Sunday, 9 April 2017

UNIVERSITI MELAHIRKAN PEMIKIR atau PENGHAFAL?

[UNIVERSITI MELAHIRKAN PEMIKIR atau PENGHAFAL?]

Universiti dan sekolah tidak hanya melahirkan penghafal yang hebat, tetapi perlu melahirkan lebih ramai pemikir yang hebat mengikut bidang tersendiri.

Penghafal yang hebat tidak semestinya akan menjadi pengkaji yang hebat.

Tetapi melahirkan ramai pemikir akan melahirkan juga lebih ramai para pengkaji.

Pengkaji lebih hidup akalnya berfikir, sedangkan penghafal hanya berada di atas skrip-skrip tanpa mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berfikir dan mengkaji.

Pengkaji akan berfikir sesuatu untuk pembangunan, pembaharuan, perubahan, pembinaan dan peningkatan terhadap sesuatu perkara mengikut bidangnya.

Sedangkan hanya menjadi seorang penghafal hanya berlegar-legar diruang hafalannya untuk dimuntahkan di atas kertas peperiksaan, untuk mengejar bilangan A, dekan atau 4 flat semata-mata (tidak bermaksud salah mengejarnya). Tetapi, pemikir akan hidup berfikir ke atas apa yang dilihat,didengar,ditemui (mengkaji). Pemikir akan berinteraksi dengan pelbagai persoalan berkait "why, who, what, which, when and how". Pemikir akan lebih berinteraksi dengan realiti yang berlaku semasa. 

*adapun, gabungan seorang pelajar yang hebat dalam penghafalan dan pemikiran, pasti menjadikannya seorang pengkaji yang hebat seperti tokoh-tokoh dunia yang telah meninggal dunia dan juga tokoh yang masih hidup hari ini

*pemikir harus berlandaskan prinsip panduan Al-Quran dan As-Sunnah dengan bimbingan para sarjana (ulama) supaya tidak jauh melencong dan terpesong berfikir melebihi prinsip syarak.

*tidak dinafikan cabaran yang dihadapi para guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam berfikir

(jejakkhairaummah.blogspot.com)

Introduction To Dakwah Science

Pengkaji astronomi barat sanggup menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneroka dan mengkaji bintang-bintang dan angkasa yang "unlimited" keluasannya.

Lazimnya, tidak dinamakan pengkaji jika dia tidak memahami kehendak permasalahan yang wujud dan keperluan mengetahui solusi yang boleh dijumpai. Pengkaji di apa jua bidang pun akan lebih teruja dan bersemangat mewakafkan sebahagian usia kehidupannya untuk mengkaji sesuatu kehendak masalah yang berlaku dan keperluan meneroka solusinya.

Daripada kajian-kajian yang berterusan oleh para sarjana dan para pengkaji di sesuatu bidang maka lahirlah teknologi mentol, sistem satelit, teknologi pengangkutan, teknologi komunikasi, teknologi pembinaan, teknologi astronomi, teknologi perubatan, teknologi ketenteraan dan pelbagai solusi penemuan yang memberi manfaat serta menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh manusia.

Para pengkaji tersebut terus mengkaji tanpa mengharapkan gaji, disebabkan kecintaan mereka terhadap kajian masalah dan solusi.

Kajian Dakwah Millenium Harus Dibangunkan

Perkembangan penyebaran kandungan Islam pada abad moden kini perlu bergerak seiring dengan perkembangan ICT yang wujud. Untuk membangunkan manusia abad ini, pembangunan sistem ICT harus diluaskan ke seluruh pelusuk pedalaman dan kadar celik ICT di pedalaman perlu ditingkatkan.

Para sarjana perlu mengkaji dengan lebih mendalam strategi penyebaran Islam melalui ICT. Manakala pendakwah abad ini perlu meneroka lebih jauh fungsi dan manfaat ICT yang ada pada hari ini.

Kepakaran pendakwah di bidang industri pembikinan filem, penyiaran, media massa dan ICT perlu diteroka dan dibangunkan.

Untuk mencorakkan cara fikir manusia abad ini, sesebuah gerakan tersebut haruslah mencorakkan apa yang menjadi minat oleh manusia sesebuah kawasan tersebut. (Sebagai  contoh rakyat Malaysia lazimnya meminati drama di televisyen, sukan bola sepak di televisyen, sukan badminton di televisyen, filem, muzik, artis dan sebagainya). Cara fikir manusia menentukan kesan psikologi, sikap, kecenderungan dan tindakan manusia.

*ICT=Teknologi Maklumat dan Komunikasi/ Information and Communication Technology

#KajianDakwahMillenium
#DakwahTechnology
#DakwahEngineering

#DakwahScience

#DakwahSport

#DakwahFilm
#DakwahMusic
#DakwahPsychology

(jejakkhairaummah.blogspot.com)

Saturday, 8 April 2017

MANFAAT TEKNOLOGI MEMBANTU MENYEBARKAN RAHMAT KE SEKALIAN ALAM

[MANFAAT TEKNOLOGI MEMBANTU MENYEBARKAN RAHMAT KE SEKALIAN ALAM]

Internet yang ada pada hari ini merupakan ladang amalan seorang Muslim. Hasilnya boleh dilihat di akhirat nanti. Dan sebahagian hasilnya mungkin dapat dituai ketika didunia seperti memahami Islam melalui saluran ilmu ini yang disampaikan ulama ahlu sunnah dan ramai non-Muslim mendapat maklumat sohih mengenai Islam serta menerima hidayah.

