Friday, 3 July 2015

Kisah PengIslaman Sahabat asli Sekolej kami.

Menurutnya,
Sprt biasa, Muallaf akan berdepan ujian hebat dgn keluarga dan masyarakat kampung. Dia mengatakan, kini setelah 8tahun pengIslamannya, lebih kurang hampir 2 tahun diawal pengIslamannya dia disisihkan oleh mereka.

Dia yg memeluk Islam ketika umur 18tahun sewaktu bekerja di Kuala Lumpur telah mengambil keputusan utk berhenti kerja dan mula mendalami ilmu Agama Islam di NGO Islam bahagian asli di Bandar Kuantan iaitu PERTAMA.

Setelah 1 tahun setengah di PERTAMA, Dia menggerakkan langkahnya mencari ilmu agama di bumi Kelantan di bawah NGO PERKIM Kelantan.

Sehabisnya belajar di PERKIM Kelantan, Dia meneruskan lagi semangatnya dengan belajar agama di Sekolah PONDOK dalam Kelantan.

Sewaktu di sana, dia yang hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja telah memberanikan diri untuk mengambil SPM calon persendirian.

Walau tidak pernah menuntut di Sekolah Menengah, dia masih berjaya memperoleh sijil SPM itu.

Berbekal sijil SPM itu, dia bertekad utk menyambung pelajaran di peringkat Diploma iaitu Jurusan Dakwah & Pengurusan di salah sebuah Kolej Islam sekitar Kuantan. Di Kolej Islam, dia turut ada membantu rakan-rakan sekolej didalam akademik dan mengaji al-Quran.

Kini dia sedang berada di tahun yang ke 2 sedang berhempas-pulas mendapatkan ilmu disamping 'pointer' yang baik bagi meneruskan lagi agenda belajar Agama Islam di peringkat seterusnya Ijazah Sarjana Muda.

Dia yang telah berusia 26tahun mengatakan bahawa, dia terpaksa mengorbankan usia dan pekerjaannya bagi mencari ilmu sebagai bekalan dakwah kepada keluarga dan masyarakat Aslinya.

Dia mengatakan bahawa, Seluruh ahli keluarga masih belum Islam. Dan dia sedang berusaha yang terbaik untuk menarik mereka kepada Islam.

Apa yang menyentuh perasaan kami adalah, Bapa kandungnya telah meninggal dunia dalam keadaan bukan Islam. Kini ibunya yang sudah mencecah usia 54tahun dan 5adik beradik yang lain sedang diusahakan olehnya.

Dia juga mengharapkan agar agensi-agensi Islam kerap memasuki Kampungnya bagi menjalankan usaha-usaha Dakwah dan kebajikan.

Mudahan-mudahan rakan kami ini kelak dapat berdiri sama dengan tokoh-tokoh dakwah yang banyak menyumbang dalam dakwah seperti Brother Shahkirit, Brother Lim Joi Soon, Ustaz Dr Ravi, Ustaz Dr Rihuan Tee dan lainnya.

#ibrah & pengajaran kpd 'senior-senior' Muslim yang lebih lama Islamnya.(Termasuk Kami)

(Gambar dibawah sekadar hiasan)

Jejakibnusabil.blogspot
3Julai2015/ 16Ramadhan1436h

No comments:

Post a Comment