Wednesday, 30 September 2015

Bolehkah Aku Berubah???

Jangan Berputus Asa!
Teruskan Berubah!

Barangkali kita berazam hendak berubah & meninggalkan jahiliah silam, Alhamdulillah mungkin kita berjaya melepasinya untuk beberapa tahun mendatang.

Proses perubahan itu bukan berjalan setahun dua sahaja. Ianya merupakan suatu perjalanan sebenarnya, iaitu perjalanan menuju Ilahi iaitu sehingga ajal menjemput.

Namun, kadang² disaat Iman sedikit goyah, kita kembali diuji dengan suasana jahilyah yang menggoda kita, mungkin kita akan terjatuh kembali ke lembah tersebut. Tetapi, mudah-mudahan Allah swt menjauhkannya.

Jika terjatuh sekalipun, jangan kecewa, teruskan bangun, pautkan Rintihan doa pada Ilahi, pohonlah  taubat, pohonlah kekuatan.

Jangan berputus asa dengan sindiran² negatif dari orang sekeliling. Teruskan mencari kebahagiaan positif & motivasi daripada Allah swt Tuhan Sekalian Alam.

Jangan berputus asa hendak berubah walau dosa menggunung langit atau seluas lautan sekalipun. Teruskan perjuangan untuk terus berubah.

Syaitan amat menyukai manusia yang berputus asa untuk berubah. Oleh itu, marilah tidak kira baik mana atau jahat mana sekalipun kita, jangan mudah berasa selesa dengan apa yang kita ada. Kita tidak sempurna, marilah lakukan perubahan demi perubahan, sedikit demi sedikit sehingga saat dipanggil Ilahi itu tiba.

Dan disamping anda berusaha untuk berubah, jangan lupa juga disamping itu untuk mengajak yang lain juga untuk turut sertainya...

#Jangan Hina Masa Lampau Seseorang
#Bantu beri motivasi kepada orang lain untuk proses perubahannya, bukan hanya menghentam & menghukum dengan hukuman yang tidak membinanya.
#Jangan rasa diri sudah baik dari orang lain
#Hormatilah  orang lain
#Rahmatan lil 'Alamin

WALLAHU'ALAM

Ikuti perkongsian lain penulis di:-
http://jejakibnusabil.blogspot.com/

Friday, 25 September 2015

Persiapkanlah Dirimu. Bapa Yang....

Ke mana arah hidup belia mu kini?

Usia belia mu adalah waktu & ruang untuk mempelajari bagi mengisi ruang kosong didalam diri & memperbaiki kelemahan diri mu bagi mempersiapkan dirimu menjadi sesuatu yang penting kepada seseorang kelak.

Persiapkanlah dirimu bagi menjadi bapa kepada anak-anak mu kelak, Zauj kepada Zaujah mu, Murabbi kepada Ummah dan amat penting sekali pemimpin bagi memimpin dirimu sendiri bagi menuju Syurga abadi.

Atas Tekad matlamat penting itu, ruang waktu belia mu haruslah di isi dengan pengisian perjalanan menuntut ilmu, tarbiyah diri, pengalaman praktikal di pelbagai bidang dan perjalanan mujahadah merubah diri.

Apa akan jadi? kepada anak-anak kamu kelak itu amat bergantung kepada siapakah kamu pada saat itu.

Usah ditunggu lagi,
Persiapkanlah tika usia belia mu ini.

Thursday, 24 September 2015

Menguruskan Perbezaan Jamaah?

PAS, UMNO, PAN, DAP, PKR & sebagainya.

PAS, IKRAM, ISMA , HALUAN, IKHWAN MUSLIMIN, ABIM & sebagainya.

Persaudaraan Umat Islam itu menjangkaui Politik Kepartian tertentu atau menjagkaui Jamaah tertentu.

Parti atau Jamaah hanya alat utk membawa agenda Dakwah Islamiah.

Pemikiran Umat Islam Yang Rahmatan lil 'Alamin(Rahmah buat sekalian alam) antaranya mestilah bebas daripada 'taksub' atau tertumpu hanya kepada Politik Kepartian atau Jamaah tertentu sehingga mengorbankan persaudaraan Umat & menegangkan persefahaman Ummah di atas jalan yang hak.

Dakwah itu luas, Pelbagai pendekatan, Pelbagai ruang dan sebagainya. Dakwah Islamiah Bukan hanya tertutup kepada kelompok atau Jamaah atau kumpulan atau parti tertentu sahaja.

Berlapang dadalah, ukirkan senyuman, berjabat tanganlah, berbincanglah, berharmonilah & melangkah bersamalah untuk mencari jalan bagi memperjuangkan agenda Islam yang lebih utama daripada kepentingan Parti atau Jamaah tertentu.

Al-'Anbyā':107 - Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

'Āli `Imrān:110 - Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

An-Naĥl:125 - Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Al-Ĥujurāt:10 - Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Al-Qalam:4 - Dan bahawa sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

Al-'Aĥzāb:21 - Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Uruskanlah Perbezaan Jamaah dengan baik, hikmah kebijaksanaan, konsep Rahmahtan lil 'alamin dan berakhlak.

WALLAHUALAM.
sekadar peringatan buat diri yang mudah alpa.
Maaf jika mengguris Teman² yang hebat ilmunya daripada saya. Saya masih belajar, menilai, menganalisis & mencari jawapan.
sekadar berkongsi & berharap dapat melihat keharmonian antara sesama semua Kita yang bergelar Muslim.

Thursday, 17 September 2015

Mahasiswa nak berpolitik? Lantaklah atau wajarkah?

Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?

Berdasarkan kefahaman daripada wacana Dr Maszlee Malik Tempoh hari,

Wajar Mahasiswa Berpolitik,
Namun jauhi berpolitik dengan politik kepartian. Politik Kepartian kemungkinan akan memberi masalah kepada Mahasiswa jika tidak matang & berilmu. Jika berminat sangatpun dengan Berparti politik, sabarlah, tunggu pengajian di Universiti tamat dahulu. Kemudian masuklah parti yang kamu mahukan. Buat masa ini, sebagai mahasiswa Keutamaan kita adalah untuk belajar. Khuatir, politik kepartian akan merencatkan proses pembelajaran kita di Universiti. Sebenarnya, kita kembali bertanya diri kita, kenapa aku masuk universiti,  kenapa mak ayah hantar aku ke universiti. Sudah pasti tujuan utama adalah untuk belajar.


Kembali kepada topik utama.

Politik itu umum,

Politik itu memperjuangkan hak sesuatu perkara.

Contohnya,
Sesuatu kawasan itu tiada bekalan air bersih,
Maka melalui NGI(Non Government Individual) atau NGO(Non Government Organisation) kita boleh memperjuangkan masalah itu ke pihak atasan bagi memberikan kebajikan & hak masyarakat tersebut.

Contoh kedua,
Mengenai isu penindasan rakyat Syria,
Kita perjuangkan sama ada melalui memberikan kesedaran melalui laman sosial, melalui kutipan² derma, melalui misi² kemanusiaan NGO-NGO atau sebagainya.

Itu juga salah satu Politik.
Namun bukan Politik Kepartian.
Namun ia tetap memperjuangkan sesuatu hak sesuatu masyarakat.

WALLAHUALAM.
Betulkan jika ada kurang tepat.

Membentuk Cara Fikir Artis atau Cara Fikir Ilmuwan?

Apabila kita banyak ke Majlis para artis, kita akan bercita-cita ingin jadi artis,

Apabila kita banyak ke Majlis para ilmuwan,
Kita akan bercita-cita untuk jadi seperti mereka.

Itulah pilihan kita,
Apa yang kita lakukan,
Dimana kita memilih untuk berada,
Siapa rakan-rakan sekeliling kita,

Itu semua faktor yang akan membentuk CARA FIKIR SESEORANG INDIVIDU itu.

