oleh Ust Ainuddin

Nota Metodologi Dakwah oleh Ust Ainuddin kamaruddin, Ketua Jabatan Dakwah

Ini merupakan link untuk download nota-nota slide, sila klik dan download:

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRSkRBZGo1QS05ZXM&usp=sharing

Terima kasih. semoga bermanfaat. doakan agar kita semua dipermudahkan, diberi kekuatan dan diberi petunjuk oleh Allah dalam kehidupan ini.

All the best dan semoga berjaya didalam final exam anda semua. :) Doakan untuk kita bersama