Thursday, 13 November 2014

Kenapalah ibu ayah paksa aku belajar?

SAR Kafa Sg Isap 2 tempat belajarku mengenal al-Quran dan Fardhu ain dari darjah 1 hingga 5....

Hari ini, berpeluang berjumpa Mudir KAFA dan beberapa Ustazah disitu...

Seribu memory cuba diingati semula, tapi tak semua dpt diingat.. mungkin dulu nakal sangat kot... Hanya ingat wajah & nama mudir Ustaz Mat dan 1 org Ustazah yg dah lupa nama tapi masih cham Wajah yg mengajar al-Quran..

Seingat waktu kecil dulu,,
Ibu ayah sering memaksa aku setiap kali utk pergi belajar di KAFA sesi petang krna pagi sekolah kebangsaan....

Waktu dulu, aku tak nampak kenapalah ibu ayah sangat memaksa aku untuk pergi menuntut ilmu...

Dalam benak fikiran sbgi kanak2 hanya ingat main dan main... puas sangat kena paksa di ibu ayah. Punyalah Bapoknya malas aku menuntut ilmu..

Walaupun, seingat aku, di kafa banyak main je... tidaklah ingat sangat apa yang aku belajar sewaktu diKAFA dulu.... Tapi tu lah, kita tak tahu bagaimana dan bilakah proses ilmu itu boleh memberi manfaat dan kesan pada kita... Kalau bukan kerana Guru kita tak kenal ABC, alif ba ta, satu dua tiga...

Kalau bukan kerana A B C, satu dua tiga, alif ba ta, aku rasa kita tidak dapat sampai pada tahap yang kita ada sekarang....
-------------------------------------

Ustaz Mat dan Guru disitu berharap sangat nanti saya dapat memberi sesuatu kpd anak2 murid kafa... ingin sangat meyumbang sesuatu, tetapi setakat yg mampu je. insyaAllah...
------------------------------------

Malu juga apabila ramai mula mengenali diri.
Malu juga rasa bila ada orang memuji,
Terasa masih sangat banyak kurang ilmu dan pengalaman, khususnya ilmu Agama.
Kekurangan masih banyak compang campingnya jika orang mengenali diri ini dgn mendalam...

Ilmu dan Pengalamanku masih tidak banyak untuk di curahkan bakti yg banyak kepada masyarakat dan sekolah2 lama yang pernah mendidik aku....

Jauh lagi perjalanan sebagai seorang Penuntut Ilmu utk mengenal siapa diri yg sebenar diatas muka bumi ini?

Malas dan leka masih menjadi halangan besar dalam hidup ini, tidak dapat tidak, kita perlu berlawan dengannya....
---------------

Dgn ilmu lah yang akan memperbaiki dan mengUPGRADE diri semua MUSLIM kpd kejayaan ukhrawi & duniawi. Pastinya, Dgn izin Allah swt...

Kenapa saya/kita tidak nampak apakah ertinya aku menganut Islam? 

Zaman muda remaja lah nak belajar banyak perkara, kurang2 kan hiburan yg maksiat ye...Slow2 jom kita melangkah...

Thursday, 6 November 2014

Siapa tahu? Remaja nakal mungkin berubah menjadi Hero Perubah ummah kelak!

Masa hadapan adalah rahsia yang tidak dapat diketahui,
kerana itu kita perlu berusaha hari ini.

Siapa tahu,
Mungkin Kita nampak budak itu nakal pada waktu kecil,
Mungkin dewasa nanti dia akan menjadi Pemimpin Yg memimpin masyarakat...
--------
Teladani sejarah Salafusoleh dahulu.
Seperti Syeikh Fudhail bin Iyadh.

Pada waktu mudanya,
beliau merupakan seorang ketua Perompak yg digeruni semua kumpulan perompak.

Selepas dapat hidayah,
Beliau belajar mendalami ilmu Islam
sehingga diiktiraf sbgi Ulama terkenal zamannya...
----------
Pesanan buat Remaja2 yg nakal dan banyak terlibat dgn maksiat,

Jangan berputus asa utk berubah.
sabarlah dgn cemuhan,
Anda masih ada masa depan yg cerah utk dibuktikan pada masyarakat!
Anda mungkin penyelamat masyarakat kelak!

Saturday, 1 November 2014

Bola oh Bola. Kau hanya sekadar sebiji bola.

-saya org pahang-

Bola. pahang lwn johor kan?
Pahang Kalah ke, Pahang menang ke,
Saya tak kesah...

Yang saya ambil kesahnya,
bila:
- Org gaduh sebap bola.
-org tinggal solat sebap bola
-org tak tutup aurat sebap bola.
-Org tak jaga pergaulan lelaki,wanita sebap bola.
-Org tak jaga harta benda awam, kebersihan sebap bola.

#bola kan sebiji, Janganlah korbankan kebahagiaan akhirat yg kekal kerana sebiji bola...

Pemuda2ku. ayuh Gagalkan misi israel melalaikan kita.