Saturday, 31 January 2015

ISLAM & SAINS MEMBUAHKAN RASA TAKJUB KEPADA ILAHI

SAINTIS DI ABAD MODEN KINI MULA MENEMUI PENEMUAN BUKTI-BUKTI SAINTIFIK TENTANG KEJADIAN ALAM.
---------------------------------
JIKA PERHATIKAN PADA AYAT AL-QURAN YANG DITURUNKAN LEBIH 1400TAHUN DAHULU,

"AKAN KAMI TUNJUKKAN KEPADA MEREKA BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP UFUK(PENJURU) DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELAS KEPADA MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU BENAR."
(SURAH FUSSILAT:53)
---------------------

SUBHANALLAH BENAR SUNGGUH FIRMAN-FIRMAN ALLAH SWT ITU YANG MERUJUK KEPADA ZAMAN MODEN KINI...

RAMAI SAINTIS NON-MUSLIM ABAD MODEN DARI BARAT YANG BERAGAMA KRISTIAN, ATHEIS, BUDDHA DAN SEBAGAINYA,

MEREKA TELAH MEMELUK ISLAM DAN MENGAKUI KEWUJUDAN ALLAH SWT SELEPAS MEREKA MEMERHATI, MENGKAJI, MEMIKIRKAN DAN MENGANALISIS KEJADIAN ALAM, PROSES KEJADIAN MANUSIA, PLANET-PLANET, GALEKSI, KEJADIAN HUJAN, PASANG SURUT LAUT, PERGERAKAN AWAN, TARIKAN GRAVITI DAN TERLAMPAU BANYAK TANDA-TANDA KEAGUNGAN ALLAH SWT. (MEREKA SAINTIS MENGKAJI ALAM DAN MENGKAJI AL-QURAN)

UMAT ISLAM, TIDAKKAH KITA MEMERHATIKAN DAN MERENUNG KEJADIAN ALAM INI???

"Maka yang mana satu diantara Nikmat-Nikmat Tuhan kamu, yang hendak Kamu dustakan?"
(55:13)

#WALLAHU'ALAM

#Ikuti Kuliah Ustaz Dr Danial Zainal Abidin di youTube

Siapa Yang Atur Proses Kejadian Manusia?

SubhanAllah...

Mustahil tiada PENCIPTA yang Maha Berkuasa, Maha Agung untuk mengatur segala kehidupan di alam semesta ini...

Mustahil jika dikumpul semua ahli pakar Sains untuk mereka menandingi Kekuasaan Tuhan dalam Menciptakan Alam semesta ini...

Penciptaan Alam semesta ini sebenarnya menimbulkan seribu satu persoalan di fikiran para saintis dan orang yang berfikir...

Segala persoalan itu sebenarnya sudah ada jawapannya...

Semua jawapan tentang Penciptaan Alam yang  sempurna ini sudah ada didalam Islam melalui petunjuk Al-Quran dan Al-Hadith yang sudah turun lebih 1400 tahun dahulu dimana ketika zaman tiada teknologi dan alatan canggih...

Semua jawapan itu sebenarnya membenarkan kewujudan Tuhan Yang Esa iaitu Allah swt Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan...

~~~~~~~~~

Ramai saintis Non Muslim yang mengkaji Alam Semesta ini Menemui Islam selepas membaca isi kandungan Al-Quran,

Mereka takjub dengan Kebenaran Al-Quran yang menceritakan kejadian Manusia dan Alam ini sejak 1400tahun dahulu ketika zaman tiada alatan sains Moden untuk mengkaji semua ini...

"Maka yang mana satu diantara Nikmat-Nikmat Tuhan kamu, yang hendak Kamu dustakan?"
(55:13)

Friday, 30 January 2015

Manusia pemalu, pendiam boleh menguasai dunia???

Apa itu individu introvert???

SIAPA PENDIAM, PEMALU, JARANG BERINTERAKSI DENGAN ORANG RAMAI...
CUBA ANDA BACA INI, PASTI MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI ANDA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kepribadian “introvert” adalah seseorang yang cenderung tertutup, pemalu, pemurung, sedikit teman, jarang berinteraksi dan pendiam.
Tidak mustahil orang Pendiam dan Pemalu bakal menjadi individu berpengaruh kelak!
Yuh bangkit dan bersemangat kaum2 introvert..

(MENARIK TULISAN DI BLOG INI, WALAUPUN BANYAK MENYEBUT NAMA TOKOH2 BARAT, BUKAN utk AGUNGkanTOKOH INI, TETAPI MEMPELAJARI YANG BAIK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI, MEMARTABATKAN ISLAM)

Antaranya mereka yg terkenal,
-Bill  Gates - pengasas Microsoft
-JK Rowling - penulis buku Harry Potter
-Mahatma Ghandi - Pemikir
-Albert Einstern - Fizik
-Barrack Obama - President US
-Mark Zurkberg -Facebook

Mari baca kisah tokoh2 itu di link ini,

Thursday, 29 January 2015

Kita perlu teruskan perubahan

SIAPA KATA NAK MENJALANI JALAN-JALAN PERUBAHAN ITU MUDAH,
AMAT KURANG BENAR KATA-KATANYA ITU.

MENGHARUNGI JALAN-JALAN ORANG YANG INGIN BERUBAH KEARAH KEBAIKAN ITU AMAT SUSAH, PENUH DENGAN UJIAN DAN RINTANGAN.

BARANGKALI HARI INI KITA BERAZAM TIDAK MAHU MENGULANGI KESALAHAN SEMALAM, NAMUN ESOK HARINYA KITA MASIH TERJERUMUS JUGA KEDALAM KESALAHAN YANG SAMA.

ITU MEMANG NORMAL,

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ADALAH,

JANGAN BERPUTUS ASA DAN BERHARAP UNTUK TERUS CUBA BERUSAH DAN BERUSAHA UTK BERUBAH SEHINGGA AJAL MENJEMPUT.

KITA PERLU BERHARAP AGAR ALLAH SWT MENGAMPUNI, MEMBERI KEKUATAN DAN TAUFIQ KEPADA KITA. DAN KITA PERLU TAKUT KEPADA AZAB ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK.

#JANGAN BERPUTUS HARAPAN, TERUSKAN BERUBAH, KEKALKAN MOTIVASI DAN INSPIRASI DGN MEMPELAJARI KISAH-KISAH HEBAT DARI ORANG LAIN.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam satu hadis Qudsi yang mahsyur, ertinya,

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw dalam menceritakan apa yang (datang) dari Tuhannya Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman :

"Seorang hamba berdosa dengan suatu dosa, ia berkata :
"Wahai Allah, ampunilah dosaku".

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman :
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya".

Kemudian ia kembali dan berdosa, ia berkata : "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku".

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman:
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya".

Kemudian ia kembali berdosa, dan berkata : "Wahai Tuhanku, ampunilah dosa saya".

Lalu Dia Yang Maha Suci dan Maha Besar berfirman :
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, lalu mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya. Berbuatlah apa yang kamu kehendaki,
Aku telah mengampunimu".

(Hadits ditakhrij oleh Muslim).

#WALLAHU'ALAM

Wednesday, 28 January 2015

IBNU SABIL_PERJALANAN MENUNTUT ILMU TIADA PENGHUJUNG

BIAR BELAJAR DENGAN RAMAI GURU,

BUAT PERBANDINGAN DAN ANALISIS ANTARA GURU2 KITA YANG MUNGKIN ADA PERBEZAAN ALIRAN, FAHAMAN ANTARA MEREKA,

PASTI ANTARA GURU2 ITU ADA YANG PERBEZAAN POLITIK 'PAS' 'UMNO', PERBEZAAN JAMAAH, PERBEZAAN ALIRAN "SALAFI", "PONDOK", "UNIVERSITI" DAN SEBAGAINYA...

BELAJAR DENGAN RAMAI GURU BUKAN BERMAKNA KITA MENERIMA DAN MENOLAK SEGALA ILMU YANG DISAMPAIKAN MEREKA... AMBIL JALAN PERTENGAHAN DAHULU UNTUK MENILAI PANDANGAN MEREKA.

HORMATI PANDANGAN MEREKA DAN KITA TERUSKAN MENCARI ILMU DAN KEBENARAN DARIPADA PERBAGAI GURU...

*SEBAP ITU, ELAKKAN KITA TAKSUB KPD SATU GURU SAHAJA, KERANA KITA AKAN TOLAK TERUS PANDANGAN DARI GURU2 YANG LAIN...

#PERJALANAN MENCARI ILMU TIDAK ADA PENAMATNYA
#PERJALANAN INI SENTIASA MENEMUKAN BAHAWA DIRI  KITA SEMAKIN JAHIL/ BANYAK BENDA TIDAK TAHU.
#PERJALANAN INI AKAN MENEMUKAN KITA DGN INSAN YANG HEBAT2 MENYEBABKAN KITA MERASA RENDAH DIRI DAN INGIN MEMPELAJARI DARI KISAH MEREKA...

Kata salah seorang guru kami yang masih lagi menuntut ilmu di usia tua,

"Rakannya bertanya, sampai bila enta mahu belajar"

"Guru kami berkata, Dia mahu  mati semasa belajar"

Semoga Allah swt memberi rahmat dan kebaikan kepada semua Guru2 kita.

Siapakah kita kelak?

Apakah akan kita jadi kelak?

Semuanya suatu rahsia yang tidak diketahui...
Tidak perlu pergi menilik nasib,,

Apa yang dapat kita lakukan adalah,

Kita berusaha untuk memperbaiki diri, menuntut ilmu ke peringkat tertinggi, dan mempelajari sesuatu ketika usia muda remaja ini...

Jangan bazirkan masa muda kita... letakkan suatu wawasan dalam hidup... Ketahui misi dan visi hidup diatas dunia yang sementara ini...

#Harapan kita adlh, moga2 Allah swt memandu perjalanan hidup kita kearah jalan2 menuju syurga, kejayaan abadi...

#Kekalkan niat ingin memperbaiki diri yang tidak akan sempurna dan ingin mempelajari erti hidup sbgi seorang hamba Allah swt.

Thursday, 15 January 2015

Ayuh Penuntut ilmu sejati!

●dulu kita dok maahad,
nk ckap ngn muslimin atau muslimat macam bg arahan perang,
penuh tertib menjaga pandangan ,
sekarang dok U ,
ckp macam dok dlm panggung wayang,
ketawa terbahak2, seronok tak igt akhirat

●dulu dok maahad,
kita diajar
"sana tgga muslimat,"
"situ tgga muslimin,"
sekarang dok U,
jalan beriringan , terbelaga bahu dengan prince and princess charming pon xkesah

●dulu kita dok maahad,
kita boleh berpanas bertudung litup, berseluar panjang
sekarang dok U,
sudah mula nampak apa yg x patut,

●dulu kita duk maahad, masa kita diisi, beruntung boleh menghafal hadis, tafsir, belajar feqah, quran sunnah, syariah islam, sirah, bahasa arab

sekarang dok U, masa kita entah ke mana, lepak, movie, games, drama, runningman, maharaja lawak,..

wahai sahabat sahabiah sayang, mana pergi produk keluaran maahad??

hanya setakat di maahad sajakah?

mana mujahid mujahidah yg di didik di bumi sma dulu?

apa antunna antum fikir Allah campakkan ke bumi maahad dulu sia2?

semuanya kerna DIA ingin kita meneruskan risalah rasul ini..
sampaikanlah dakwah kalian di mana saja,

kerna kalian adalah anak panah Islam, campaklah kemana saja, ISLAM pasti tumbuh disitu.

lupa hadis nabi???

"sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi padanya kefahaman agama"

#Ummah sedang sakit, mereka perlukan kita
#belajarlah untuk Ummah kerana Allah.
#amalkanlah ilmu yg kita dh pelajari jgn sia-siakan

(*copy paste from group what apps)

Ujian buat Penuntut ilmu.

-MOTIVASI PENUNTUT ILMU-

Sibukkan fikiranmu dengan ilmu,
Untuk memancung fikiranmu yang terangankan pasangan hidup.
---------------------------

Fokuskan minda, Sibukkan fikiran dan gerak kerja dengan mencari ilmu...

Sehingga tidak sempat memikirkan soal pasangan hidup...

#Hanya buat remaja yang masih dialam belajar.

-Baca kisah Imam Nawawi yang meninggal Muda dan tidak sempat berkahwin, kerana terlalu sibuk dengan ilmu
(walau bagai langit dan bumi, jadikan beliau sbgi motivasi utk teruskan fokus menuntut ilmu)

Semoga dapat menguasai ilmu-ilmu Agama untuk bekalan diri dahulu sebelum memegang tanggungjawab besar utk keluarga dan ummah...

#Ya Robb, kuatkan jiwa dan azam kami.

Islam bukan hanya terletak pada pakaian

Islam itu bukan hanya dinilai dan terletak pada sudut pakaian ataupun nama sahaja,,,

Apa yang paling penting adalah pengisian Islam itu secara menyeluruh didalam kehidupan.

#Apa yang haram wajiblah dijauhi, Apa yang fardhu wajiblah dilaksanakan.

Islam itu menyeluruh/ syumul/ universal,,,

Untuk mengetahui bagaimana yang dikatakan Islam itu adalah menyeluruh, hanayalah dengan melazimi untuk menuntut ilmu Agama...

Baru kita akan nampak Konsep Islam itu yang sebenar didalam kehidupan dan kita boleh memahami apakah keutamaan-keutamaan yang perlu dilakukan dan diutamakan melebihi dari yang lain...

-Yuh memahami ISLAM berserta penghayatan, baru akan nampak kemanisan sebenar hidup seorang Muslim-
#Kepentingan menuntut ilmu agama.

Tuesday, 13 January 2015

Indahnya bercouple???

Ramai menyangka kehidupan orang yg ada 'couple' itu indah dan bahagia,,,

Tak sebenarnya,,,
Kehidupan orang yg tidak bercouple jauh lebih indah, bahagia, tenang dan aman...

Kerana mereka yg tak couple ada visi dan misi yg hebat didunia dan akhirat utk meraih cinta dan redha Allah swt.


Wahai remaja2,
Jangan kita rasa malu pada kawan2 jika kita tidak ada couple,

 sebaliknya kita kena berasa bersyukur lebih rela menjaga hubungan dgn Allah swt...

‪#‎Jom‬ jadi remaja Muslim yg hebat... katakan tak nak pada couple sblm nikah...

Buat yg terlanjur bercouple, saya tak hentam kamu,

 tapi Insyaallah, Allah maha pengampun, mulakan hidup2 anda yg baru...
 
 pasti potensi anda utk jadi yg Terbaik dan org yg hebat cerah tanpa bercouple...


#Photos from Tarbiah Sentap FB

Semua dari kita ada masalah hidup...

Jika kita ceritakan masalah kita pada manusia dgn harapan mereka dapat menyelesaikan masalah kita,

maka,
 kadangkala manusia akan mempersendakan, mengaibkan, mengusutkan lagi kita...

Sebaliknya,
Jika kita ada masalah, kita berhubung dgn Allah swt samaada melalui doa dan bercakap didalam hati utk memohon Allah swt membantu kita keluar dari sstu masalah, pasti Allah swt tak akan kecewakan kita...

Adapun,
Jika kita ingin meminta sstu nasihat, maka carilah org2 yg soleh dan bertaqwa kpd Allah,

 krna mereka dpt mengembalikan kita supaya kembali kpd Allah swt...

Jangan Give up nak berubah...

Jangan Give up/ jemu utk terus berubah dan berubah...

Walau jatuh, bangkit semula, jatuh, bangkit lagi utk terus usaha utk berubah walau sukar ibarat pendakian gunung,, keindahan berada diatas puncaknya...
 
Org2 muda,,
Fikirlah utk berubah pada waktu muda, jgn niat nak berubah pada waktu tua, kerana terlalu banyak kelemahan utk diperbaiki satu per satu.. 


Semua Kelemahan tak dapat diperbaiki sekaligus, ianya memerlukan masa tempoh yg panjang...

Oleh itu,,,
Kenapa tidak utk kita mulakan berniat utk berubah pada waktu Muda remaja ini kan?

Fikirkan Generasi anak-anak cucu kita kelak, mereka perlukan kita utk dijadikan role model/ contoh ikutan yg baik...

Yuh, Mulakan Berubah pada waktu muda...