Saturday, 30 January 2016

"IKHWAH PAKAI JEANS"

IKHWAH PAKAI JEANS

Pakai Seluar Jeans dengan niat nak tutup aurat(asalkan menepati syarak)

Dapat tak pahala pakai seluar jeans?

Nampak aneh ke, melihat golongan berseluar Jeans datang solat berjemaah di Masjid?

Nampak aneh ke, melihat golongan berseluar Jeans datang Usrah, buat kerja dakwah, beri Tazkirah?

Mungkin. Orang Tak Thiqah melihat penampilan sebegitu kan.
Namun. Orang yang faham Islam, tak akan menilai Muslim lain hanya sekadar pada aspek luaran & pakaian sahaja.

Bagaimana antara cara nak dekati golongan muda² yang jenis "lagho/lalai"diluar sana?
Kita datang kepada mereka dengan pakaian serban, berjubah & ceramah depan mereka?
Atau, ada cara yang lebih mereka selesa dengan kita?

#Muslim, Perbaiki diri aspek luaran & dalaman
#Bukan hanya pada penampilan kelihatan "Islamik", Namun pengamalan & kefahaman Islam, rendah.
#Fiqh Keutamaan
#Pelajari & Dalami Ilmu Agama dari masa ke semasa

Mujur Piccolo berlapang dada dengan guna gambarnya. :)

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Monday, 25 January 2016

Pemuda Muslim Kekuatan Kebangkitan Islam

Imam Hassan Al-Banna sewaktu awal sebelum penubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin, Beliau bersama beberapa orang sahabatnya yang sama fikrah tentang Islam & pendekatan Dakwah Islam ini, mereka telah bergerak dalam kelompok yang kecil untuk bergerak dalam masyarakat yang tenat ketika itu.

Subhanallah. Lihatlah hasilnya kini, fikrah Islam yang diketengahkan oleh al-Banna telah menjadi panduan oleh jutaan Ahli Gerakan Islam di seluruh dunia.

Justeru itu, Al-Banna ada mengatakan "Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah kekuatannya"

Jadi, rasakan keberadaan kita di dunia ini selaku pemuda Muslim. Apa peranan kita untuk membangunkan umat ini?

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Saturday, 23 January 2016

New Android Apps For KUIPSAS Student

New Android Apps Available
"KUIPSAS Student eCAMPUS Online"

Easy & Fast Ways To Login On KUIPSAS Student eCAMPUS Online, Only Through Your Smartphone.

Student eCAMPUS Useful For:
●Subject Registration 
●Final Examination Slip
●Final Examination Result 
●Student Financial Status
●Important News About Academic Issues
●Final Examination Schedule
●Academic Status
●And Many More

Let's Download & Install Android Apps "KUIPSAS Student eCAMPUS Online" for free.

Interested? 
Feel Free To Download On The Dropbox Link

https://www.dropbox.com/sh/0hi0rnzre074goh/AAB-GYbaMngyKov1VQq_xjRBa?dl=0

#Academic For All
#KUIPSAS Student Toward Academic Excellence And Attitude

Thank You For Installing, From Us
jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Objektif Umum Blog Jejak Fikrah Muslim

Antara Objektif Page & Blog Jejak Fikrah Muslim adalah adalah membina serta mencorakkan perubahan pada Fikrah, kefahaman, ideologi, Idealisma, pemikaran generasi² baru yang terdiri daripada kalangan Pemuda, Mahasiswa & Belia untuk kembali kepada kehidupan seorang Muslim yang berwawasan besar bagi mengembalikan kegemilangan Islam dan Ummah seperti Tokoh² Islam seperti Rasulullah SAW sendiri, Khulafa Ar-Rashidin, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Prof Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Recip Toyyib Endorgan, Ustaz Rahmat Abdullah(PKS Indonesia), Tn Gr Nik Aziz, Tn Gr Hj Hadi, Prof HAMKA, Tok Janggut dan ramai lagi.

