Sunday, 9 April 2017

UNIVERSITI MELAHIRKAN PEMIKIR atau PENGHAFAL?

[UNIVERSITI MELAHIRKAN PEMIKIR atau PENGHAFAL?]

Universiti dan sekolah tidak hanya melahirkan penghafal yang hebat, tetapi perlu melahirkan lebih ramai pemikir yang hebat mengikut bidang tersendiri.

Penghafal yang hebat tidak semestinya akan menjadi pengkaji yang hebat.

Tetapi melahirkan ramai pemikir akan melahirkan juga lebih ramai para pengkaji.

Pengkaji lebih hidup akalnya berfikir, sedangkan penghafal hanya berada di atas skrip-skrip tanpa mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berfikir dan mengkaji.

Pengkaji akan berfikir sesuatu untuk pembangunan, pembaharuan, perubahan, pembinaan dan peningkatan terhadap sesuatu perkara mengikut bidangnya.

Sedangkan hanya menjadi seorang penghafal hanya berlegar-legar diruang hafalannya untuk dimuntahkan di atas kertas peperiksaan, untuk mengejar bilangan A, dekan atau 4 flat semata-mata (tidak bermaksud salah mengejarnya). Tetapi, pemikir akan hidup berfikir ke atas apa yang dilihat,didengar,ditemui (mengkaji). Pemikir akan berinteraksi dengan pelbagai persoalan berkait "why, who, what, which, when and how". Pemikir akan lebih berinteraksi dengan realiti yang berlaku semasa. 

*adapun, gabungan seorang pelajar yang hebat dalam penghafalan dan pemikiran, pasti menjadikannya seorang pengkaji yang hebat seperti tokoh-tokoh dunia yang telah meninggal dunia dan juga tokoh yang masih hidup hari ini

*pemikir harus berlandaskan prinsip panduan Al-Quran dan As-Sunnah dengan bimbingan para sarjana (ulama) supaya tidak jauh melencong dan terpesong berfikir melebihi prinsip syarak.

*tidak dinafikan cabaran yang dihadapi para guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam berfikir

(jejakkhairaummah.blogspot.com)

Introduction To Dakwah Science

Pengkaji astronomi barat sanggup menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneroka dan mengkaji bintang-bintang dan angkasa yang "unlimited" keluasannya.

Lazimnya, tidak dinamakan pengkaji jika dia tidak memahami kehendak permasalahan yang wujud dan keperluan mengetahui solusi yang boleh dijumpai. Pengkaji di apa jua bidang pun akan lebih teruja dan bersemangat mewakafkan sebahagian usia kehidupannya untuk mengkaji sesuatu kehendak masalah yang berlaku dan keperluan meneroka solusinya.

Daripada kajian-kajian yang berterusan oleh para sarjana dan para pengkaji di sesuatu bidang maka lahirlah teknologi mentol, sistem satelit, teknologi pengangkutan, teknologi komunikasi, teknologi pembinaan, teknologi astronomi, teknologi perubatan, teknologi ketenteraan dan pelbagai solusi penemuan yang memberi manfaat serta menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh manusia.

Para pengkaji tersebut terus mengkaji tanpa mengharapkan gaji, disebabkan kecintaan mereka terhadap kajian masalah dan solusi.

Kajian Dakwah Millenium Harus Dibangunkan

Perkembangan penyebaran kandungan Islam pada abad moden kini perlu bergerak seiring dengan perkembangan ICT yang wujud. Untuk membangunkan manusia abad ini, pembangunan sistem ICT harus diluaskan ke seluruh pelusuk pedalaman dan kadar celik ICT di pedalaman perlu ditingkatkan.

Para sarjana perlu mengkaji dengan lebih mendalam strategi penyebaran Islam melalui ICT. Manakala pendakwah abad ini perlu meneroka lebih jauh fungsi dan manfaat ICT yang ada pada hari ini.

Kepakaran pendakwah di bidang industri pembikinan filem, penyiaran, media massa dan ICT perlu diteroka dan dibangunkan.

Untuk mencorakkan cara fikir manusia abad ini, sesebuah gerakan tersebut haruslah mencorakkan apa yang menjadi minat oleh manusia sesebuah kawasan tersebut. (Sebagai  contoh rakyat Malaysia lazimnya meminati drama di televisyen, sukan bola sepak di televisyen, sukan badminton di televisyen, filem, muzik, artis dan sebagainya). Cara fikir manusia menentukan kesan psikologi, sikap, kecenderungan dan tindakan manusia.

