Saturday, 2 January 2016

Sehingga Mahasiswa mengerti peranannya kelak...

MEMBINA PENGETAHUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN INSANIAH

Selain mahasiswa perlu menglibatkan diri dengan perkara² di luar kelas seperti mengikuti program² luar kampus, menjadi Jawatankuasa sukarela sesebuah organisasi, terlibat dengan NGO² luar kampus dan yang seumpamanya.

Mahasiswa juga perlu memberi komitmen dan komited untuk tidak ponteng ke waktu kuliah di Kampus berjalan serta mestilah bersungguh² untuk menyelesaikan segala tugasan² kuliah yang diberikan oleh pensyarah iaitu seperti Assignment, tutorial, presentation & sebagainya.

Alasan ingin mencari pengalaman diluar kelas sehingga mengabaikan tuntutan utama memasuki Universiti iaitu untuk menimba ilmu & ingin cemerlang didalam akademik adalah tidak sepatutnya berlaku .

Sebaliknya, ada mahasiswa yang ingin 100% sepenuhnya ingin menumpukan tumpuan pada akademik didalam kelas sehingga mengabaikan aspek menglibat kan diri dengan perkara² diluar kelas yang boleh menyumbang kepada pembinaan sahsiah diri & kemahiran insaniah, juga sepatutnya dikikiskan pemikiran seperti itu.

Kesimpulannya. Cubalah menyeimbangkan aspek pembinaan akademik serta aspek pembinaan kemahiran insaniah kerana hasil integrasi kedua² aspek itu adalah kelak mahasiswa dapat menjadi sesuatu yang memberi impak perubahan yang besar kepada Agama, Negara, Masyarakat dan keluarga.

#mahasiswa bukan robot
#Universiti bukan Kilang

C/P:
(http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment