Saturday, 6 December 2014

Maafkan Daku Wahai Ibu Ayah

Perkongsian. Kita adalah anak yang banyak buat salah-silap kpd ibubapa kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika tidak mampu memberi hadiah cemerlang akademik pada ibubapa,

Tidak mengapa,

Asalkan kita dapat berusaha memberi hadiah menjadi anak yang soleh dan sejuk mata memandang.

Yang terbaik adalah,

Seseorang anak itu mampu memberi kedua2nya iaitu menjadi anak yang cemerlang akademik dan cemerlang akhirat.

Mari kita Niatkan untuk mengejar segala kecemerlangan AKADEMIK untuk memberi kebahagiaan kepada ibubapa kita...

Sentiasalah juga bersalam mencium tangan ibubapa sebelum keluar dari rumah. Banyak kelemahan kita yang mungkin mengecilkan hati mereka, moga mereka maafkan kita melalui senyuman dan bersalaman itu.

Semoga ibubapa  redha, suka dan sayang pada kita yang sedang berusaha utk berubah ini...

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ibubapa Ku, Masukkan mereka kedalam syurgaMU... Jadikan Daku anak yang baik utk mereka.

Thursday, 13 November 2014

Kenapalah ibu ayah paksa aku belajar?

SAR Kafa Sg Isap 2 tempat belajarku mengenal al-Quran dan Fardhu ain dari darjah 1 hingga 5....

Hari ini, berpeluang berjumpa Mudir KAFA dan beberapa Ustazah disitu...

Seribu memory cuba diingati semula, tapi tak semua dpt diingat.. mungkin dulu nakal sangat kot... Hanya ingat wajah & nama mudir Ustaz Mat dan 1 org Ustazah yg dah lupa nama tapi masih cham Wajah yg mengajar al-Quran..

Seingat waktu kecil dulu,,
Ibu ayah sering memaksa aku setiap kali utk pergi belajar di KAFA sesi petang krna pagi sekolah kebangsaan....

Waktu dulu, aku tak nampak kenapalah ibu ayah sangat memaksa aku untuk pergi menuntut ilmu...

Dalam benak fikiran sbgi kanak2 hanya ingat main dan main... puas sangat kena paksa di ibu ayah. Punyalah Bapoknya malas aku menuntut ilmu..

Walaupun, seingat aku, di kafa banyak main je... tidaklah ingat sangat apa yang aku belajar sewaktu diKAFA dulu.... Tapi tu lah, kita tak tahu bagaimana dan bilakah proses ilmu itu boleh memberi manfaat dan kesan pada kita... Kalau bukan kerana Guru kita tak kenal ABC, alif ba ta, satu dua tiga...

Kalau bukan kerana A B C, satu dua tiga, alif ba ta, aku rasa kita tidak dapat sampai pada tahap yang kita ada sekarang....
-------------------------------------

Ustaz Mat dan Guru disitu berharap sangat nanti saya dapat memberi sesuatu kpd anak2 murid kafa... ingin sangat meyumbang sesuatu, tetapi setakat yg mampu je. insyaAllah...
------------------------------------

Malu juga apabila ramai mula mengenali diri.
Malu juga rasa bila ada orang memuji,
Terasa masih sangat banyak kurang ilmu dan pengalaman, khususnya ilmu Agama.
Kekurangan masih banyak compang campingnya jika orang mengenali diri ini dgn mendalam...

Ilmu dan Pengalamanku masih tidak banyak untuk di curahkan bakti yg banyak kepada masyarakat dan sekolah2 lama yang pernah mendidik aku....

Jauh lagi perjalanan sebagai seorang Penuntut Ilmu utk mengenal siapa diri yg sebenar diatas muka bumi ini?

Malas dan leka masih menjadi halangan besar dalam hidup ini, tidak dapat tidak, kita perlu berlawan dengannya....
---------------

Dgn ilmu lah yang akan memperbaiki dan mengUPGRADE diri semua MUSLIM kpd kejayaan ukhrawi & duniawi. Pastinya, Dgn izin Allah swt...

Kenapa saya/kita tidak nampak apakah ertinya aku menganut Islam? 

Zaman muda remaja lah nak belajar banyak perkara, kurang2 kan hiburan yg maksiat ye...Slow2 jom kita melangkah...

Thursday, 6 November 2014

Siapa tahu? Remaja nakal mungkin berubah menjadi Hero Perubah ummah kelak!

Masa hadapan adalah rahsia yang tidak dapat diketahui,
kerana itu kita perlu berusaha hari ini.

Siapa tahu,
Mungkin Kita nampak budak itu nakal pada waktu kecil,
Mungkin dewasa nanti dia akan menjadi Pemimpin Yg memimpin masyarakat...
--------
Teladani sejarah Salafusoleh dahulu.
Seperti Syeikh Fudhail bin Iyadh.