*ICT=Teknologi Maklumat dan Komunikasi/ Information and Communication Technology

#KajianDakwahMillenium
#DakwahTechnology
#DakwahEngineering

#DakwahScience

#DakwahSport

#DakwahFilm
#DakwahMusic
#DakwahPsychology

(jejakkhairaummah.blogspot.com)

Saturday, 8 April 2017

MANFAAT TEKNOLOGI MEMBANTU MENYEBARKAN RAHMAT KE SEKALIAN ALAM

[MANFAAT TEKNOLOGI MEMBANTU MENYEBARKAN RAHMAT KE SEKALIAN ALAM]

Internet yang ada pada hari ini merupakan ladang amalan seorang Muslim. Hasilnya boleh dilihat di akhirat nanti. Dan sebahagian hasilnya mungkin dapat dituai ketika didunia seperti memahami Islam melalui saluran ilmu ini yang disampaikan ulama ahlu sunnah dan ramai non-Muslim mendapat maklumat sohih mengenai Islam serta menerima hidayah.

Kos ladang internet hanya membayar bil internet sahaja. Setiap sen yang kita bayar untuk bil internet akan dikira sebagai suatu ibadah jika internet ini digunakan untuk jalan-jalan kebaikan. Begitu juga dengan segala peralatan teknologi yang ada akan menjadi semaian benih di ladang seperti komputer digunakan untuk mendengar perkara bermanfaat, smartphone digunakan untuk menyampaikan Islam, external hard disk digunakan untuk menyimpan rakaman kuliah agama, video cam digunakan untuk merakam kuliah agama, software editor digunakan untuk mengedit gambar dakwah dan video dakwah lebih kelihatan menarik, printer digunakan untuk mencetak bahan-bahan dakwah atau bermanfaat, televisyen serta radio digunakan untuk mendengar perkara bermanfaat, satelit digunakan untuk menyebarkan dakwah seperti yang dilakukan pihak TV Al-Hijrah serta ikim FM, laman youtube, blog, web site, laman-laman media sosial digunakan untuk kebaikan manfaat ramai dan sebagainya.

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”. [al-Syura:20]

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (al-Anbia:107)

*Keindahan Teknologi Suatu Manfaat Rahmat Buat Sekalian Alam

Tuesday, 4 April 2017

Jangan Bersedih-La Tahzan

Jangan bersedih, ingatlah selalu kepada Allah.

Jangan bersedih, maafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik.

Jangan bersedih, masih banyak nikmat yang ada pada diri anda.

Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

Jangan bersedih, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.

Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain.

Jangan bersedih, kerana kesedihan merosakkan badan.

Jangan bersedih, kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.

Jangan bersedih, istighfar adalah pembuka jalan.

Jangan bersedih. Allah bersama orang beriman.

Jangan bersedih, damailah bersama Tuhan anda.

Jangan bersedih, semoga anda menjadi lebih baik.

Jangan bersedih, ilmu adalah petunjuk dan ubat.

Jangan bersedih, mengembaralah dan perhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah.

Jangan bersedih, tulislah sejarah hidup anda sendiri dengan kebaikan.

Jangan bersedih. Ingatlah selalu kepada Rahmat Allah. Senyumlah : )

*petikan daripada beberapa tajuk Buku La Tahzan, karangan Dr Aidh Al-Qarni.

#PastikanAndaMembacaBukuIni
#UntukMenjadiOrangYangPalingBahagia

Monday, 3 April 2017

PERANAN PARA ULAMAK DAN PARA PENDAKWAH

[MENJADI PENDAKWAH TIDAK SEMESTINYA PERLU MENJADI ALIM SEPERTI ULAMAK. PENDAKWAH MEMBANTU ULAMAK. ULAMAK MEMBIMBING PENDAKWAH]

Ilmu syarie yang berada di dalam kitab-kitab tidak ramai yang berminat membacanya. Peranan para pendakwah yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam #teknologi maklumat (ICT) dan kepakaran dalam bidang #psikologi, bidang #pemasaran atau apa jua bidang adalah untuk membawa pesanan-pesanan yang berada didalam kitab kepada masyarakat hari ini mengikut pelbagai kaedah dan metod yang dapat menarik minat masyarakat.