Kos ladang internet hanya membayar bil internet sahaja. Setiap sen yang kita bayar untuk bil internet akan dikira sebagai suatu ibadah jika internet ini digunakan untuk jalan-jalan kebaikan. Begitu juga dengan segala peralatan teknologi yang ada akan menjadi semaian benih di ladang seperti komputer digunakan untuk mendengar perkara bermanfaat, smartphone digunakan untuk menyampaikan Islam, external hard disk digunakan untuk menyimpan rakaman kuliah agama, video cam digunakan untuk merakam kuliah agama, software editor digunakan untuk mengedit gambar dakwah dan video dakwah lebih kelihatan menarik, printer digunakan untuk mencetak bahan-bahan dakwah atau bermanfaat, televisyen serta radio digunakan untuk mendengar perkara bermanfaat, satelit digunakan untuk menyebarkan dakwah seperti yang dilakukan pihak TV Al-Hijrah serta ikim FM, laman youtube, blog, web site, laman-laman media sosial digunakan untuk kebaikan manfaat ramai dan sebagainya.

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”. [al-Syura:20]

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (al-Anbia:107)

*Keindahan Teknologi Suatu Manfaat Rahmat Buat Sekalian Alam

Tuesday, 4 April 2017

Jangan Bersedih-La Tahzan

Jangan bersedih, ingatlah selalu kepada Allah.

Jangan bersedih, maafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik.

Jangan bersedih, masih banyak nikmat yang ada pada diri anda.

Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

Jangan bersedih, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.

Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain.

Jangan bersedih, kerana kesedihan merosakkan badan.

Jangan bersedih, kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.

Jangan bersedih, istighfar adalah pembuka jalan.

Jangan bersedih. Allah bersama orang beriman.

Jangan bersedih, damailah bersama Tuhan anda.

Jangan bersedih, semoga anda menjadi lebih baik.

Jangan bersedih, ilmu adalah petunjuk dan ubat.

Jangan bersedih, mengembaralah dan perhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah.

Jangan bersedih, tulislah sejarah hidup anda sendiri dengan kebaikan.

Jangan bersedih. Ingatlah selalu kepada Rahmat Allah. Senyumlah : )

*petikan daripada beberapa tajuk Buku La Tahzan, karangan Dr Aidh Al-Qarni.

#PastikanAndaMembacaBukuIni
#UntukMenjadiOrangYangPalingBahagia

Monday, 3 April 2017

PERANAN PARA ULAMAK DAN PARA PENDAKWAH

[MENJADI PENDAKWAH TIDAK SEMESTINYA PERLU MENJADI ALIM SEPERTI ULAMAK. PENDAKWAH MEMBANTU ULAMAK. ULAMAK MEMBIMBING PENDAKWAH]

Ilmu syarie yang berada di dalam kitab-kitab tidak ramai yang berminat membacanya. Peranan para pendakwah yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam #teknologi maklumat (ICT) dan kepakaran dalam bidang #psikologi, bidang #pemasaran atau apa jua bidang adalah untuk membawa pesanan-pesanan yang berada didalam kitab kepada masyarakat hari ini mengikut pelbagai kaedah dan metod yang dapat menarik minat masyarakat.

Peranan pendakwah adalah membantu menyampaikan ilmu-ilmu yang disyarahkan oleh para ulama melalui pelbagai pendekatan yang dimiliki kepakaran, kebijaksanaan dan kemahiran yang dipelajari para pendakwah.

PATUTNYA LAH KAN, HAIWAN LAH YANG JADI DOKTOR HAIWAN. BUKAN MANUSIA. SETUJU TAK?

[PATUTNYA LAH KAN, HAIWAN LAH YANG JADI DOKTOR HAIWAN. BUKAN MANUSIA. SETUJU TAK?]

Kalau haiwan juga diberikan PENCIPTANYA akal fikiran, tidak mustahil doktor haiwan juga akan ada dikalangan haiwan.

Tetapi, tidak begitu. Tuhan yang Maha Mengetahui tidak MENCIPTAKAN haiwan dengan akal fikiran.

Namun, Tuhan telah berikan keupayaan AKAL FIKIRAN kepada manusia.

Tidak terfikirkah kita bahawa kenapa manusia diberikan AKAL FIKIRAN oleh Tuhan tetapi haiwan tidak ada?

Tidak lain tidak bukan, pemberiaan AKAL FIKIRAN kepada manusia adalah suatu tanggungjawab dari Tuhan kepada manusia.

Tiada haiwan yang akan dimasukkan neraka disebabkan perbuatan-perbuatan jahat mereka. Haiwan tidak akan dihisab amalan perbuatan mereka kelak diakhirat.

Hanya manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras akan dipertanggungjawabkan apa yang telah mereka lakukan ketika hidup di dunia.

Betul ke ni? Ramai non-Muslim dibarat telah masuk Islam selepas tersentap dengan ayat-ayat Al-Quran yang memberi petunjuk jelas tentang hakikat kehidupan manusia ini.

Bacalah dan renungkanlah ayat-ayat Al-Quran yang datang dari Tuhan yang Menciptakan segala makhluk. *lihat gambar dibawah, kehidupan manusia didunia hanya sebahagian kembara perjalanan mereka sahaja. Masih banyak perhentian-perhentian yang perlu dilalui manusia seterusnya.
———————————————
Tuhan kepada sekalian makhluk memberi tahu didalam Al-Quran, yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al-Quran-Surah Al-'A`rāf ayat ke 179)

#AmatMalanglahJikaManusiaYangAdaAkalFikiranTetapiMerekaLebihTerukDaripadaHaiwanYangTidakBerakal

Orang yang sedar

Orang yang sedang lemas di lautan yang dalam, pasti dia sangat berharap adanya sebuah pelampung untuk terus hidup.

Orang yang sedang sesat di gua yang gelap, pasti dia sangat berharap adanya apa sahaja sumber cahaya untuk mencari jalan keluar.

Orang yang berada di musim kemarau yang panjang, pasti dia sangat berharap adanya hujan untuk menghilangkan haus dan kepanasan.

Inilah kehidupan, apabila manusia sedar bahawa diri mereka dalam bahaya, mereka akan berharap dan menginginkan sesuatu untuk menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga, manusia yang sedar bahawa diri mereka dalam keadaan penuh kejahilan, banyak dosa, keras hati dan banyak kesilapan yang akan menjerumuskan mereka kepada neraka dan azab kubur, mereka sangat berharap kepada pertolongan daripada Tuhan Yang Mencipta Segalanya, Tuhan yang tidak ada sesuatu pun dapat menyerupai dan menandingi kekuasaanNya.

Untuk mengetahui bagaimana Tuhan dapat selamatkan manusia daripada neraka, azab kubur dan tipu daya syaitan, sudah semestinya dengan belajar ilmu agama yang berpandukan petunjuk wahyu Tuhan melalui Al-Quran dan Hadith.

Belajar ilmu agama suatu proses untuk mengubah kelemahan-kelemahan diri kita secara berperingkat. Tidak mungkin hanya dengan sehari belajar ilmu agama, esoknya kita jadi baik seperti malaikat. Teruskan belajar ilmu agama sehingga mati, untuk membuang sebanyak yang mungkin kelemahan dalam diri kita yang penuh kehinaan di sisi Allah SWT.

Friday, 31 March 2017

Nilai Masa Disisi Ulama

[JUMLAH HELAIAN MUKA SURAT BACAAN BUKU KITA SEUMUR HIDUP vs JUMLAH BUKU KARANGAN ULAMA TERDAHULU SEPANJANG HIDUPNYA]

Imam Ibnu Taimiyah wafat pada tahun 728 hijrah dengan berbekalkan umur selama 75 tahun, beliau mampu menghasilkan ratusan jilid kitab. Imam al-Zahabi mengatakan bahawa karya penulisan Imam Ibnu Taimiyah mencecah sebanyak 500 buah jilid buku.

Manakala menurut Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengatakan Imam Ibnu Jarir meninggal dunia dengan mewariskan hampir 350 ribu lembaran-lembaran ilmu.

Menurut Al-Hafiz Al-Suyuti mengatakan bahawa Ibnu Syahin telah menulis sebanyak 330 buah karya dalam pelbagai disiplin ilmu seperti tafsir sebanyak 1000 juzuk dan hadith sebanyak 1500 juzuk.

*rujukan: Dan banyak lagi kisah-kisah menakjubkan para ulama didalam buku Qimmatuzzaman 'Indalulamak karangan Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah.

Berapa helai muka surat buku kita baca setahun?

Kita tidak akan mampu menulis ratusan kitab seperti mereka, tetapi alangkah ruginya seumur hidup kita jika tidak ingin membaca helaian-helaian buku-buku yang ada disekitar kita.

Semoga Allah memberi kekuatan buat penulis dan kita untuk melazimi menuntut ilmu syarie dan mencintai ilmu peninggalan Nabi SAW dan huraian ilmu oleh para ulama.

Wednesday, 29 March 2017

Tidak Terlewat

SubhanAllah, Allahuakbar. Terlampau banyak kisah para penuntut ilmu syarie zaman dahulu yang mula bersungguh menuntut ilmu syarie diusia yang lewat (tidak diusia waktu muda). Janganlah berputus asa jika usia kita 30, 40, 50, 60 tahun tetapi masih tidak mengenal huruf Al-Quran, masih jahil ilmu fardhu ain, masih tidak memahami maksud Al-Quran berbahasa arab. Belajarlah bermula saat kita diketui hati Allah untuk menerima hidayah dan menyesali sisa-sisa baki usia yang dilalaikan sebelum ini.

Imam Abu Hanifah pendiri mazhab Hanafi dikisahkan bahawa beliau mula bersungguh mendalami ilmu agama disaat usia 30 tahun.

Syeikh Fudhail Bin Iyadh ilmuwan salafusoleh dikisahkan merupakan seorang perompak pada zaman remajanya, dan mendapat hidayah untuk bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Dan banyak lagi kisah-kisah yang boleh memberi inspirasi. Hidayah milik Allah, sejahat dan seteruk mana pun manusia, masih ada peluang untuk bertaubat dan menjadi insan yang lebih baik.

#PelajariStepByStep

Perkembangan Ilmu & Kegigihan Penuntut Ilmu Terdahulu

Perkembangan tekonologi & ilmu, keluasan wasail ilmu zaman kini.

Syaikh Abdul Razzaq Al-Badr berkata: "jika orang dahulu mengatakan orang alim telah meninggal dunia tetapi mereka masih meninggalkan kitab-kitab karangannya. Maka di zaman kita sekarang ini, orang alim telah meninggal dunia, tetapi masih ada suaranya (ceramah-ceramah). Banyak ulama-ulama yang sudah meninggal akan tetapi suaranya, ilmunya terakam dan masih ada."

Para penuntut ilmu dahulu terpaksa merantau jauh beribu-ribu kilometer merentas benua untuk mencari guru dan ilmu. Kadang-kadang mereka hanya mahu mendapatkan satu atau dua hadith Nabi SAW, mereka sanggup jual kitab-kitab dan habis wang untuk dijadikan belanja perjalanan mereka  merentasi sempadan wilayah.

Zaman dahulu tidak seperti zaman kini, hadith-hadith Nabi SAW sudah boleh didapati dan disemak statusnya hanya di hujung jari walau dimana berada. Ilmu, guru, kitab sangat mudah dicari di sekeliling kita.

Zaman dahulu penuntut ilmu hanya berjalan kaki dan menaiki unta untuk bergerak mencari ilmu yang mungkin memakan masa berbulan-bulan pengembaraannya. Tidak seperti sekarang, sudah ada kapal terbang, kereta api, bas, kereta, motor yang memudahkan mengembara ke semua tempat dengan waktu yang pantas.

Walau zaman sudah berbeza, meluas manhaj mendapatkan ilmu, namun matlamat penuntut ilmu kini tetap sama dengan matlamat penuntut ilmu terdahulu.

Tidak dapat disangkal, kegigihan dan keikhlasan penuntut ilmu terdahulu sangat berkualiti berbanding kita hari ini.

Mereka dapat menangis semasa mendengar bacaan hadith dan ilmu syarie didalam majlis bersama guru, hari ini kita dapat makan biskut ketika mendengar bacaan hadith atau ilmu syarie dihadapan komputer. Tak tertanding kita dengan mereka. Keberkatan masa dan ilmu mereka jauh beza dengan kita.

SubhanAllah. Alhamdulillah. Semoga dirahmati Allah kegigihan usaha para penuntut terdahulu. Jika bukan kerana kegigihan, pengorbanan, semangat, keikhlasan, perjuangan, kesungguhan dan kerajinan mereka, tidak mungkin kita hari ini dapat menikmati hasil-hasil perkembangan ilmu yang diusahakan mereka dahulu.

*Manhaj Talaqqi secara berhadapan merupakan jalan penuntut ilmu terdahulu (jalan terbaik sepanjang zaman)

*Kesibukan manusia zaman kini menjadikan beberapa alternatif atau wasail untuk mendapatkan ilmu melalui radio, TV, internet, CD, tanpa mengenepikan jalan terbaik belajar berhadapan dengan guru.

#UlamaPewarisNabi
#SayangiUlama
#AhliSunnahWalJamaah
#AlQuranDanAsSunnahPetunjukSepanjangZaman
#JauhiAjaranSesatDanIdeologiSesatModenDanEkstrimisDalamAgama
#JadilahPenuntutIlmuWalaupunSibuk

Monday, 27 March 2017

Jikalau Tersasar

Jikalau malaikat sudah mencatat amalan-amalan kebaikan kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, tidak perlu lagi kita disibukkan diri membuang masa mencatat amalan-amalan kebaikan kita di laman Facebook dan laman-laman sosial. Untuk menjaga hati daripada risiko berbolak balik antara riak dan ikhlas dalam beramal.

Jikalau Allah sudah mengiktiraf sumbangan, kebaikan, amalan soleh dan jasa kita, tidak perlu lagi membuang masa mempamerkannya di laman Facebook untuk meraih pengiktirafan manusia.

Jikalau sudah mengadu pada Allah, tidak perlu lagi membuang masa menulis rasa kesedihan dan kekecewaan di laman Facebook.

Jikalau kita sudah memohon keampunan dan taubat daripada Allah, tidak perlu lagi membuang masa menulis dosa-dosa lampau kita dilaman Facebook.

Jikalau kita merasakan diri sudah hebat, luangkanlah sebahagian masa untuk mengkritik kelemahan-kelemahan diri kita berbanding banyak memperlekeh orang lain.

Jikalau kita merasa tertekan (stress) dan banyaknya dosa, luangkanlah masa untuk beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amal soleh.

Jikalau kita merasa hati tidak tenang dan serabut, banyakkan bersangka baik serta menjauhkan diri dari tabiat mengumpat, hasad dengki dan bersangka buruk terhadap yang lain.

Jikalau kita mula merasai keindahan Islam dan kehebatan Allah SWT, luangkanlah sebahagian masa untuk berkongsikannya buat manfaat ramai.

*kredit kepada video-video tazkirah Dr Abdul Basit Abdurrahman atas peringatan berkaitan

Friday, 24 March 2017

Poster Pengenalan ilmu hadith


Untuk versi yang lebih jelas, boleh muat turun di link dibawah ini:-

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRaDNnRjdQSlNJT28

kongsi-kongsikan poster ini kepada yang lain. Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, 22 March 2017

Watak Abdullah Bin Saba'

Kalau pada zaman Sahabat, Abdullah Bin Saba' berjaya melaga-lagakan umat Islam supaya bersangka buruk sesama sendiri tanpa ada usul periksa. Sehinggakan Abdullah Bin saba' menjadi batu api supaya umat Islam menjadi EKSTRIM untuk berperang sesama sendiri dan membunuh.

Setiap zaman ada watak Abdullah Bin Saba' yang merancang melaga-laga dan menjadi batu api menyemarakkan pergaduhan antara dua kelompok Muslim yang mempunyai perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara. Watak Abdullah Bin Saba' ini sangat kreatif dalam merancang dan tidak putus asa menjatuhkan dan memecah belahkan Muslim dari dalam.

Sejarah menjadi iktibar buat generasi-generasi kemudiannya.

Berbeza pandangan itu tidak dapat dielakkan, tetapi bagaimana Muslim dapat menguruskan segala perbezaan antara mereka dengan baik dan berhikmah, ini semua soal hati.

Jangan terburu-buru, cepat melatah dan beremosi apabila menerima sesuatu berita atau isu tanpa usul periksa terperinci. Jika tidak, mungkin kitalah mangsa yang mudah terperangkap dalam "GAME BATU API" si Abdullah Bin Saba' yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah.

CIRI-CIRI WATAK ABDULLAH BIN SABA':-
1)Gemar melaga-lagakan antara manusia dan menjadi batu api
2)Menaburkan fitnah dan kebencian untuk memporak perandakan yang lain
3)Memprovokasi, memainkan sesuatu sentimen untuk membangkitkan api kemarahan kepada yang lain
4)Mengumpul pengikut dan mengumpul kelompok manusia yang ada masalah hati supaya menjadi FIGHTER/ Pejuang kepada matlamatnya (Dia hanya berada dibelakang dan berselindung)
5)Mempunyai masalah hati yang kronik.

*Mungkin hari ini, Watak Abdullah Bin Saba' sudah berkembang berada dimana-mana
sahaja, tanpa mengira kategori kumpulannya.
*Elakkan juga cepat menuduh orang lain munafik, sebaliknya lebih elok kita muhasabah dan check diri kita sendiri supaya dijauhkan drpd ciri² watak Abdullah Bin Saba'

jejakKhairaUmmah.blogspot.com

Friday, 17 March 2017

Tawadhuk & Adab Ulama

CARA IMAM AHMAD  MENJAWAB APABILA DITANYA BERKENAAN ISU-ISU YANG BELIAU TIDAK MEMBERI JAWAPAN PADANYA

Apabila sesuatu isu dikemukakan kepada beliau, dan beliau tidak mampu menjawab secara sempurna dan segera maka beliau akan menjawab dengan  jawaban berikut:

( ﻻ‌ ﺃﺩﺭﻱ )
SAYA TIDAK TAHU
( ﻣﺎ ﺃﺩﺭﻱ )
SAYA TIDAK TAHU
( ﻟﺴﺖ ﺃﺩﺭﻱ )
SAYA TIDAK TAHU
( ﻻ‌ ﺃﺩﺭﻱ ﻣﺎ ﻫﻮ )
SAYA TIDAK MENGETAHUI APA YANG SEBENARNYA
( ﻻ‌ ﺃﻋﻠﻢ )
SAYA TIDAK TAHU

( ﻣﺎ ﺃﻋﻠﻢ )
SAYA TIDAK TAHU

( ﻟﺴﺖ ﺃﻋﻠﻢ )
SAYA TIDAK TAHU

( ﻣﺎ ﺳﻤﻌﺖ )
SAYA BELUM PERNAH MENDENGAR MASALAH INI
( ﻟﻢ ﺃﺳﻤﻊ ﻓﻴﻪ ﺷﻴﺌﺎً )
BELUM PERNAH SAYA TERDENGAR  SESUATU PUN BERKENAAN MASALAH INI.
( ﻟﻢ ﺃﺳﻤﻊ ﻓﻴﻪ ﺑﺸﻲﺀ )
BELUM PERNAH SAYA TERDENGAR  SESUATU PUN BERKENAAN MASALAH INI.

( ﻣﺎ ﺳﻤﻌﺖ ﺑﻪ )
SAYA BELUM PERNAH MENDENGAR MASALAH INI

( ﺩﻋﻚ ﺃﻭ ﺩﻋﻨﺎ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻤﺴﺎﺋﻞ )
TUNGGU DULU,
(ﻻ‌ أﺟﺘﺮﻱﺀ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻔﺘﻮﻯ ﻓﻴﻬﺎ)
SAYA TIDAK BERANI MEMBERI FATWA DALAM MASALAH INI
( ﻟﺴﺖ ﺃﻓﺘﻲ ﺑﻪ )
AKU TIDAK MAMPU MEMBERI PANDANGAN BERKENAAN MASALAH INI.
( ﻻ‌ ﺃﻓﺘﻲ ﻓﻴﻬﺎ )
AKU TIDAK MAMPU MEMBERI PANDANGAN BERKENAAN MASALAH INI.

( ﻻ‌ ﺃﺟﻴﺐ ﻓﻴﻬﺎ )
AKU TIDAK MAMPU MENJAWAB BERKENAANNYA
( ﻟﻴﺲ ﻋﻨﺪﻱ ﺟﻮﺍﺏ )
AKU TIDAK MEMPUNYAI JAWAPAN
( ﺳﻞ ﻏﻴﺮﻱ )
TANYALAH ORANG LAIN
( ﺳﻞ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ )
TANYALAH ULAMAK LAIN
( ﺃﺗﻬﻴﺐ ﺍﻟﻘﻮﻝ ﻓﻴﻪ )
AKU TIDAK BERANI UNTUK MEMBERI PENDAPAT BERKENAAN MASALAH INI
( ﺃﻓﺰﻉ ﻣﻨﻪ )
AKU TAKUT UNTUK MEMBERI PENDAPAT BERKENAAN MASALAH INI
( ﺃﺳﺘﻮﺣﺶ ﻣﻨﻪ )
AKU TIDAK SELESA UNTUK MEMBERI JAWAPAN
( ﺃﺟﺒﻦ ﻋﻨﻪ )
AKU GERUN UNTUK MEMBERI PENDAPAT
( ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻣﺸﺘﺒﻬﺔ )
ISU YANG MENGELIRUKAN
( ﻣﺴﺄﻟﺔ ﺩﻗﻴﻘﺔ )
MASALAH YANG PERLU DIPERHALUSI
( ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻓﻴﻬﺎ ﻧﻈﺮ )
MASALAH INI PERLU DIBUAT KAJIAN
( ﻣﺸﻜﻠﺔ )
MENGELIRUKAN.
( ﻓﻴﻪ ﺍﺧﺘﻼ‌ﻑ )
ADA KHILAF PADANYA
( ﻓﻴﻬﺎ ﺍﺧﺘﻼ‌ف )
ADA KHILAF PADANYA

( ﺍﺧﺘﻠﻔﻮﺍ ﻓﻴﻬﺎ )
ULAMAK BERBEZA PENDAPAT PADANYA
( ﺍﺧﺘﻠﻒ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ )
ULAMAK BERBEZA PENDAPAT PADANYA

( ﻓﻴﻬﺎ ﺣﺪﻳﺜﺎﻥ )
ADA DUA HADIS BERKENAAN MASALAH INI
ﺃﺣﺐ ﺍﻟﺴﻼ‌ﻣﺔ )
AKU INGINKAN KESELAMATAN
( ﺃﺣﺐ ﺍﻟﻌﺎﻓﻴﺔ )
AKU INGINKAN KESEJAHTERRAAN IAITU TIDAK MENJAWAB ITU LEBIH BAIK DARI MEMBERI JAWAPAN
( ﺍﻋﻔﻨﻲ )
MAAFLAH DAKU ( AKU TIDAK MAMPU JAWAB )
( ﺍﻋﻔﻨﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻮﺍﺏ )
MAAFLAH DAKU ( AKU TIDAK MAMPU JAWAB )

هذه هي أجوبة الإمام أحمد بن حنبل "رحمه الله تعالى "
..
INILAH JAWAPAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL RA.
ﺍﻟمصدر رسالة ماجتسير: (ﺍﻟﻤﺴﺎﺋﻞ ﺍﻟﺘﻲ ﺗﻮﻗﻒ ﻓﻴﻬﺎ ﺍﻹ‌ﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ) للباحث أبي العباس الضميري
SUMBER ; TESIS MA ; ISU-ISU YANG IMAM AHMAD BERTAWAQQUF ( TIDAK MEMBERI JAWAPAN ) PADANYA.

OLEH ABI AL ABBAS AL DHOMIRI/AL DHUMAIRI

Nota: Kita pula bagaimana? Setiap perkara mahu diulas dan direspon walaupun perkara itu kita tidak tahu atau samar2 tentangnya..

Wednesday, 1 February 2017

[full download: kertas kajian KUIPSAS] DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM: KAJIAN PERANAN DAN SUMBANGAN GERAKAN ISLAM PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

[full download: kertas kajian KUIPSAS]

DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM: KAJIAN PERANAN DAN SUMBANGAN GERAKAN ISLAM PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila muat turun salinan kertas kajian ini melalui link yang diberikan dibawah ini:-