Bagi kita seorang Muslim,
Untuk membentuk cara fikir Muslim yang  hebat adalah melalui bersama dengan persekitaran yang mampu memberi pendidikan kepada kita sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Cara fikir Muslim yang hebat dapat dibentuk melalui dua perkara utama iaitu:
1)Ilmu yang bermanfaat
2)Pengalaman hidup

Semakin ramai individu Muslim mempunyai Fikiran yang berwawasan besar,
Semakin tinggi peluang Peradaban Islam untuk muncul kehadapan melepasi Peradaban Yahudi & Barat.

Pokoknya,
Umat Islam yang ramai sahaja tidak memberi kesan kepada kebangkitan Peradaban Islam di zaman ini,

Tetapi, semakin ramai Umat Islam yang ada pemikiran berkualiti, itu InsyaAllah akan membuka peluang & ruang ke arah kebangkitan semula Peradaban Islam.

WALLAHUALAM

#Membentuk Cara Fikir Muslim Berkualiti

Friday, 11 September 2015

PILIHLAH! MEMBINA CINTA DI JALAN DAKWAH.

Menjawab 2 Persoalan lazim mengenai Dakwah:

1)Saya belum lagi benar-benar ikhlas untuk berdakwah, perlukah saya berdakwah kepada orang lain?

2)Saya belum cukup baik/ sempurna, perlukah saya berdakwah kepada orang lain?

JAWAPANNYA TERDAPAT PADA TULISAN BERTAJUK JALAN DAKWAH YANG DIKONGSIKAN DIBAWAH INI.
SEMOGA BERMANFAAT.
----------------------------------------------

JALAN DAKWAH

Jalan yang penuh dengan ujian.
Seorang Da'ie Perlu mentarbiyah diri lagi serta dalam masa yang sama perlu mengajak kesedaran orang lain juga agar bersama-sama menyertai angkatan tarbiyah itu.

Bukannya kita hanya seronok men"tarbiyah" diri seorang sahaja, tanpa menghiraukan orang yang lain.

Satu pepatah Hukamak:
"Perbaikilah Dirimu Disamping mengajak yang lain"

Imam Syafie berkata, mafhumnya:
"Jika menunggu diri sempurna, baru ingin berdakwah,
Sudah pasti tiada Dakwah akan berjalan di muka bumi ini"

Kerana tiada siapa akan sempurna 100%, melainkan Rasul SAW.

Jika kita ingin menunggu keikhlasan 100% baru ingin berdakwah, Sudah pasti juga kita tidak dapat belajar melalui pengalaman  serta ilmu method Dakwah dan pendekatan² dalam Dakwah.

Ustazah Jabatan Dakwah Kami berkata:
"Ikhlas itu penting dalam amal.
Dakwah ini ibarat  sewaktu kita kecil dahulu, jika kita tidak dipaksa oleh mak ayah kita untuk belajar ilmu solat dan menunaikan solat, mungkin sekarang kita tidak tahu untuk solat kan?
Jadi begitu juga dakwah, kita perlu belajar banyak perkara dalam dakwah supaya akhirnya dapat menuju keikhlasan itu disamping dapat melengkapi pelbagai ilmu Dakwah, pengalaman dakwah, method Dakwah  dan kemahiran² penting dalam berdakwah."

Petikan untaian kata daripada Pelajar Jurusan Dakwah KIPSAS Tahun 3, beliau berkata:
"Dakwah ini ibarat basuh baju.
Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dahulu.
Kalau baju itu tidak bersih sebap terlalu kotor, tetap tangan kita akan bersih.
Macam itu juga dakwah, sebelum orang lain berubah, Allah akan ubah diri kita.
Kalau orang lain tidak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita juga!"
(Ansarullah Mohammad/ Rohim, 14 April 15)

Akhir kata daripada Penulis;
"Kesedaran Diri, Harus kita membinanya sendiri,
Bukan terus menunggu dan mengharap untuk di bina oleh orang lain,
Jika proses pembinaan diri(tarbiyah) tidak bermula hari ini,
Proses keruntuhan diri semakin ke penghujungnya"

#Pengerusi Kelab PERKIM KIPSAS 15.
11 September 2015

Wednesday, 2 September 2015

Kenapa Aku Masuk U ?

