Friday, 22 July 2016

GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA

[GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA]

Kandungan mesej yang dibawa Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah itu syumul-menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

Apa yang dapat dilihat daripada 8 Gagasan Kampus Harmoni ini adalah manifestasi daripada kesemua nilai-nilai yang selari dengan tuntutan Islam.

Oleh itu, buat mana-mana pihak yang menjadikan salah satu daripada 8 Gagasan ini sebagai gerak kerja mereka dalam ke arah mencapainya, ianya merupakan salah satu usaha Dakwah.

Ini kerana 8 Gagasan ini juga, adalah 8 perkara dalam perjuangan menegakkan Dakwah Islam yang syumul-menyeluruh dalam aspek kehidupan.

Gagasan Kampus Harmoni bukan sekadar kelihatan matlamat duniawi, ianya juga membawa mesej-mesej Islam yang syumul yang membawa matlamat menyebarkan rahmah buat warga kampus selari dengan slogan Islam rahmatan lil 'alamin.

Dalam pada itu, Perjuangan 8 Gagasan ini bukan suatu gerak kerja perjuangan jangka masa pendek. Ianya memerlukan perjalanan yang panjang dengan perlaksanaannya daripada semasa ke semasa dan berperingkat-peringkat.

Disamping itu, buat mana-mana pihak yang mencuba memperkenalkan 8 Gagasan ini kepada warga kampus, ianya merupakan suatu kempen yang baik bagi menarik minat pelbagai pihak untuk mengetahui, mendalami dan berminat bagi perlaksanaan gerak kerja mereka berpandukan 8 Gagasan ini.

Sesungguhnya, individu yang menjadi pembuka jalan kepada 8 Gagasan ini mungkin tidak sempat melihat dizamannya tercapai kelapan-kelapan gagasan yang menjadi indikator KPI menentukan Keharmonian sesebuah kampus, namun walau bagaimanapun, individu pembuka jalan tersebut telah memainkan peranan melaksanakan kempen bagi menarik minat dan menunjukkan jalan kepada pelbagai pihak bagi meneruskan agenda perjuangan mengharmonikan kampus dengan 8 indikator KPI Kampus Harmoni iaitu 8 Ciri Kampus Harmoni:

1. Gaya hidup warga kampus yang sihat, mesra dan berakhlak.
2. Warga kampus bebas bersuara dan diiktiraf
3. Pentadbiran kampus yang cekap dan berkualiti
4. Pengamalan budaya politik nilai dalam pilihan raya kampus
5. Penyuburan budaya ilmu dan intelektualisme
6. Penghasilan mahasiswa berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing
7. Kampus selamat, berkebajikan dan mesra mahasiswa
8. Peranan siswa dalam isu masyarakat, negara dan antarabangsa diiktiraf

Memetik kata-kata Nik Fatma Nik Muhamad didalam artikelnya di Malaysia Insider iaitu "Gagasan ini bakal membuka mata semua masyarakat kampus untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan satu projek mengharmonisasikan kampus dengan gaya hidup mahasiswanya yang mesra dan berakhlak, menyuburkan budaya intelektualisma, mengamalkan budaya politik nilai dalam pilihanraya kampus dan sebagainya. Gagasan ini juga bakal merubah suasana kampus ke arah kampus yang berkebajikan, mesra mahasiswa dan selamat"

Apa yang perlu difahami adalah, Gagasan Kampus Harmoni bukanlah milik sesuatu pihak yang memperkenalkannya sahaja, tetapi gagasan ini merupakan milik semua pihak yang berminat dalam menjayakan agenda mengharmonikan kampus.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
(Ali-Imran:110)

Sekadar pandangan. Wallahualam.

Syahizat Suhaimi
Mahasiswa KUIPSAS, Tahun 3, Diploma Dakwah Dan Pengurusan

(22 Julai 2016 || 17 Syawal 1437h)

#KampusHarmoni
#HARMONI

Tuesday, 12 July 2016

HARAPAN YANG TAK AKAN MENGECEWAKAN

Manusia tidak lari daripada sifat alpa dan kesalahan. Selagi mana dikau ingin berazam untuk kembali menyesali kesilapan lampau itu. Maka Janganlah dikau kecewa, jikalau dikau sudah kecewa dengan dirimu sendiri, apakah maknanya kehidupan ini sudah berakhir(kematian)?

Namun, sebaliknya harapan itu sentiasa ada. Berharaplah pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Pohonlah segalanya daripadaNYA.

syaitan dan manusia itu sentiasa mengecewakan HambaNYA untuk kembali kepada Allah SWT, maka janganlah dikau kecewa dan berputus harap daripada rahmat Allah ingatlah keampunan Allah SWT itu mengatasi seluas langit dan bumi. Selagi mana HambaNYA itu benar-benar ikhlas ingin kembali bertaubat padaNYA. Allah swt maha mengetahui keikhlasan hambaNYA lebih daripada hukuman-hukuman yang dilontarkan oleh manusia. Janganlah dikau berasa jemu untuk kembali kepada Allah swt, sehingga disaat dikau mula terbit perasaan jemu, takut dan malu untuk melakukan maksiat itu lagi. La Tahzan, Janganlah bersedih, syaitan bukanlah Tuhan, dia hanyalah musuh yang nyata, yang menjauhkan Allah swt dengan HambaNYA(manusia).

ﻭَاﺳْﺘَﻐْﻔِﺮِ اﻟﻠَّﻪَ ۖ ﺇِﻥَّ اﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﻏَﻔُﻮﺭًا ﺭَﺣِﻴﻤًا
(Al-Nisa:106)

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً )).

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
[HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan shahih].