Pemuda  Mahasiswa, Belia, anda semua Bakal Khalifah Dunia!

Rasakan Tanggungjawab didalam denyutan jantung anda dan sinsinglah lengan untuk mempersiapkan diri anda bermula hari ini.

Anda bakal menjadi Pemimpin Umat Abad Millenium ini!

#Teruskan Proses pembelajaran ilmu² dan pencarian Pengalaman untuk pembinaan Diri seorang Bakal Khalifah.
#Jangan berhenti mengalah andai tewas di medan hijrah(merubah diri)

Semoga bermanfaat, Semoga menjadi motivasi & inspirasi buat anda.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Mahasiswa, Apakah Kamu Sebuah Robot atau Bakal Khalifah?

Mahasiswa Tidak Matang?
Mahasiswa Lembik?
Mahasiswa Tidak Berkualiti?
Mahasiswa Tidak pandai berdikari?

Apakah solusinya?

"Apabila Mahasiswa Diberikan Sesuatu Jawatan Untuk Menguruskan Sesuatu Perkara, Rasa Tanggungjawab daripada jawatan itu akan menatijahkan pengalaman bermanfaat,seterusnya suatu proses pembentukan mahasiswa yang matang, proaktif, mampu berdikari, mempunyai "soft skill", membentuk karisma, membentuk keyakinan, membentuk ciri kepimpinan, membentuk Kecerdasan emosi yang mampu tenang dalam menghadapi cabaran, tidak mufah merungut dan banyak lagi hasil-hasil yang berjaya dibentuk pada mahasiswa itu. Inilah ciri² mahasiswa kelas pertama yang diperlukan Ummah dan Negara bagi menjadi agen perubahan dan pemimpin kepada ummah selepas mereka tamat pengajian.

Oleh itu, Pemimpin yang hebat diluar sana bukan hanya lahir daripada Mahasiswa yang berada Dewan Kuliah & Dewan peperiksaan semata². Tetapi pemimpin yang hebat diluar sana adalah hasil daripada gabungan input Dewan Kuliah dan Keterbilatan dengan dunia akrivisma/sukarelawan didalam Organisasi luar daripada Dewan Kuliah"

Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh juga, beliau tidak menjadi hebat semata² kerana input pembelajaran di dalam Ruangan Kuliah yang selesa itu, Namun Sultan al-Fateh terlibat sendiri dengan pengalaman dalam banyak peperangan kecil dan besar, dan Ayahanda Sultan al-Fateh turut melantik Al-Fateh menjadi Panglima Besar angkatan Tentera Uthmaniyyah bagi beberapa siri peperangan melawan Kuasa² besar. Malahan, Al-Fateh sudah di berikan tanggungjawab menjadi Sultan seawal Usia Belianya lagi.

Lihatlah hasil Kepimpinan yang ada pada Al-Fateh, baginda hebat bukan hanya bergantung sepenuhnya pada "Dewan Kuliah, Dewan Peperiksaan" dan "teori² yang dihafal dan dimuntahkan didalam Kertas peperiksaan".

Baginda menjadi hebat, kerana baginda mempraktikkan teori² yang dipelajari di "Dewan Kuliah" melalui keterbilatan dengan Jawatan² di luar "Dewan kuliah".

Justeru itu, Bagaimana kita sebagai Mahasiswa berfikir untuk menjadi sesuatu yang luar biasa kepada Manfaat Ummah & negara???

#Mahasiswa Bukan Robot
#Universiti Bukan Kilang
#Libatkan diri dengan Aktiviti² luar Dewan Kuliah walupun tiada markah
#Jangan lupa fokus juga pada Pembelajaran di Dewan Kuliah

(Ruj: jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Friday, 22 January 2016

Meeting Disebalik Tabir? Alam Universiti, Dunia Korporat & Pekerjaan

BAGAIMANA MUSLIM BEKERJA MELIBATKAN LELAKI & PEREMPUAN DI ZAMAN MODEN INI?
________________________________
Panduan Buat Muslimin & Muslimat Dalam Berada Dalam SesuatuOrganisasi Baik Organisasi Pekerjaan, Kebajikan, Dakwah atau Sebagainya.

IBRAH DARIPADA TEORI PENGURUSAN BARAT KEPADA IKHWAH & AKHAWAT YANG BEKERJA DALAM SATU ORGANISASI YANG MELIBATKAN PERCAMPURAN JANTINA
__________________________
Seorang tokoh barat dalam bidang "Organization Management" bernama Max Weber (1864-1920) telah mengasaskan satu Teori dalam Pengurusan Organisasi iaitu Teori Pengurusan Birokratik.

Mengikut Max Weber organisasi boleh diuruskan dengan cekap jika pengurusan bersikap impersonal, rasional serta mengikut autoriti dan bertanggungjawab.

Beliau menekankan keperluan organisasi untuk beroperasi dalam keadaan yang lebih rasional berbanding mengikut kehendak hati antara pekerha dengan pengurus organisasi.

Sistem Pentadbiran birokrasi ada lima prinsip asas, antara yang ingin ditekankan berkaitan menjaga batas² pergaulan lelaki & wanita adalah:

Yang ke- 5) Impersonal
+ketika melakukan tugasan & kerja, Tidak boleh bersifat/berunsurkan hal² peribadi.
+contohnya: Majikan tidak boleh ingin bercinta dengan para pekerja berlawanan jantinanya.
+Para pekerja juga tidak boleh merasa ingin bercinta antara mereka atau dengan orang atasan.
+Majikan dan para pekerja perlu bekerja dengan profesional, Impersonal dan tidak melibatkan isu² peribadi
+Matlamat utama yang perlu difokuskan oleh setiap ahli organisasi adalah mencapai visi, misi & kejayaan sesuatu organisasi.
+Contoh lain juga: Suami & Isteri atau Anak² tidak boleh bekerja dalam satu jabatan/ Bahagian yang sama kerana kebarangkalian untuk mewujudkan impersonal(bersifat peribadi) dalam menjalankan pekerjaan & tugasan.
+Wallahu'alam. Mungkin ada perbincangan mendalam Ahli Akademik yang lain. Sekadar perkongsian.

Ruj: Nota Kuliah Prinsip Pengurusan, KUIPSAS, Pn Hasbanu
Nota Kuliah Asas Pengurusan, KUIPSAS, Pn Hasbanu
_____________________________

Selain itu, perlu juga diteliti kepada beberapa etika yang digariskan oleh Islam dalam perhubungan antara lelaki & Perempuan. Seperti aspek: pakaian, tabarruj, tidak gurau senda melampau, tidak bersentuhan, berkomunikasi mengikut keperluan serta bertujuan penting dan sebagainya.

Penulis meminta maaf, bukanlah tujuan penulis untuk merendah-rendahkan meeting disebalik tabir. Ianya amat bagus dipraktikkan di Madrasah, Sekolah agama atau sebagainya.

Tulisan ini hanya untuk memberi panduan kepada Mahasiswa² universiti, penggerak² Dakwah, Muslim yang bekerja di alam Pekerjaan serta dunia korporat yang bercampur pelbagai jenis ragam manusia, agama & kefahaman tentang ajaran Islam.

Wallahu'alam. Panduan & Peringatan buat penulis juga. Semoga bermanfaat.

#Pengurusan Islam
#Pengurusan Profesional
#Profesional Muslim

(Ditulis Oleh:
Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Facebook Page: https://m.facebook.com/Jejak-Fikrah-Muslim-1433148863611241/

Thursday, 21 January 2016

PEMUDA, ADA APA DENGAN PEMUDA?

PEMUDA, ADA APA DENGAN PEMUDA?

Pemuda Selalu Melakukan Kesilapan Dalam Hidup,
Dan pasti akan melakukan kesilapan.
Kerana Tiada seorang pun pemuda yang sempurna.

Namun, kesilapan jangan disengajakan.
Andai pemuda terlakukan kesilapan, rendahkan diri dan perakui kesilapan yang dilakukan, mohon maaf daripada mereka serta ambil nasihat & teguran positif daripada siapa pun.

Menjadi pemuda yang dipenuhi kelemahan dan kesilapan tidaklah menjadi halangan besar untuk pemuda kehadapan untuk mengejar kejayaan.

Kerana kunci kekuatan kepada seseorang Pemuda adalah positif, bermotivasi, bersikap terbuka dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun mengahadapi seribu cercaan, seribu ujian, seribu kesilapan mahupun pelbagai ranjau berduri.

Pemuda harus bangkit daripada kesilapan lalu,
Pemuda harus bersemangat meneruskan kehidupan mendatang,
Pemuda harus positif dengan dengan pelbagai kritikan & teguran,
Pemuda harus bermotivasi dengan pegangan seorang Muslim(Ajaran Al-Quran & As-Sunnah).

Biarkan, biarkan semangat meneruskan kehidupan menghancurkan kelemahan diri pemuda.

Pemuda, ada apa dengan pemuda.
Menjadi pemuda bukanlah untuk terus menyorok tatkala dunia Islam sedang dilanda kemunduran.

Menajadi pemuda harus bangkit daripada kesilapan untuk kehadapan bersama ikhwah-ikhwah lain bagi bekerja membangunkan Dunia dan Umat ini.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

#Tiada pemuda dilahirkan sempurna
#Teruskan melakukan perubahan

Saturday, 16 January 2016

Pemuda Adalah Perjuangan

Kadang-Kadang kabus itulah yang menghadang penglihatan para pemuda tentang matlamat & wawasan kehidupan ini.

Dakilah dan mendakilah(tambahkan ilmu & pengalaman) untuk ke puncak bagi melihat "overview" tentang kehidupan ini.

Apabila gabungan ilmu & pengalaman akan melahirkan kefahaman yang mendalam tentang matlamat & wawasan hidup seorang pemuda.

Pendakian memang memenatkan & penuh cabaran, namun hasilnya kelak pasti memuaskan.

#Jangan putus asa
#putus asa bukan sifat pemuda luar biasa
#pemuda  perlu berwawasan untuk menyerlah jauh daripada biasa

Friday, 15 January 2016

Aku Pemuda Tidak Pernah Sempurna

"Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil" (Prof. HAMKA)

Kita pemuda masih diberi peluang untuk belajar dan bangkit daripada kesilapan lalu.

Kita Pemuda sering melakukan kesilapan dan kemungkinan akan melakukan kesilapan lagi. Namun jangan berputus asa dengan kehidupan ini. Teruskan melangkah, teruskan memohon keampunan dariNYA, teruskan meminta dan mendengar nasihat daripada pelbagai kategori Manusia baik Ustaz/Ustazah, Profesional, Kawan², Orang² nakal, kanak², warga emas, orang dewasa atau sebagainya. Rendahkan sayap, pautlah segala nasihat² yang berguna daripada semua orang kerana apa?
#kita pemuda tidak pernah sempurna.
Dan
#Kita pemuda sering melakukan kesilapan

C/P:
Jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Teori 7 Tahapan Dunia Perniagaan

TAHAPAN-TAHAPAN PERNIAGAAN:

7. INPORT & EXPORT MELIBATKAN KESELURUHAN GLOBAL
+Mempunyai rangkaian perniagaan & cawangan syarikat atau jenama syarikat di kebanyakan negara seperti di Kawasan asia, Timur Tengah, Negara² Afrika, Eropah dan sebagainya. Contohnya: Perniagaan TESCO, KFC, McDonald, Apple, Samsung dan sebagainya.

6. INPORT & EXPORT MELIBATKAN KAWASAN ASIA
+Melibatkan perniagaan dengan negara kawasan Asia seperti China, Jepun, Australia, India dan sebagainya.

5. INPORT & EXPORT MELIBATKAN KAWASAN ASIA TENGGARA
+Melibatkan perniagaan international tahap pertama dengan hubungan perniagaan dengan negara² di asia tenggara seperti Singapura,  Indonesia, Thailand dan sebagainya.

4. PERNIAGAAN DALAM NEGARA
+Mempunyai beberapa buah cawangan Syarikat di negeri-negeri dalam negara.

3. PERNIAGAAN DALAM NEGERI
+Mempunyai beberapa buah cawangan Syarikat dalam daerah di sesebuah negeri.

2. PERNIAGAAN DALAM DAERAH
+Mempunyai beberapa buah cawangan Syarikat didalam satu daerah sahaja..

1. PERNIAGAAN DALAM KAMPUNG/BANDAR/ SATU KAWASAN
+Mempunyai hanya satu buah syarikat di satu kawasan sahaja

#Mengembangkan Potensi Usahawan Mengikut Tahapan² Perniagaan.
#Bermulalah Sejak usia Muda sebagai Usahawan.

Baca juga di link ini.
http://thevocket.com/ramly-jangka-pendapatan-cecah-rm2-billion-dengan-kilang-baru/
_______________________________
Pengarang: Syahizat Suhaimi
Diploma in Dakwah & Management 3ed Year, KUIPSAS
Diploma In Quantity Surveying, UITM
Aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pemilik Syarikat Al-Fateh Maju Jaya Ent.
Admin jejakfikrahmuslim.blogspot.com

(15 Jan 2016)
Kuantan

Monday, 4 January 2016

Study Terbela, Dakwah Kampus Terlaksana, Tarbiyah Merentasi Masa

Ketika sesi berforum dalam program Simposium Kecemerlangan Cinta Dan Akademik (STAND) di USM P.Pinang, seorang peserta bertanyakan bagaimanakah cara terbaik mengimbangkan masa di antara keaktifan berdakwah di kampus dan dalam masa yang sama memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Mengapa terdapat pelajar yang aktif dengan dakwah kampus namun beroleh keputusan peperiksaan yang rendah dan tidak cemerlang?
Pertamanya, kita perlu bertanya, benarkah terjadi sedemikian? Jika benar berapa peratuskah atau berapa ramai mahasiswa yang aktif dengan dakwah ini tidak cemerlang dalam belajar? Sebenarnya tidak ramai yang sedia mengorbankan masanya dengan dakwah kampus. Yang ramai adalah mahasiswa biasa yang menghabiskan masa dengan perkara-perkara kecil dan kerdil seperti melepak, bercanda, bercinta dan sebagainya. Yang ramai di kampus juga adalah mahasiswa yang hanya tertumpu di ruang legar akademik sehingga mengabaikan hak umat ke atas dirinya. Bagi mereka, dakwah tiada kaitan dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Setahu penulis, rakan-rakan penulis yang aktif dengan dakwah kampus, mereka ini terdiri dari kalangan pelajar yang cemerlang. Hari ini ramai kalangan mereka berjaya menjadi profesional da’i dan para ustaz ustazah da’i.
Berbalik kepada persoalan di atas, hanya segelintir sahaja aktivis dakwah yang terkadang Allah uji dirinya dengan kehilangan fokus dalam pelajaran. Mungkin kerana ada beberapa sebab terjadi sedemikian, antaranya ketidakjelasan matlamat mengapa kita terlibat dengan organisasi dakwah kampus, pengabaian disiplin masa dan belajar, gagal memahami konsep ”Alim Mujahid” dan Tarbiyah Dzatiyah yang longgar.
Ketidakjelasan Matlamat
Sebagai mahasiswa tugas dan peranan utama kita adalah belajar dan meletakkan diri kita di kalangan yang terbaik. Manakala tugas dakwah adalah tugas hakiki kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Tiada pemisahan di antara belajar dan dakwah. Untuk menjadi hamba Allah SWT., seseorang perlu cemerlang dalam menuntut ilmu, cemerlang dalam ibadah, cemerlang dalam dakwah, cemerlang dalam akhlak dan cemerlang dalam tarbiyah imaniyah. Tiada pemisahan di antara kesemuanya.
Adakah anda kenal dengan Imam Hasan Al Banna, beliau seorang tokoh gerakan Islam yang hebat kurun ke 21. Pada saat beliau masih mahasiwa, beliau amat aktif dengan kegiatan dakwah kampus dan masyarakat, dan dalam masa yang sama cemerlang akademiknya, terkenal dengan keperibadian yang mulia. Dalam kitab Ahdats Shana’at-Tarikh Imam Al Banna bercerita: Di malam saat ada ujian peperiksaan, beliau melakukan solat tahajjud seperti biasanya, dan memohon serta mengadu kepada Allah SWT. Dalam doanya beliau berkata:
“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau tahu betapa rindunya diriku kepada ilmu dan betapa cintaku kepada-Mu, tapi Engkau juga tahu betapa sibuknya diriku dalam mencari ma’isyah untuk mempertahankan hidup di kota ini, berilah jalan keluar bagiku”.
Ternyata Hasan Al Banna memiliki hubungan yang cukup intim dengan Allah SWT dalam memohon kekuatan. Tahajjud dan doa adalah amal rutin beliau. Kecintaan beliau terhadap ilmu amat tinggi. Jiwa beliau sentiasa bergelora dengan perjuangan dakwah Islamiyyah. Bagaimana dengan kita? Kecintaan beliau dengan dunia keilmuan dan keghairahan beliau membawa obor dakwah tidak ada pemisahan malahan keduanya adalah sedaging. Ramai ulama thiqah kepada beliau dan menghormati beliau, baik muda mahupun lebih tua dari beliau. Ketika ujian kelulusan dari Darul ‘Ulum, semasa ujian lisan, beliau membawa buku-buku syair kegemarannya. Salah satu dari dua orang penemuduga bertanya tentang apa yang dihafalnya dari syair-syair itu. Al Banna menjawab: “Semuanya aku hafal”. Yang satunya lagi bertanya: “Bait mana yang paling engkau senangi dari syair-syair itu? Al Banna mengatakan: “Bait Syair yang diucapkan oleh Thorfah bin Al ‘Abd, salah seorang penyair di zaman jahiliyyah.
إِذَا الْقَوْمُ قَالُوْا مَنْ فَتَى؟ خِلْتُ أَنَّنِيْ عُنِيْتُ فَلَمْ أَكْسَلْ وَلَمْ أَتَبَلَّدِ
Bila orang bertanya : “Siapa pemuda? Saya membayangkan akulah yang dimaksud, kerananya saya tidak bermalas-malas dan tidak membodohi diri. Mendengar jawaban itu, penemuduga itu mengatakan: “Wahai anakku, dengan demikian aku nyatakan engkau lulus dari Darul ‘Ulum, dan yang memiliki jawaban seperti ini hanya engkau dan Ustaz Muhammad Abduh. Aku melihat bahawa engkau akan memiliki masa depan yang gemilang”.
Begitulah tingginya kejelasan matlamat Al Banna, mencontohkan kepada kita di antara kesungguhan menguasai ilmu dan keghairahan beliau dengan kerja besar, ”dakwah dan tarbiyah”. Bukankah beliau yang mengasaskan gerakan tarbiyah dan dakwah terbesar pada abad ini? Dakwah beliau di sambut oleh segenap manusia yang bertemu dengannya, baik yang berpelajaran tinggi, bergelar ulama atau profesional dalam pelbagai bidang, mahupun kelompok marhaen biasa. Justeru luruskan kembali kefahaman kita tentang tanggungjawab sebagai pendakwah muda dan tanggungjawab sebagai mahasiswa rabbani. Firman Allah SWT:
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Bangkit Dari Kesilapan
Kepada sababat dan akhwat yang diuji oleh Allah SWT dengan kelesuan akademik kerana kesibukan dengan dakwah kampus, anda harus segera memperbetulkan keseimbangan kehidupan anda. Masih belum terlambat untuk membangunkan kembali motivasi belajar anda. Ayuh, mari mulakan dengan langkah positif, langkah orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kesilapan. Jangan persoal dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang anda hadapi, sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian tersebut. Kata-kata hikmah ada berbunyi:
” Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah arah sayap kita”
Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan dakwah kampus, anda telah berjaya membangunkan potensi diri anda dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambah”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah. Namun awas, jangan jadikan alasan demi dakwah Islam, maka akademik kita korbankan. Itu adalah pandangan songsang dan terkebelakang.
Momentum Keimanan
Kita perlu bijak mengurus diri dan masa kita. Persoalannya, bagaimana kita perlu mengurusi diri kita agar study terbela, dakwah kampus terlaksana, tarbiyah merentasi masa. Langkah pertama, memperbaharui kembali tekad dan momentum keimanan. Kekuatan keimanan membuatkan kita memiliki harga diri, perasaan bermaruah sehingga kita tidak rela mengaku kalah di hadapan nafsu yang suka melihat kita berputus asa, berselingkuh dengan jalan-jalan kegagalan dan kefuturan. Keimanan yang terbina pasti tidak mahu tunduk kepada bisikan syaitan yang terkadang muncul sebagai juru nasihat.
Penulis masih ingat, walaupun kami aktif dengan dakwah kampus, namun dalam halaqah atau pertemuan bersama murabbi, kami diperingatkan agar sentiasa fokus dengan disiplin ilmu. Disiplin ilmu ialah menguasai ilmu dan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam dakwah, kita bukan sekadar mencontohkan peribadi dan akhlak sebagai mahasiswa rabbani, bahkan kecemerlangan akademik adalah juga merupakan unsur penting dalam qudwah berdakwah. Akademik kita adalah termasuk dalam qudwah peribadi mahasiswa rabbani, tiada pemisahan. Iman kita perlu berfungsi sebagai pencetus kecemerlangan kita dalam setiap bidang yang kita ceburi.
Sesungguhnya kekuatan keimanan akan mampu memberikan kita kesabaran lebih panjang, memberikan stamina perjuangan lebih lama, menggugah semangat jihad menjadi lebih membara, melahirkan thabat dan keteguhan hati menjadi lebih sempurna sehingga akhirnya membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi. Mendorong kita untuk bangkit kembali kerana Islam memerlukan cerdik pandai dan kebijakan kepimpinan, justeru wahai mahasiswa, kuncinya adalah kepada kebangkitan kekuatan dalaman, kekuatan spiritual, kekuatan keimanan kita dan keyakinan kita kepada janji Allah swt. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian”. (Muhammad : 7)
Semoga kita semakin jelas dalam tindakan dan penglibatan kita sebagai anggota duah dalam organisasi dakwah. Sekiranya kita meneliti 10 Ciri Peribadi Mukmin yang kita jadikan sebagai panduan membangun 10 muwasafat tarbiyah pemuda pemudi Islam, kita akan mendapati Al Banna telah meletakkan beberapa kriteria utama untuk kita jadikan panduan sebagai mahasiswa yang bijak dan pandai mengurus kehidupan kampusnya, diantaranya adalah keupayaan mengurus waktu (Haarithun ala Waqtihi), tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi), fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri), mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi), mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) dan bermanfaat untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi).
Mulakan perubahan atas desakan Iman, dan jangan malu untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar. Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja, merangka strategi untuk cemerlang akademik, kebijakan dalam berdakwah dan sentiasa istiqamah dengan program tarbiyah.
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” (At-Tiin: 4-6)
CnP:

Sunday, 3 January 2016

Fikrah merentasi Jamaah. Memuji kefahaman NGO MRM dalam pendekatan dakwahnya.




NGO DAKWAH: 
Multiracial Reverted Muslim(MRM)

Visi menyampaikan mesej Islam yang haq kepada belum Muslim dan Muslim. 

menurut MRM:
"NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah, maka tidak mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat yang ulung yakni berkhidmat demi Allah"

Antara misinya adalah menjawab salah faham terhadap Islam di kalangan mereka yang belum Muslim mahupun yang telahpun Muslim dan menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang Islam. 

Pendekatan MRM juga mewujudkan satu konsep iaitu membawa masjid keluar kepada masyarakat memandangkan banyak program Islamik dijalankan di dalam masjid sedangkan ramai di antara golongan sasaran berada di luar masjid. Kita perlu menyeimbangkan  program dalam dan luar masjid agar ianya sampai kepada pelbagai golongan masyarakat. 

Selain itu, MRM akan berusaha meningkatkan keberkesanan dakwah yang telah dilakukan dengan meneroka kaedah yang terkini bagi memecahkan tembok halangan dakwah Islamiah bagi membolehkan mesej Islam disampaikan kepada pelbagai peringkat masyarakat.








c/p & rujukan :
(http://www.slideshare.net/firdauswhwong/profile-malaysia-reverted-muslim-mrm)

Saturday, 2 January 2016

Bahaya Kolestrol, Jom Jaga Kesihatan Kita

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.

C/p:
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/10/10-makanan-yang-mencegah-arteri.html

Sehingga Mahasiswa mengerti peranannya kelak...

MEMBINA PENGETAHUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN INSANIAH

Selain mahasiswa perlu menglibatkan diri dengan perkara² di luar kelas seperti mengikuti program² luar kampus, menjadi Jawatankuasa sukarela sesebuah organisasi, terlibat dengan NGO² luar kampus dan yang seumpamanya.

Mahasiswa juga perlu memberi komitmen dan komited untuk tidak ponteng ke waktu kuliah di Kampus berjalan serta mestilah bersungguh² untuk menyelesaikan segala tugasan² kuliah yang diberikan oleh pensyarah iaitu seperti Assignment, tutorial, presentation & sebagainya.

Alasan ingin mencari pengalaman diluar kelas sehingga mengabaikan tuntutan utama memasuki Universiti iaitu untuk menimba ilmu & ingin cemerlang didalam akademik adalah tidak sepatutnya berlaku .

Sebaliknya, ada mahasiswa yang ingin 100% sepenuhnya ingin menumpukan tumpuan pada akademik didalam kelas sehingga mengabaikan aspek menglibat kan diri dengan perkara² diluar kelas yang boleh menyumbang kepada pembinaan sahsiah diri & kemahiran insaniah, juga sepatutnya dikikiskan pemikiran seperti itu.

Kesimpulannya. Cubalah menyeimbangkan aspek pembinaan akademik serta aspek pembinaan kemahiran insaniah kerana hasil integrasi kedua² aspek itu adalah kelak mahasiswa dapat menjadi sesuatu yang memberi impak perubahan yang besar kepada Agama, Negara, Masyarakat dan keluarga.

#mahasiswa bukan robot
#Universiti bukan Kilang

C/P:
(http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Friday, 1 January 2016

Universiti Bukan Kilang, Mahasiswa Bukan Robot

Mahasiswa sewajarnya didedahkan dengan dunia luar kampus seperti terlibat dengan NGO², Pertubuhan², Program² luar kampus,

Kerana dari situ mahasiswa akan dapat membina rangkaian politik yang luas, kenal banyak pihak, membina sudut pandang pemikiran yang matang, pengalaman berinteraksi dengan pelbagai pihak kepimpinan sesuatu Badan organisasi dan suatu latihan bagi melahirkan mahasiswa yang kelak akan menjadi pemimpin masyarakat.

#teroka dunia luar kampus, libatkan diri dengan dunia luar.
#mahasiswa bukan robot,universiti bukan Kilang
#Universiti tempat merangka ideologi pemikiran mahasiswa