https://drive.google.com/open?id=0BzDnTLRgonH0M2NIakZMMnJsb2s

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ABSTRAK


Kajian dalam penyelidikan ini yang bertajuk “Dakwah Kepada Non-Muslim: Kajian Peranan Dan Sumbangan Gerakan Islam IKRAM” terdapat tiga permasalahan yang telah menyukarkan perkembangan dakwah kepada non-Muslim iaitu yang pertama sikap umat Islam yang tidak berhikmah dan mempamerkan sikap yang negatif dalam mendepani masyarakat pelbagai kaum dan agama, yang ke dua kemunculan kumpulan Islam yang berfahaman ekstrim dan yang ke tiga sikap umat Islam yang memandang negatif dan tidak menyokong usaha dakwah kepada non-Muslim yang dilakukan oleh umat Islam yang lain. Melalui permasalahan tersebut, kajian menemui tiga objektif utama bagi mengukuhkah keperluan menjalankan penyelidikan ini, iaitu objektif yang pertama untuk menghuraikan mengenai konsep dakwah kepada non-Muslim, yang ke dua menjelaskan latar belakang gerakan Islam IKRAM dalam dakwah dan yang ke tiga mengenalpasti peranan dan sumbangan gerakan Islam IKRAM dalam dakwah kepada non-Muslim. Kajian terbahagi kepada lima bab iaitu bab satu menerangkan berkenaan pengenalan mengenai hala tuju dan gambaran awal (overview) tentang kajian ini. Kemudiannya pada bab dua menghuraikan mengenai konsep dakwah kepada non-Muslim dengan membincangkan secara panjang lebar tentang dua bahagian utama iaitu konsep asas dakwah (KAD) dan konsep dakwah kepada non-Muslim (KD). Manakala pada bab tiga menjelaskan secara terperinci mengenai latar belakang gerakan Islam IKRAM dalam dakwah di Malaysia. Seterusnya pada bab empat dapatan hasil temubual daripada kepimpinan IKRAM mengenai peranan dan sumbangan gerakan Islam IKRAM dalam dakwah kepada non-Muslim di Malaysia. Akhirnya, pada bab lima cadangan beberapa pandangan berdasarkan hasil kajian ini. Antara cadangan bagi memperkasakan lagi kegiatan dakwah kepada non-Muslim di Malaysia adalah melalui lima pendekatan dakwah seperti dakwah bil jamaah, dakwah bil film, dakwah bil engagement, dakwah bil rahmah dan dakwah bil khaira ummah.

Terima Kasih. Semoga Bermanfaat. Sebarkan Manfaat Ini.

Penjejak Khaira Ummah,

(24 November 2016)



Tuesday, 31 January 2017

BORANG UNTUK MOHON VISA MESIR DI KEDUTAAN MESIR KUALA LUMPUR, MALAYSIA


KAT BAWAH NI SAYA SERTAKAN LINK UNTUK DOWNLOAD PDF BORANG MOHON VISA MESIR. KORANG BOLEH DOWNLOAD DAN PRINT.

https://drive.google.com/file/d/0BzDnTLRgonH0Z1cyZ1F4bDgyMlU/view?usp=sharing

Saya juga sharekan link ke blog yang guide kita bagaimana cara nak apply visa mesir. nah link panduan memohon visa mesir seperti di bawah:
http://lunarnajm.blogspot.my/2012/10/cara-memohon-visa-mesir.html

terima kasih. sebarkan-sebarkan Borang Mohon Visa Mesir ni kpd kawan2 ye, khususnya pelajar2 yang berminat sambung pengajian di bumi Mesir. :)

Saturday, 21 January 2017

Inspirasi Penuntut Ilmu

Ada salah seorang Lepasan Degree Pengajian Islam di salah sebuah universiti di Arab Saudi berkongsikan dalam ceramahnya. Sungguh menginspirasikan.

Sewaktu zaman belajar di Univ itu, Beliau tak fikirkan sangat soal berapa markah beliau dapat dalam final exam. Beliau lebih bersungguh untuk mendapatkan ilmu. Jika final exam pointer rendah sekalipun atau tak lulus sekalipun, beliau tak kecewa, kerana beliau rasa puas dan seronok kerana beliau sudah faham dan hadam ilmu yang beliau belajar.

Namun, apa yang mengejutkan, selepas tamat pengajian, beliau muncul sebagai antara pelajar terbaik di Univ tersebut.

Barangkali, niat ikhlas dan suci beliau dalam menuntut ilmu kerana Allah, kerana nak tahu, kerana nak perbaiki diri, Allah bagi keberkatan sepanjang pengajiannya disana. Sehingga muncul antara pelajar terbaik universiti.

Segulung Ijazah bukan matlamat utama beliau,  kefamahan ilmu kerana Allah menjadi tujuan utama beliau. Selain belajar bersungguh², menyiapkan tugasan pensyarah berikan, menghadiri final exam, beliau lebih faham tujuan utama beliau belajar di Univ. (Boleh baca juga http://www.iiumc.com/5-sebab-kenapa-anda-mesti-dapat-cgpa-tinggi/)

Tambahan pula, jika kita telusuri himah, semangat para sarjana Islam terdahulu dan kini seperti Imam Mazhab, Imam Hadis dan Ulama Kontemporari seperti Syeikh Al Qardhawi, Dr Karim zaidan dan sebagainya, mereka belajar ilmu Syarak bertahun-tahun lamanya, banyak harta dihabis pada jalan ilmu, banyak masa, usia dan tenaga dihabis padanya. Mereka belajar bukan kerana ingin mengejar gelaran Ulama/ Ustaz/ Syeikh, Sanjungan manusia, Kertas-kertas Sijil, tetapi mereka lebih besar pada itu perjuangan untuk membebaskan kejahilan diri dan seterusnya mejadi insan membangunkan ummah seterusnya menyebarkan rahmat Islam ke dunia. Sebagai penuntut ilmu, ramai tokoh-tokoh Islam yang kita boleh teladani dan jadikan inspirasi.

#Mumtaz4Ummah

*Gambar sekadar sampingan

»»»http://jejak-khaira-ummah.blogspot.com

Wednesday, 4 January 2017

Tidak Putus Asa Untuk Gagal?

TIDAK PUTUS ASA UNTUK GAGAL? BERTAHAN UNTUK BERJAYA?

Tahukah berapa ratus kali Pencipta asal Kapal Terbang dia gagal dalam mencipta sebuah Kapal Terbang yang boleh terbang? Berapa kali dia jauh naik? (Tak ingat sangat nama dia. Siapa ingat, tolong kongsikan)

Tahukah berapa ratus kali pencipta asal mentol dia gagal dalam membuatkan mentol itu menyala? Berapa kali dia disambar elektrik? (Tak ingat sangat nama dia. Wright Phillip kan? Betulkan kalau salah)

Dalam dunia keusahawanan, segala jenis ilmu yang kita pernah pelajari dan yang akan pelajari, semua ilmu itu akan saling bermanfaat untuk seorang usahawan menguruskan perniagaannya. Alhamdulillah. Saya sedang merasakan ilmu² yang difahami sewaktu belajar di KUIPSAS & yang difahami sewaktu belajar di UITM, ianya menjadi "multifunction" atau silang fungsi/ saling berkait/ memerlukan. (Betul tak istilah tu? Kalau salah istilah mohon betulkan). Kalautak berkait secara langsung, ianya berkait secara tak langsung.

Menceburi dunia keusahawanan kita akan dapat merasai bahawa banyak lagi ilmu pelbagai bidang perlu kita ketahui dan fahami. Berada dalam bidang keusahawanan kita akan mengupayakan minda kita bergerak aktif untuk memikirkan masa depan.

Banyak lagi perlu terokai. Masih muda dalam dunia keusahawanan. Income tak de lah mencecah ribuan ke atas bulanan. Tapi, slow-slow saya rasai pengalaman susah payah bermula dari zero.

Macam-macam jenis bisnes dah saya ceburi. Semuanya tak menjadi/ gulung tikar, ada yang gagal, rugi. Barangkali belum cukup banyak kegagalan lagi yang pernah dihadapi seperti usahawan² hebat diluar sana? Apa yang seronok bila gagal, adalah kita dapat satu pengalaman yang boleh dipelajari, mendapat idea baru untuk menghadapi kegagalan silam dan dapat dikongsikan kepada yang lain supaya tidak mengulanginya.

#SosialMuslimprenuer
#EzzatProblemAndSolutionEnterprise
#WaterSolutionForCommunity

*secara jujur, jangan fikir saya hebat mana. bisnes sekarang tak besar pun untung. Sangat sedikit, tak lebih RM3++ pun bulanan. Tu pun, duk running modal balik. Kering lah duit poket.
*just share sedikit pengalaman.

Tuesday, 3 January 2017

Dah jumpa matlamat hidup?

Mimpi tu murah, angan² tu percuma.

Azam tahun 2017 adlh utk berusaha ke arah 10 tahun Rancangan Azam 2017-2027 (RA17-27)

Lepas siap buat degree Islamic Studies, berangan nak sambung bidang Psikologi.

Cita-Cita 10 tahun lagi nak jadi Pensyarah Part Timer bidang Psikologi/ Kaunseling, Dakwah dan seumpamanya.

Dalam masa yg sama nak jadi full timer Sosial Muslimprenuer (usahawan). Dan aktivis Muslim dalam NGO.

#SosialMuslimprenuer
#ProfesionalMuslim
#PsychologyMuslim
#RA17-27
#Azam10Tahun

Planning Tempat belajar, Planning kahwin- jangan tanya ini rahsia top secret. :)

Kahwin kahwin. Planning nak Mati bila? Ouh, ini rahsia Tuhan, tiada yang dapat merancang. Dunia selepas mati adlh Rancangan Kehidupan sebenar manusia. (Insaf jap)

Insyaallah...

———————————————————————

Bila fikir apa kita nak jadi nanti? Saya selalu keep in mind kata2 ini.

Berikut kata-kata (status) ibunya puan Nur Azlina yang menyentuh hati (#c/p dari :http:/dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam.html?m=1): 

"Sejujurnya apabila anakanda Ahmad Ammar bertanya padaku : "Nanti habis belajar dah balik nanti Ammar nak jadi apa ya mak?", tiada jawapan khusus yg dpt ku berikan melainkan "Abah emak hantar Ammar ke Turki agar dpt berkhidmat untuk umat. Nak jadi apa balik nanti tu memang emak tak boleh nak jawab. Emak sendiri tak ada jawapannya. Yang penting sekarang ni adalah menggali sebanyak ilmu dan pengalaman yang mungkin - di universiti (sejarah uthmaniyyah dll), di madrasah Hayrat (kaji Risalah An-Nur, mahirkan tulisan jawi Uthmaniyyah, habiskan hafazan), mengembara, enjoy your ney, go swimming, etc etc...insyaAllah Allah akan aturkan segalanya untuk Ammar nanti..."

Semoga Allah SWT Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui yang mengatur segala yang terbaik untuk kehidupan Hamba-HambaNya yang ikhlas perbaiki dirinya.