KENAPA AKU MASUK U ?
"MENGENALI ERTI KEHIDUPAN"

Sama² tanya balik diri kita, 

Selama ini, Mengapa Aku Masuk Universiti/ Kolej/ Sekolah Agama/ Sekolah Kebangsaan/ Tadika/ Pra sekolah atau seumpamanya??

Selepas meneliti beberapa orang Tokoh Islam yg dulunya Non Muslim yang revert kpd Islam,

Saya tertanya², Kenapa mereka boleh jadi seorang yang hebat?

Sehingga ada diantara mereka yang sanggup meninggalkan kesenangan demi mendalami ilmu² Islam. Ada yg dari Barat, ada dari Asia sanggup berkelana mengorbankan usia & harta utk belajar ilmu² Islam di sekitar Tanah Arab.


Tokoh seperti Syeikh Hussein Yee Malaysia yg menuntut ilmu di Universiti Madinah & kemudiannya  belajar ke bumi Syam. Ramai lagi termasuk tokoh² dari Barat seperti Syeikh Daood Butt, Syeikh Hamzah, Imam Suhaibb Webb, Syeikh Bilal Philips & seumpamanya turut berkelana utk belajar di bumi Anbiya.


Mengapa mereka begitu nekad?


Kerana mereka ingin mencari "ERTI SEBENAR KEHIDUPAN INI"


Mereka ingin mencari kebahagiaan, mereka mencari solusi untuk mengubah kehidupan lampaunya & mereka tercari² tujuan hidup mereka. Minda mereka sentiasa aktif berfikir mengenai kejadian alam ini, Siapakah Penciptanya yang Maha Hebat? Mereka begitu ingin mengenali Pencipta alam & Perintah²Nya.


Bagi kita pula, Mari muhasabah, tanya diri kita.

Kenapa Aku masuk U atau seumpamanya?

Usahakan utk sentiasa Tune niat kita, Kerana Aku ingin

 "MENCARI ERTI SEBENAR KEHIDUPAN INI" "Aku ingin mengubah Kehidupan ini agar lebih baik" 

"Aku ingin berusaha agar dapat mati dalam keadaan yang baik" & seumpamanya.


 Sedarilah, diri kita tidak sempurna. Kita perlu lakukan sesuatu utk mengubah kehidupan kita, kita kena usaha sesuatu agar kita dapat menghayati dgn sudut pandang yg jelas mengenai "Apa Erti Kehidupan ini". 


Selanjutnya, kesemua perubahan itu tidak akan datang secara mengejut, ia memerlukan masa. Perubahan merupakan satu proses. Berubah sedikit demi sedikit melalui pertambahan & penghayatan erti kehidupan yang akan diperolehi melalui Pertambahan ilmu & pengalaman.

Sehingga akhir sekali, diharapkan pengakhiran hidup adalah dalam kebaikan. InsyaAllah.


Insyaallah, niat yang baik akan diganjari dgn balasan yg baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak... Perbaharui Niat, Perbanyakkan Muhasabah & Taubat serta Pengharapan Doa.


Firman Allah SWT yg maksudnya:


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Adh-Dhāriyāt:56)


"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" 

(Al-Mu'minūn:115)


"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu." 

(Al-'Infiţār: 6-8)


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." 

(Al-`Ankabut:69)


"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." 

(Az-Zumar:18)


"(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)." 

(At-Tawbah:112)


Kata Hukama,

"Kejarlah Akhirat Disamping Dunia akan mengikuti Kamu"


Inilah Universiti Kehidupan.

WALLAHU'ALAM