Friday, 31 March 2017

Nilai Masa Disisi Ulama

[JUMLAH HELAIAN MUKA SURAT BACAAN BUKU KITA SEUMUR HIDUP vs JUMLAH BUKU KARANGAN ULAMA TERDAHULU SEPANJANG HIDUPNYA]

Imam Ibnu Taimiyah wafat pada tahun 728 hijrah dengan berbekalkan umur selama 75 tahun, beliau mampu menghasilkan ratusan jilid kitab. Imam al-Zahabi mengatakan bahawa karya penulisan Imam Ibnu Taimiyah mencecah sebanyak 500 buah jilid buku.

Manakala menurut Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengatakan Imam Ibnu Jarir meninggal dunia dengan mewariskan hampir 350 ribu lembaran-lembaran ilmu.

Menurut Al-Hafiz Al-Suyuti mengatakan bahawa Ibnu Syahin telah menulis sebanyak 330 buah karya dalam pelbagai disiplin ilmu seperti tafsir sebanyak 1000 juzuk dan hadith sebanyak 1500 juzuk.

*rujukan: Dan banyak lagi kisah-kisah menakjubkan para ulama didalam buku Qimmatuzzaman 'Indalulamak karangan Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah.

Berapa helai muka surat buku kita baca setahun?

Kita tidak akan mampu menulis ratusan kitab seperti mereka, tetapi alangkah ruginya seumur hidup kita jika tidak ingin membaca helaian-helaian buku-buku yang ada disekitar kita.

Semoga Allah memberi kekuatan buat penulis dan kita untuk melazimi menuntut ilmu syarie dan mencintai ilmu peninggalan Nabi SAW dan huraian ilmu oleh para ulama.

1 comment: