#Manusia bukan robot, YANG boleh 'di control' oleh orang lain,
#Manusia bukan robot, YANG boleh dijual beli dengan wang,
#Manusia bukan robot, YANG dicipta untuk memuaskan nafsu yang lain,
#Manusia bukan robot, YANG tidak boleh berfikir,
#Manusia bukan robot, YANG digunakan untuk bekerja dan bekerja,
#Manusia bukan robot, YANG tidak ada perasaan.
Manusia yang MERDEKA itu ialah orang yang berusaha melakukan '2P' & memperolehi kuasa '10B'. Mereka itu adalah orang yang:
Berusaha Melakukan '2P'
1. PENCARIAN
2. PERUBAHAN
Memperolehi Kuasa'10B'
1. BERTAQWA
2. BERILMU
3. BERAKHLAK
4. BERTANGGUNGJAWAB
5. BERKEPIMPINAN
6. BERWAWASAN
7. BERKARISMA
8. BERSEMANGAT
9. BERKEYAKINAN
10. BERDISIPLIN
InsyaAllah, Manusia yang Merdeka iaitu yang ada perkara-perkara diatas akan mendapat kejayaan di dunia & di akhirat.
-----------------------------------------
Mari kita bersama-sama menghayati firman Allah SWT ini:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Adh-Dhāriyāt:56)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minūn:115)
"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu."
(Al-'Infiţār: 6-8)
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(Al-`Ankabut:69)
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."
(Al-'Anfāl:74)
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
(Az-Zumar:18)
"(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."
(At-Tawbah:112)
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)........"
('Āli `Imrān:110)
WALLAHU'ALAM
-------------------------------------------
Kelab Perkim Kipsas-rasmi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!