Apa itu IQ, EQ & SQ?
(Sedikit perkongsian drpd pemahaman. betulkan jika ada silap)(rujuk juga gambar dibawah utk membantu)
#IQ
Belajar di dewan kuliah khusus utk membina IQ(Kepintaran intelektual)
IQ yg tinggi penting utk seorang individu/pemimpin kerana ilmu akan memandu apakah tindakan yg harus dilakukan dlm sstu perkara/ tugasan, memudahkan urusan/ pekerjaan, boleh manjana idea2 yg bernas bagi menyelesaikan tugasan atau urusan dan sbginya.
namun jika IQ shja hebat tanpa adanya EQ yg tinggi, seseorang individu itu tidak dapat berjaya dan bertahan lama didunia pekerjaan atau didunia luar dari dewan kuliah. Kerana dia tidak mampu menguruskan emosinya dgn stabil.
#EQ
Manakala terlibat dgn Persatuan/organisasi/ aktiviti luar dewan kuliah akan dapat membina EQ(kecerdasan emosi)
EQ yg tinggi akan melahirkan seorang individu /pemimpin yg tabah, mampu memotivasikan diri & org lain, mampu mengawal emosi, tidak mudah mengalah, boleh bekerja dlm tekanan, boleh menghadapi kegagalan, tidak mudah kecewa dan mampu berdikari tanpa mengharap org lain.
#SQ
Mendekatkan diri dgn Islam, menghubungkan hati kpd Allah swt melalui penghayatan ilmu2 agama Islam bersumberkan Al-Quran & Sunnah & melalui ibadah2 dapat meningkatkan Spiritual seseorang individu.
SQ yg tinggi akan melahirkan seseorang individu/pemimpin yg amanah, berakhlak mulia, berbuat kebaikan, membantu org lain, tidak melakukan kerosakan/ kezaliman dan,sbginya.
kesimpulannya,
IQ + EQ + SQ amat penting utk dibina dari semasake semasa oleh kita. Oleh itu, jangan berlengah lagi, bermula hari ini, diusia belia ini, mari kita membina ketiga2 perkara ini utk menjadikan kita hamba Allah dan Khalifah Allah yg dapat memakmurka bumiini. Insyaallah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maksud Integriti.(wikipedia)
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~