Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?
Berdasarkan kefahaman daripada wacana Dr Maszlee Malik Tempoh hari,
Wajar Mahasiswa Berpolitik,
Namun jauhi berpolitik dengan politik kepartian. Politik Kepartian kemungkinan akan memberi masalah kepada Mahasiswa jika tidak matang & berilmu. Jika berminat sangatpun dengan Berparti politik, sabarlah, tunggu pengajian di Universiti tamat dahulu. Kemudian masuklah parti yang kamu mahukan. Buat masa ini, sebagai mahasiswa Keutamaan kita adalah untuk belajar. Khuatir, politik kepartian akan merencatkan proses pembelajaran kita di Universiti. Sebenarnya, kita kembali bertanya diri kita, kenapa aku masuk universiti, kenapa mak ayah hantar aku ke universiti. Sudah pasti tujuan utama adalah untuk belajar.
Kembali kepada topik utama.
Politik itu umum,
Politik itu memperjuangkan hak sesuatu perkara.
Contohnya,
Sesuatu kawasan itu tiada bekalan air bersih,
Maka melalui NGI(Non Government Individual) atau NGO(Non Government Organisation) kita boleh memperjuangkan masalah itu ke pihak atasan bagi memberikan kebajikan & hak masyarakat tersebut.
Contoh kedua,
Mengenai isu penindasan rakyat Syria,
Kita perjuangkan sama ada melalui memberikan kesedaran melalui laman sosial, melalui kutipan² derma, melalui misi² kemanusiaan NGO-NGO atau sebagainya.
Itu juga salah satu Politik.
Namun bukan Politik Kepartian.
Namun ia tetap memperjuangkan sesuatu hak sesuatu masyarakat.
WALLAHUALAM.
Betulkan jika ada kurang tepat.
No comments:
Post a Comment