Friday, 1 April 2016

Hadapilah Rakan-Rakan dengan Hatimu. Positif

Perkongsian dari kuliah Syeikh Abdel Aziz.

Syeikh Mohammad AbdelAziz Ghonim, Ahli Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Sharif mengingatkan tentang fitnah dari whatsapp di zaman kini. Beliau mengariskan 2 kaedah dalam menjaga menggunakan media sosial agar tidak terhindar dari dosa dan fitnah. Iaitu:

1)Tabayyun
+Apabila sampai sesuatu berita, maka kita kena selidik dan pastikan ianya benar-benar sohih.



2)Tatsabbut
+Adapun jika berita itu benar-benar sohih, kita juga perlu pastikan kita benar-benar memahami situasi yang berlaku pada sesuatu isu atau perkara itu. Syeikh memberi contoh. Jika dia ke Kuantan pada hari Jumaat dan menginap di hotel, katakan dia tidak turun solat Jumat pada hari itu, tiba-tiba ada insan lain menyebarkan dia tidak turun solat Jumaat hari itu. Jadi, fungsi tatsabbut disini adalah, kita sudah tahu berita itu benar, cuma kita kena fahami situasi sebenar yang berlaku. Iaitu, Syeikh dalam keadaan Musafir yang diberi kemudahan dalam Solat Jumaat.

Beliau membacakan firman Allah tang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.” (QS. Al Hujurat : 6).



Sedikit carian maksud tabayyun dan tasabbut yang diperoleh saya  dari En Google:

Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata,  “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fathul Qadir, 5:65).

Wallahualam.



(jejak-khaira-ummah.blogspot.com)