Peranan pendakwah adalah membantu menyampaikan ilmu-ilmu yang disyarahkan oleh para ulama melalui pelbagai pendekatan yang dimiliki kepakaran, kebijaksanaan dan kemahiran yang dipelajari para pendakwah.

PATUTNYA LAH KAN, HAIWAN LAH YANG JADI DOKTOR HAIWAN. BUKAN MANUSIA. SETUJU TAK?

[PATUTNYA LAH KAN, HAIWAN LAH YANG JADI DOKTOR HAIWAN. BUKAN MANUSIA. SETUJU TAK?]

Kalau haiwan juga diberikan PENCIPTANYA akal fikiran, tidak mustahil doktor haiwan juga akan ada dikalangan haiwan.

Tetapi, tidak begitu. Tuhan yang Maha Mengetahui tidak MENCIPTAKAN haiwan dengan akal fikiran.

Namun, Tuhan telah berikan keupayaan AKAL FIKIRAN kepada manusia.

Tidak terfikirkah kita bahawa kenapa manusia diberikan AKAL FIKIRAN oleh Tuhan tetapi haiwan tidak ada?

Tidak lain tidak bukan, pemberiaan AKAL FIKIRAN kepada manusia adalah suatu tanggungjawab dari Tuhan kepada manusia.

Tiada haiwan yang akan dimasukkan neraka disebabkan perbuatan-perbuatan jahat mereka. Haiwan tidak akan dihisab amalan perbuatan mereka kelak diakhirat.

Hanya manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras akan dipertanggungjawabkan apa yang telah mereka lakukan ketika hidup di dunia.

Betul ke ni? Ramai non-Muslim dibarat telah masuk Islam selepas tersentap dengan ayat-ayat Al-Quran yang memberi petunjuk jelas tentang hakikat kehidupan manusia ini.

Bacalah dan renungkanlah ayat-ayat Al-Quran yang datang dari Tuhan yang Menciptakan segala makhluk. *lihat gambar dibawah, kehidupan manusia didunia hanya sebahagian kembara perjalanan mereka sahaja. Masih banyak perhentian-perhentian yang perlu dilalui manusia seterusnya.
———————————————
Tuhan kepada sekalian makhluk memberi tahu didalam Al-Quran, yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al-Quran-Surah Al-'A`rāf ayat ke 179)

#AmatMalanglahJikaManusiaYangAdaAkalFikiranTetapiMerekaLebihTerukDaripadaHaiwanYangTidakBerakal

Orang yang sedar

Orang yang sedang lemas di lautan yang dalam, pasti dia sangat berharap adanya sebuah pelampung untuk terus hidup.

Orang yang sedang sesat di gua yang gelap, pasti dia sangat berharap adanya apa sahaja sumber cahaya untuk mencari jalan keluar.

Orang yang berada di musim kemarau yang panjang, pasti dia sangat berharap adanya hujan untuk menghilangkan haus dan kepanasan.

Inilah kehidupan, apabila manusia sedar bahawa diri mereka dalam bahaya, mereka akan berharap dan menginginkan sesuatu untuk menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga, manusia yang sedar bahawa diri mereka dalam keadaan penuh kejahilan, banyak dosa, keras hati dan banyak kesilapan yang akan menjerumuskan mereka kepada neraka dan azab kubur, mereka sangat berharap kepada pertolongan daripada Tuhan Yang Mencipta Segalanya, Tuhan yang tidak ada sesuatu pun dapat menyerupai dan menandingi kekuasaanNya.

Untuk mengetahui bagaimana Tuhan dapat selamatkan manusia daripada neraka, azab kubur dan tipu daya syaitan, sudah semestinya dengan belajar ilmu agama yang berpandukan petunjuk wahyu Tuhan melalui Al-Quran dan Hadith.

Belajar ilmu agama suatu proses untuk mengubah kelemahan-kelemahan diri kita secara berperingkat. Tidak mungkin hanya dengan sehari belajar ilmu agama, esoknya kita jadi baik seperti malaikat. Teruskan belajar ilmu agama sehingga mati, untuk membuang sebanyak yang mungkin kelemahan dalam diri kita yang penuh kehinaan di sisi Allah SWT.