Sunday, 3 January 2016

Fikrah merentasi Jamaah. Memuji kefahaman NGO MRM dalam pendekatan dakwahnya.




NGO DAKWAH: 
Multiracial Reverted Muslim(MRM)

Visi menyampaikan mesej Islam yang haq kepada belum Muslim dan Muslim. 

menurut MRM:
"NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah, maka tidak mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat yang ulung yakni berkhidmat demi Allah"

Antara misinya adalah menjawab salah faham terhadap Islam di kalangan mereka yang belum Muslim mahupun yang telahpun Muslim dan menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang Islam. 

Pendekatan MRM juga mewujudkan satu konsep iaitu membawa masjid keluar kepada masyarakat memandangkan banyak program Islamik dijalankan di dalam masjid sedangkan ramai di antara golongan sasaran berada di luar masjid. Kita perlu menyeimbangkan  program dalam dan luar masjid agar ianya sampai kepada pelbagai golongan masyarakat. 

Selain itu, MRM akan berusaha meningkatkan keberkesanan dakwah yang telah dilakukan dengan meneroka kaedah yang terkini bagi memecahkan tembok halangan dakwah Islamiah bagi membolehkan mesej Islam disampaikan kepada pelbagai peringkat masyarakat.








c/p & rujukan :
(http://www.slideshare.net/firdauswhwong/profile-malaysia-reverted-muslim-mrm)

No comments:

Post a Comment