Saturday, 6 December 2014

Maafkan Daku Wahai Ibu Ayah

Perkongsian. Kita adalah anak yang banyak buat salah-silap kpd ibubapa kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika tidak mampu memberi hadiah cemerlang akademik pada ibubapa,

Tidak mengapa,

Asalkan kita dapat berusaha memberi hadiah menjadi anak yang soleh dan sejuk mata memandang.

Yang terbaik adalah,

Seseorang anak itu mampu memberi kedua2nya iaitu menjadi anak yang cemerlang akademik dan cemerlang akhirat.

Mari kita Niatkan untuk mengejar segala kecemerlangan AKADEMIK untuk memberi kebahagiaan kepada ibubapa kita...

Sentiasalah juga bersalam mencium tangan ibubapa sebelum keluar dari rumah. Banyak kelemahan kita yang mungkin mengecilkan hati mereka, moga mereka maafkan kita melalui senyuman dan bersalaman itu.

Semoga ibubapa  redha, suka dan sayang pada kita yang sedang berusaha utk berubah ini...

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ibubapa Ku, Masukkan mereka kedalam syurgaMU... Jadikan Daku anak yang baik utk mereka.