Pada waktu mudanya,
beliau merupakan seorang ketua Perompak yg digeruni semua kumpulan perompak.

Selepas dapat hidayah,
Beliau belajar mendalami ilmu Islam
sehingga diiktiraf sbgi Ulama terkenal zamannya...
----------
Pesanan buat Remaja2 yg nakal dan banyak terlibat dgn maksiat,

Jangan berputus asa utk berubah.
sabarlah dgn cemuhan,
Anda masih ada masa depan yg cerah utk dibuktikan pada masyarakat!
Anda mungkin penyelamat masyarakat kelak!

Saturday, 1 November 2014

Bola oh Bola. Kau hanya sekadar sebiji bola.

-saya org pahang-

Bola. pahang lwn johor kan?
Pahang Kalah ke, Pahang menang ke,
Saya tak kesah...

Yang saya ambil kesahnya,
bila:
- Org gaduh sebap bola.
-org tinggal solat sebap bola
-org tak tutup aurat sebap bola.
-Org tak jaga pergaulan lelaki,wanita sebap bola.
-Org tak jaga harta benda awam, kebersihan sebap bola.

#bola kan sebiji, Janganlah korbankan kebahagiaan akhirat yg kekal kerana sebiji bola...

Pemuda2ku. ayuh Gagalkan misi israel melalaikan kita.

Thursday, 30 October 2014

Biar duitku habis, asal Ilmu itu penggantinya.

Jangan berkira untuk ilmu,
kerana manfaatnya melebihi langit.
*****************

#Buat ibubapa/Penjaga.
Jangan berkira untuk hantar anak2 bagi menuntut ilmu yg bermanfaat, khasnya Ilmu Agama.
cari sekolah yg terbaik buat mereka, walau tinggi kadar yurannya. yg penting mereka dapat jadi modal insan yg baik kelak.

#buat individu.
Jangan rasa berkira utk menuntut ilmu(Kecuali memang sesak kewangan).
Jgan berkira utk isi duit minyak ke tempat pengajian walau jauh. jgan berkira utk buku2. jgan berkira utk sambung belajar ke peringkat seterusnya, walaupun perlu membuat hutang...
*******************

-Aku berfikir, Jika aku sanggup buat loan ratusan ribu utk dapatkan kereta dan rumah impian,
kenapa aku harus berkira utk dapatkan ilmu-

Friday, 24 October 2014

Aku Nak Pindah bro... Kau Nak gi mana?

Apa Azam kita ye?

-Jom kemas dan persiapkan diri kita utk berpindah dari zaman Purba(Jahil) ke zaman bertamadun(Islam)-

Awak nak naik kereta ke Motor?
Boleh tumpangkan saya ikut?

Kenapa kita kena pindah bro?
Ada apa kat zaman batu, awak?

Kat zaman batu ni,
-kami ada Baju, tapi tak cukup kain.
-Hati kami keras mcm batu.
-Lidah kami berkata-berkata mcm batu, habis org sakit kena lempar di batu.
-Kami tak kenal Tuhan.
-Kami dan kami, bnyak lg.

owh. Okay. saya faham.

Tak apa.

Jom lah kita cepat2 pindah ke zaman baru.

Mesti best kan.

Ok. Kau start enjin skrg.
Aku check tayar, Minyak hitam, Bateri, lampu.

Ow ada problem ni,

Jom repair dulu,
kita singgah masjid ye repair...
Kita tambah ilmu.

perjalanan kita jauh ni bro,
Semoga kita istiqomah dgn perjalanan hijrah ni. Amiin Ya Allah.

Terima kasih kawan,  : )

Wednesday, 22 October 2014

Tolonglah selamatkan aku, Aku sukakan hiburan bro.

