Wednesday, 10 February 2016

Allah swt Sumber Motivasi bagi Muslim

Semua Orang Pernah Hadapi Kegagalan, Kekecewaan, Masalah, Dilema, Kejian, Sindiran, Kesalahan, Kekurangan dan tergelincir mengabaikan tuntutan Islam.

Namun, Jangan berputus asa dengan Allah swt.

Hidup Perlu Diteruskan. Walaupun seluruh dunia membenci kita, namun Allah swt masih ada untuk menemani kita.

#Kipidap #dongibap #dodabes

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Sunday, 7 February 2016

Jadilah Seperti Khaulah

Benda yang seorang al akh jangan buat untuk menjaga reputasi sebagai seorang daie dan supaya tsiqah atau kepercayaan mad'u atau orang sekeliling tidak luntur terhadap diri kita.

1. Makan bersama berlainan jantina.

Al akh perlu berasa malu untuk makan bersama dengan berlainan jantina walau apapun dia baik classmate, groupmate, labmate di mana-mana keadaan, di mana-mana function sekalipun.

Tidakkah kita malu, menjadi seorang daie, memimpin agensi, membawa usrah, namun masih berasa senang dan tidak gelisah apabila keluar bersama, makan bersama, outing bersama orang berlainan jantina.

Namun di sini tidak bermaksud jumud. Ada keadaan atau function di mana ini adalah di luar kawalan dan ada kepentingan dharuri yang perlu diperolehi. Saya pernah diajak belanja makan oleh supervisor bersama semua rakan postgrad makmal (semuanya perempuan). Ketika di kedai makan saya minta izin utk duduk di meja sebelah, jarak 1 kerusi dgn mereka. Saya juga pernah satu meja makan dengan panelis forum perempuan, dengan VVIP perempuan. Namun di sana tidak ada halangan utk berbincang mengenai hal-hal pengajian dan di luar pengajian (yg mana patut).
Saya pernah diajak beberapa kali untuk keluar lunch oleh rakan postgrad tetapi menolak kerana tiada urusan yg penting dan khuatir meletakkan diri dalam fitnah kerana di sana ada berlaku ikhtilat.

2. Bergambar bersama perempuan

Al akh yang sensitif jiwanya takkan mudah utk bergambar dengan perempuan kerana takut sekali ianya mendatangkan fitnah. Apatah lagi tag menge-tag di media sosial.

Selfie ketika buat kerja lab, selfie study group, selfie riadah, selfie reunion dan sebagainya, ini mendatangkan fitnah, apatah lagi kita sbgi pimpinan yg sepatutnya menunjukkan qudwah kpd sekeliling.

Namun di sana ada pengecualian utk bergambar bersama atas sebab-sebab yg relevan dan tidak mendatangkan fitnah seperti sesi pergambaran kelas, sesi-sesi formal seperti mesyuarat, kunjungan hormat, gambar bersaam examiner dan pensyarah selepas satu sesi formal dan yg berseuaian.

3. Berbual kosong atau tanpa urusan penting.

Seorang al akh tidak mudah sekali utk memulakan perbualan dengan seorang perempuan kecuali atas urusan penting seperti pelajaran dan urusan-urusan formal dan professional yang lain.

Di dalam makmal penyelidikan saya ada 14 orang pelajar termasuk pelajar FYP dan postgrad. Namun dalam 14 orang itu hanya 2 orang lelaki, saya dan seorang lagi pelajar FYP. Dalam situasi begitu pun sekali kita tak mudah-mudah utk sembang kosong melainkan atas urusan pelajaran.

Prinsip ini menbuahkan rasa hormat dan segan orang terhadap kita, tidak pernah lagi saya sepanjang berada dalam makmal ditegur mesra oleh pelajar FYP mahupun postgrad kecuali ada yg nak bertanya soalan, berbincang pasal kajian,  minta diajarkan dan ketika mereka memerlukan pertolongan. Namun apabila di sana memerlukan saya untuk mengajar dan memberi pertolongan saya  tidak pernah membataskan diri untuk memberi komitmen 100% terhadap proses pengajaran

Kita hidup dalam generasi yang biasa dengan benda salah, dan janggal dengan benda yang betul di sisi syarak. Jadi di sini memerlukan kita utk betulkan yang biasa kita buat, dan biasakan benda-benda yang betul.

Tarbiah mengubah persepsi kita dan tingkah laku kita dalan perhubungan sosial bercirikan islam. Untuk merealisasikan ini memerlukan mujahadah dan keyakinan yang tinggi kepada garis panduan dari Allu SWT.

Cc: Nizzal Shafiq

(Copy/Paste)

Sibuk Perbaiki Diri tanpa hiraukan Ummah. Untungnya.

Untungnya jadi golongan yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri, beribadah tanpa hiraukan hiruk pikuk dunia, boleh berpeluang umrah banyak kali, menjauhi diri daripada kerosakan ummah dan menjauhi diri dalam perjuangan Ummah yang dizalimi.

