Thursday, 24 September 2015

Menguruskan Perbezaan Jamaah?

PAS, UMNO, PAN, DAP, PKR & sebagainya.

PAS, IKRAM, ISMA , HALUAN, IKHWAN MUSLIMIN, ABIM & sebagainya.

Persaudaraan Umat Islam itu menjangkaui Politik Kepartian tertentu atau menjagkaui Jamaah tertentu.

Parti atau Jamaah hanya alat utk membawa agenda Dakwah Islamiah.

Pemikiran Umat Islam Yang Rahmatan lil 'Alamin(Rahmah buat sekalian alam) antaranya mestilah bebas daripada 'taksub' atau tertumpu hanya kepada Politik Kepartian atau Jamaah tertentu sehingga mengorbankan persaudaraan Umat & menegangkan persefahaman Ummah di atas jalan yang hak.

Dakwah itu luas, Pelbagai pendekatan, Pelbagai ruang dan sebagainya. Dakwah Islamiah Bukan hanya tertutup kepada kelompok atau Jamaah atau kumpulan atau parti tertentu sahaja.

Berlapang dadalah, ukirkan senyuman, berjabat tanganlah, berbincanglah, berharmonilah & melangkah bersamalah untuk mencari jalan bagi memperjuangkan agenda Islam yang lebih utama daripada kepentingan Parti atau Jamaah tertentu.

Al-'Anbyā':107 - Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

'Āli `Imrān:110 - Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

An-Naĥl:125 - Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Al-Ĥujurāt:10 - Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Al-Qalam:4 - Dan bahawa sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

Al-'Aĥzāb:21 - Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Uruskanlah Perbezaan Jamaah dengan baik, hikmah kebijaksanaan, konsep Rahmahtan lil 'alamin dan berakhlak.

WALLAHUALAM.
sekadar peringatan buat diri yang mudah alpa.
Maaf jika mengguris Teman² yang hebat ilmunya daripada saya. Saya masih belajar, menilai, menganalisis & mencari jawapan.
sekadar berkongsi & berharap dapat melihat keharmonian antara sesama semua Kita yang bergelar Muslim.

No comments:

Post a Comment