Malam semalam ada konsert Mariah Carey di Malaysia,
Syukurlah sebap kita semua tiada peluang utk hadiri majlis maksiat seperti itu.
#syukur Umat Islam ramai cakna Isu anjing, isu DNA Babi.
***************
Bagaimana pula,
Isu program/konsert tidak patuh syariah masih ada dianjurkan dan masih disiarkan di Televisyen...
Apa bentuk program tidak patuh syariah bro?
-Percampuran lelaki n wanita.
-Artis tidak menutup aurat
-Nyanyian/ hiburan yg melalaikan.
-berlaku perkara2 yg diharamkan Islam didalam majlis itu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Macam mana kami nak berhibur, semua tak boleh?
Tak salah pun nak berhibur.
apa yang dapat menenangkan hati kita, itu lah dapat menghiburkan kita.  apa dia bro?
Hati Kita ni dah memang selalu jauh dan lalai dari ingat Allah swt.
Apa salahnya,
jika kita cari hiburan yang dapat buatkan kita ingat pada Allah s.w.t.
Nasyid ada,
kita ada maher zain, hafiz hamidun, rabbani, inteam, hijjaz, raihan, sami yusuf, yusuf Islam n ramai lagi bro.
kita juga ada,
Al-Quran, zikir, selawat, Masjid, ceramah. solat juga bro dapat release tension.
Semua itu antara jalan utk ingat kpd Allah swt, nescaya hati menjadi tenang...
****************
Jadi bro, nak ketenangan,
kita Orang Islam tidak perlukan hiburan orang putih, kita tak perlu cite korea n yg sewaktu dgnnya...
Slow2 kita ubah. insyaAllah boleh. kekalkan senyum :)
*************************
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram"(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
"Orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat yang baik" (Ar-Ra'd:29)
WALLAHU'ALAM
#seruan kpd diri.
 

Tuesday, 21 October 2014

Auratku Maruahku. Kisah Gadis syria diaib, Pemuda syria ketemu syahid.

Kezaliman Di Syria.

Di syria, Anak2 gadis dijadikan bahan pemuas nafsu tentera Jahat. Ibu2 dicabul kehormatan mereka.

Diberitakan juga bahawa,
Terdapat Gadis Muslimah yang solehah, yg rapi menutup aurat dgn sempurna, yg menjaga maruahnya...

Tetapi,
Kezaliman tentera Basyar Assad sangat melampau,
Mereka menanggalkan segala pakaian Gadis tadi dan meletakkan beliau tanpa sehelai kain di tengah2 jalan raya.

Disitu, semua orang memperhatikan, ada yang ingin menyelamatkan beliau,
tetapi, tentera basyar mengawal dgn senjata.

maka tiada siapa yg berani.

sehinggalah,
ada seorang pemuda yang berani pergi menyelamatkan gadis itu daripada diaib dan dijatuhkan maruah sebegitu rupa..

Apa yg menyentuh hati adalah,
Sewaktu keikhlasan pemuda tadi melindungi maruah Gadis itu,
tiba2 dia ditembak oleh Tentera zalim.
Beliau syahid disitu. insyaAllah.

<<<>><<><<><<>>><<>>><<>><<>><

Jika kita baca sejarah tamadun Islam zaman khalifah dahulu,
Jika ada seorang wanita Muslimah diganggu kehormatan oleh musuh Islam,
Maka Khalifah akan menghantar segerombolan Tentera Islam bagi menyelamatkan maruah wanita itu...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
apa iktibar yang boleh para pemuda dan pemudi di Malaysia ini ambil dari kisah2 ini?

-Jaga Maruah dgn menutup aurat sepenuhnya-

Allah swt dah atur cantik dah, Islam bukan saja2 wajibkan wanita tutup aurat, Tetapi, memang ada sebap.. Kalau gula-gula yg terdedah diatas meja pun pasti ada semut-semut hurung. Begitu juga wanita. Semua peraturan dari Allah, semua pasti tepat. Dia Maha Mengetahui.

-Jaga pergaulan antara bukan Mahram-
-Maksud lelaki melindungi wanita bukan bermaksud kita kena gi couple/berpacaran/couple Islamik, itu bukan melindungi, itu membuka pintu2 zina..

-Wanita pula kena ada sifat takut dan risau kalau2 disebabkan dia, ramai lelaki tertarik pandangan dan nafsunya.
-Jangan sengaja2 menggedik manja, nak menggoda.

Okay. Peace. Tak niat bg siapa2 sentap ye.
semoga Allah swt memandu dan melindungi hidup kita.

#Rujukan: http://m.youtube.com/?#/watch?v=c-4f-Nhfl8o

Couple Islamik? jangan lari dari nasihat/peringatan, tarbiyyah memandu kehidupan...

-Wahai pemilik-pemilik hati yang didalam tarbiah.
-Wahai mahasiswa Kolej/pengajian Islam.
-Wahai pemilik2 hati yg sedang bermujahadah.
-wahai pelajar2 sekolah agama.
****************
Jauhkan diri kita dari istilah, adik-beradik angkat diantara berlainan jantina.
Dan juga,
Jauhkan diri dari couple sebelom nikah.
Dan juga,
Tiada istilah "couple Islamik" buat remaja yang belom bernikah.
******************
Di sebalik istilah yang digunakan,
Ada syaitan dan nafsu yang bergembira riang.
Mula-mula couple dapatlah menjaga syariat,
Mula-mula bolehlah kata nak dakwah ajak kpd Allah. Ukhwah fillah?
ingat wahai hati yang ditarbiah,
ada syaitan mencari ruang dan peluang yang walaupun kecil,
Apabila syaitan berjaya membuka ruang kecil itu,
Maka mudah lah peluangnya memesongkan kita yg lemah.
ingat, apabila soal nafsu.
Samaada kita ulama ke, serban besar gunung ke, warak mana pun, fakih/ilmu banyak mana pun,
Tetapi,
apabila kita tak jaga letakkan syariat melebihi nafsu,
Maka pasti tewas kita... Tewas.
**************
Apabila lama kelamaan, sudah kerap berkomunikasi, maka hilanglah perasaan malu sebahagian dari Iman.
Maka mulalah, nafsu membuak-buak,
Maka mulalah pasangan ini akan mencari alasan bagi menyokong nafsunya.
Maka hati mulalah tidak khusyuk dan jauh dari cinta matlamat, Cinta Ilahi...
Akhirnya,
Samaada couple ini berkahwin ataupun melakukan zina.
Jika berkahwin pun,
Mereka telah rugi kerana telah merosakkan cinta hati, cinta matlamat kpd Ilahi dgn maksiat.
Keluarlah, bertaubatlah, jauhkanlah, muhasabahlah.
InsyaAllah. Memang susah. Tapi Boleh ubah tu, mujahadah utk mengejar redha Allah dlm hidup...
Di usia remaja ini,
Masih banyak lagi hal penting yang perlu kita uruskan dan kejarlah matlamat itu.
*****************
~ya Allah, kami pohon taufik, bimbingan, kekuatan dari Mu dalam menjalani kehidupan dunia yg penuh ujian~
‪#‎eh‬. sory. Tak niat kutuk & menyinggung hati sesiapa.
‪#‎ya‬. Peringatan buat diri khususnya.

Wednesday, 15 October 2014

Jom masuk U

Masuk Universiti/Kolej bukan sekadar ingin meraih result tinggi, Nak Diploma/ijazah.

Tetapi,
Didiklah diri bahwa aku masuk Universiti/Kolej kerana aku ingin mengenal siapa diri aku yg sebenar di atas muka bumi Allah swt ini... Disamping berusaha utk exam.

Didik diri bahawa,
Aku berada di sini juga kerana ingin ditarbiyyah dan memperbaiki diri...

insyaAllah,
Kita akan rasa kemanisan yg sebenar hidup sbgi seorang Mahasiswa... Bukan sekadar mengejar result.

Tuesday, 14 October 2014

Kisah HIJRAH Pelajar Cemerlang mengorbankan segala kejayaan demi mencari Islam. Ibnu Batoota(NickName Beliau)

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

#copy paste

Sunday, 12 October 2014

Muda datang dan pergi

Perbagaikan pengalaman yang bermanfaat diwaktu Muda.

Kelak akan menjadi kemanisan di hari tua...

Penyesalan di hari tua kelak, tidak akan dapat mengembalikan kita di waktu muda kembali.
-----------------

#Jom, jom manfaatkan usia Muda kita. Jauhikan diri kita dari perkara2 negatif.
Tambahkan perbagai pengalaman...

sayangi waktu keemasan zaman menjadi orang muda sebelum kelak menjadi warga emas.

Wednesday, 8 October 2014

Kejayaan Nik Nur Madihah -20A SPM

"Aku menyimpulkan pada diriku bahawa kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawabku.

Aku belajar ilmu agama: tauhid, feqah, sirah, akhlak, tasawur, Al-Quran, Hadis, nahu, sorof dan lain-lain
adalah untuk menguruskan kerohanian (ruh) ku.

Manakala pelajaran berasaskan pemikiran iaitu sains, fizik, biologi, matematik, ekonomi, prinsip akaun dan lain-lain adalah untuk memanfaatkan akalku agar menjadi insan yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah.

Manakala agar aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahasa terutamanya bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab.

Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa ilmu pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun terpaksa menempuh kesukaran dan cabaran"

#Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang 20A SPM 2008.

*buku catatan hati Nik Nur Madihah pada halaman 24.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Saturday, 4 October 2014

Assalamualaikum. apakah makna kehidupan ini?

Pelajarilah sesuatu daripada kehidupan lampau,
Rancanglah sesuatu untuk kehidupan mendatang.

Hidup amat bermakna apabila kita mengetahui tujuan penciptaan insan.

Jadikan agenda penting kehidupan untuk sentiasa berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah swt, Hubungan sesama manusia dan Hubungan dengan alam.

Muslim tidak akan menjadikan Islam itu hebat,
Tetap, Islam yang akan menjadikan Muslim itu hebat.

Jangan gemar mengangkat diri kita,
Tetapi berserahlah diri pada Allah swt agar ingin mencari kemuliaan disisi-NYA.