Untungnya seperti itu. Tidak payah susah payah pening kepala memikirkan hal-hal lain. Untungnya dapat memperbaiki dirinya sendiri, untungnya hanya tunggu hendak menjejak kaki ke syurga sahaja.

Untungnya kalian. Penatnya & peningnya kawan² kalian yang lain yang bukan sahaja sedang memperbaiki dirinya sendiri, mereka juga berusaha memperbaiki ummah, mereka ditimpa kesulitan dalam dakwah seperti masalah kewangan, masa menjadi padat, cercaan masyarakat, fitnah masyarakat, sindiran masyarakat, perasaan malu, tekanan,  menjaga perasaan daripada penyakit hati dan banyak lagi kawan² kita sedang berhadapan bagi menyambung perjuangan Nabi saw. Marilah bersama kawan-kawan anda secara berjemaah untuk menyambung Misi Dakwah Rasul.

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Tuesday, 2 February 2016

Di mana suara aktivis mahasiswa dalam bidang yang diceburi?

Di mana suara aktivis mahasiswa dalam bidang yang diceburi? – Syuaib Supani

Published: 2 February 2016 3:30 PM

Tiga perkara utama yang perlu diambil kira dalam visi kemahasiswaan pada hemat saya ialah mahasiswa sebagai pemimpin dalam masyarakat madani, mahasiswa sebagai modal insan dalam pembangunan negara dan mahasiswa sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Justeru, elemen-elemen seperti keberkesanan sistem pendidikan dan sokongan kewangan pengajian, keberdayaan dan kebolehpasaran, pemposisian strategik untuk menyumbang kepada Negara dan elemen lainnya merupakan faktor penyumbang kepada pembentukan generasi mahasiswa yang berkualiti.

Ketiga-tiga visi kemahasiswaan tersebut menyaksikan pelaburan negara dalam pembinaan mahasiswa tidak boleh dikesampingkan. Malah, kesilapan pengabaian terhadap aspek ini membawa risiko kepada masa depan negara untuk dipacu dengan lebih baik.

 Perkara ini kita dapat lihat menerusi kritikan dan penambahbaikan terhadap analisis bajet tahunan negara berkaitan manfaat kepada mahasiswa dan institusi pengajian tinggi pada setiap tahun, peranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diwujudkan kembali, rancangan-rancangan pendidikan negara dan pelbagai lagi inisiatif, instrumen dan institusi yang diwujudkan dan dilaksanakan.

Dalam pada itu, kita juga boleh membaca dan menghayati kisah perjuangan aktivis mahasiswa masa lalu dan hari ini yang banyak berjasa dalam memartabatkan serta menjuarai hak mahasiswa dan masyarakat.

Dalam rentetan ini, mahasiswa berjaya merealisasikan ketiga-tiga visi ini sesuai dengan keperluan perkembangan negara ketika itu, antara lain sebagai timbang tara (check and balance) kepada pentadbiran negara serta memperjuangkan suara mahasiswa dan rakyat sebagai alternatif tambahan kepada politikus pembangkang yang turut sama memainkan peranannya walaupun dalam jumlah kerusi yang sangat kecil.

Graduan-graduan mahasiswa tersebut turut akhirnya mengisi posisi penting dalam pentadbiran dan kepimpinan negara saat ini, selain merintis dan menggerakkan pembangunan negara di posisi masing-masing.

Saat ini, jika kita duduk dan koreksi semula, bagaimana perkembangan aktivisme mahasiswa dalam ketiga-tiga visi kemahasiswaan ini seharusnya diselarikan dengan perkembangan negara saat ini?

Hari ini

Satu perkembangan positif dalam arena politik negara hari ini ialah kekuatan parti pembangkang yang setanding dengan parti pemerintah sedia ada. Dengan itu, timbang tara menjadi jauh lebih baik, kuat dan didengari.

Parti pemerintah juga terpaksa menjadi lebih kompetitif bagi terus mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya hinggakan demokrasi negara kian sihat.

Dalam sudut lain pula, jumlah mahasiswa dalam pelbagai bidang yang semakin melebar dan mendalam kian bertambah sehingga berlaku lambakan graduan yang menganggur.

Sedangkan bidang yang diceburi mahasiswa ini adalah kunci kepada memacu pembangunan negara, sekaligus menuntut penglibatan mahasiswa untuk terus mendalami dan mengembangkan bidang mereka.

Ataukah perkara seumpama ini hanya baru disedari aktivis mahasiswa menjelang latihan industri atau saat bergraduasi?

Kita tidak nafikan kemandirian mahasiswa dalam mewujudkan pekerjaan itu adalah kualiti yang sangat baik namun alangkah ruginya pekerjaan yang mampu mahasiswa wujudkan khususnya dalam mengembangkan bidang yang diceburi adalah terhad tanpa adanya campur tangan kerajaan dalam mewujudkan inisiatif dan institusi dalam kajian dan seumpamanya.

Sebagai contoh, kita mempunyai ramai graduan bidang sains dan teknologi namun mereka akhirnya terpaksa menyumbang atau terjun ke dalam bidang lain kerana kurangnya platform dalam menyambung bidang mereka serta desakan ekonomi.

