Perkembangan tekonologi & ilmu, keluasan wasail ilmu zaman kini.
Syaikh Abdul Razzaq Al-Badr berkata: "jika orang dahulu mengatakan orang alim telah meninggal dunia tetapi mereka masih meninggalkan kitab-kitab karangannya. Maka di zaman kita sekarang ini, orang alim telah meninggal dunia, tetapi masih ada suaranya (ceramah-ceramah). Banyak ulama-ulama yang sudah meninggal akan tetapi suaranya, ilmunya terakam dan masih ada."
Para penuntut ilmu dahulu terpaksa merantau jauh beribu-ribu kilometer merentas benua untuk mencari guru dan ilmu. Kadang-kadang mereka hanya mahu mendapatkan satu atau dua hadith Nabi SAW, mereka sanggup jual kitab-kitab dan habis wang untuk dijadikan belanja perjalanan mereka merentasi sempadan wilayah.
Zaman dahulu tidak seperti zaman kini, hadith-hadith Nabi SAW sudah boleh didapati dan disemak statusnya hanya di hujung jari walau dimana berada. Ilmu, guru, kitab sangat mudah dicari di sekeliling kita.
Zaman dahulu penuntut ilmu hanya berjalan kaki dan menaiki unta untuk bergerak mencari ilmu yang mungkin memakan masa berbulan-bulan pengembaraannya. Tidak seperti sekarang, sudah ada kapal terbang, kereta api, bas, kereta, motor yang memudahkan mengembara ke semua tempat dengan waktu yang pantas.
Walau zaman sudah berbeza, meluas manhaj mendapatkan ilmu, namun matlamat penuntut ilmu kini tetap sama dengan matlamat penuntut ilmu terdahulu.
Tidak dapat disangkal, kegigihan dan keikhlasan penuntut ilmu terdahulu sangat berkualiti berbanding kita hari ini.
Mereka dapat menangis semasa mendengar bacaan hadith dan ilmu syarie didalam majlis bersama guru, hari ini kita dapat makan biskut ketika mendengar bacaan hadith atau ilmu syarie dihadapan komputer. Tak tertanding kita dengan mereka. Keberkatan masa dan ilmu mereka jauh beza dengan kita.
SubhanAllah. Alhamdulillah. Semoga dirahmati Allah kegigihan usaha para penuntut terdahulu. Jika bukan kerana kegigihan, pengorbanan, semangat, keikhlasan, perjuangan, kesungguhan dan kerajinan mereka, tidak mungkin kita hari ini dapat menikmati hasil-hasil perkembangan ilmu yang diusahakan mereka dahulu.
*Manhaj Talaqqi secara berhadapan merupakan jalan penuntut ilmu terdahulu (jalan terbaik sepanjang zaman)
*Kesibukan manusia zaman kini menjadikan beberapa alternatif atau wasail untuk mendapatkan ilmu melalui radio, TV, internet, CD, tanpa mengenepikan jalan terbaik belajar berhadapan dengan guru.
#UlamaPewarisNabi
#SayangiUlama
#AhliSunnahWalJamaah
#AlQuranDanAsSunnahPetunjukSepanjangZaman
#JauhiAjaranSesatDanIdeologiSesatModenDanEkstrimisDalamAgama
#JadilahPenuntutIlmuWalaupunSibuk