🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
*7 CIRI ANAK MUDA YANG MERDEKA. PERKONGSIAN ANAK MUDA KUIPSAS*
*1)M-Muhasabah*
»»»Tiada anak muda yang sempurna didunia ini. Anak muda perlu merendahkan diri, memuhasabahkan diri, merefleksi diri bagi mencari kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan. Setelah diketahui kesalahan yang dilakukan itu, mereka berusaha memperbaiki diri mereka ke tahap yang lebih baik. Apabila anak muda ada kuasa muhasabah dan kuasa merendah diri, insyaallah inilah ciri-ciri anak muda yang hebat dan anak muda jenis ini akan menjadi insan yang hebat suatu masa nanti. Oleh itu, janganlah menjadi anak muda yang angkuh dan memandang orang lain rendah serta hina.
*2)E-Enggan Mengalah*
»»»Anak muda enggan mengalah dalam mengejar cita-cita dan objektif hidupnya. Anak muda bersungguh-sungguh mengahadapi kepayahan dan kesulitan demi mengejar kejayaan yang dimahukan. Jika mereka jatuh, anak muda cepat bangkit untuk terus berjuang ke garis penamat.
*3)R-Redha*
»»»Anak muda redha dengan ujian yang Allah berikan. Anak muda bertawakkal kepada Allah dan tidak mudah menyalahkan orang lain seandainya sesuatu perkara buruk berlaku. Anak muda redha dan mula bermuhasabah diri mencari jalan terbaik bagi menghadapi sesuatu ujian. Life is a test.
*4)D-Do It*
»»»Anak muda tidak takut mencuba perkara yang baru selagi mana tidak bercanggah dengan Islam dan Undang-undang. Abak muda berani "do it" apa sahaja dengan niat untuk "learning process". Anak muda memaksa dirinya untuk just do it bagi memperbaiki kelemahan dirinya bagi menjadi anak muda yang hebat semata-mata demi mengembangkan peranannya dalam membangunkan masyarakat dan negara tercinta
*5)E-Enggan Melupakan*
»»»Anak muda enggan melupakan kebaikan yang ada dalam diri orang lain, dan seboleh upaya melupakan kesalahan orang lain pada dirinya, mengiktiraf dan menghargai sumbangan orang lain dan tidak berniat menjatuhkan orang lain.
*6)K-Kuat Semangat*
»»»Sentiasa bersemangat untuk berjuang dalam pelajaran, menhadapi cabaran, ujian, bersemangat melawan musuh yang ada dalam diri sendiri dan sentiasa bermotivasi dalam kehidupan
*7)A-Akhlak*
»»»Anak muda yang memiliki keperibadian yang luhur, akhlak yang mantap, sentiasa menghormati orang lain, menyayangi yang lain, tutur bicara yang dijaga baik dan sebagainya
Sekian itu sahaja, perkongsian dari saya selaku anak muda kepada anda anak muda. Semoga kita menjadi anak muda yang merdeka. Merdeka fizikal dan pemikiran. Hari ini, barat tidak menjajah kita melalui peperangan dan senjata. Mereka sedang mengatur strategi menjajah anak muda dari segi pemikiran dan budaya. Oleh itu, ayuh kita menjadi abak muda yang bebas daripada penjajahan barat melalui aspek pemikiran. Kita merdekakan diri kita.
*Ditulis Oleh:*
Syahizat Suhaimi
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/6
(31 Ogos 2016)
#SehatiSejiwa
#KUIPSASMerdeka
#AnakMudaMerdeka
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-59
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