Ilmu dan kemahiran sains mereka dibazirkan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan memperuntukkan biasiswa kepada mereka untuk menguasai bidang tersebut.

Betapa banyak bidang penting yang mahasiswa terpaksa keluhkan sebagai ‘Malaysia masih terkebelakang dalam kajian bidang ini, justeru kita kekurangan prospek dan fasiliti’.

Desakan ekonomi turut menyebabkan mahasiswa terpaksa berminda karier sara hidup berbanding karier pengembangan bidang diceburi.

Suara aktivis mahasiswa

Dalam bagusnya kerancakan aktivis mahasiswa membawa suara mahasiswa dan rakyat sehinggalah kepada berpartisipasi dalam arena politik nasional, kita menyaksikan banyak aspek seumpama ini yang berada seputar kemahasiswaan kurang dijuarai aktivis mahasiswa dalam konteks keperluan masa kini.

Sejauh mana aktivis mahasiswa hari ini menguasai bidang yang diceburi untuk menjuarai bidang tersebut dalam pembangunan negara, di samping turut turun padang menyuarakan isu negara?

Sejauh mana pula aktivis mahasiswa mengerahkan mahasiswa massa agar menguasai bidang yang diceburi? Ataukah mahasiswa selesa dengan penyelesaian tugasan saat akhir dan gred cukup makan, atas alasan menteri yang cemerlang akademik juga mengeluarkan kenyataan kurang bijak?

Sejauh mana mereka juga memperjuangkan hak mahasiswa dari segi infrastruktur dan sokongan negara terhadap perkembangan pelbagai bidang yang diceburi?

Jika infrastruktur dan sokongan itu sedia ada, di mana peranan aktivis mahasiswa dalam mengerahkan mahasiswa memanfaatkannya?

Ataukah mahasiswa melihat aktivisme mahasiswa itu hanya dalam bidang populis seperti politik dan sosial semata-mata?

Benarkah penguasaan bidang serta kemahiran insaniah mahasiswa ijazah dasar aktivis masa lalu hanya setaraf graduan sarjana hari ini berikutan perkembangan ilmu dan teknologi?

Sejauh mana semangat idea dan inovasi mahasiswa dicetuskan dan disumbangkan dalam bidang masing-masing sejak dalam usia mahasiswa hingga akhirnya dapat dimanfaatkan negara?

Justeru masih relevenkah sejarah romantis gerakan mahasiswa masa lalu diulang-ulang dan diguna pakai hari ini (tanpa menafikan sumbangan besar mereka dahulu)?

Sejauh mana aktivis mahasiswa berhubung rapat dengan pensyarah bidang masing-masing dan menimba ilmu dan pengalaman mereka, selain aktif menghadiri wacana politik dan isu negara?

Ataukah mahasiswa lebih mengagungkan tokoh dan wacana luar yang dirasakan lebih berwibawa dek menjuarai retorika hak rakyat?

Betapa banyak bidang yang mahasiswa ceburi namun tidak dapat dikembangkan untuk manfaat negara, sehingga negara masih terkebelakang dalam pengembangan ilmu dan teknologi? 

Justeru masih relevankah kebobrokan budaya dan corak politik nasional parti pemerintah mahupun pembangkang terus dibiarkan mempengaruhi aktivisme mahasiswa dalam kampus?

Kita tidak menafikan bahawa salah satu visi kemahasiswaan yang disebutkan tadi adalah mahasiswa sebagai pemimpin masyarakat justeru berperanan menyedarkan masyarakat dan peka menyuarakan isu-isu nasional. Kita bersetuju bahawa untuk mahasiswa menjadi pemimpin negara masa hadapan, mereka perlu mendedahkan diri sedari awal dalam lapangan kepimpinan negara. Kita menyedari bahawa suara mahasiswa mampu menjadi kuasa ketiga yang berpengaruh dalam mencorakkan pembangunan negara.

Namun demikian, kita tidak mahukan akhirnya kegagalan pelaburan negara dalam pengajian tinggi bukan hanya disebabkan salah urus tadbir atau korupsi pemimpin negara, tetapi juga disebabkan mahasiswa sendiri yang korup dan pecah amanah dalam posisi dan amanah yang dipercayakan kepada mahasiswa untuk memikul tanggungjawab fardu kifayah umat dalam menguasai bidang yang diceburi.

Kita tidak mahukan akhirnya kelembapan pembangunan negara bukan hanya disebabkan salah urus tadbir atau korupsi pemimpin negara, tetapi juga disebabkan bidang strategik negara dan kajiannya tidak mampu berkembang dan mengukuhkan pembangunan negara kerana ketiadaan pakar bidang yang lahir dan dibentuk sejak mahasiswa, dek terus hanyut tersepit sama dalam rentak pergaduhan golongan politikus berkepentingan. – 2 Februari, 2016.       

Penulis ialah aktivis IKRAM Siswa.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/di-mana-suara-aktivis-mahasiswa-dalam-bidang-yang-diceburi-syuaib-supani?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook