Friday, 11 September 2015

PILIHLAH! MEMBINA CINTA DI JALAN DAKWAH.

Menjawab 2 Persoalan lazim mengenai Dakwah:

1)Saya belum lagi benar-benar ikhlas untuk berdakwah, perlukah saya berdakwah kepada orang lain?

2)Saya belum cukup baik/ sempurna, perlukah saya berdakwah kepada orang lain?

JAWAPANNYA TERDAPAT PADA TULISAN BERTAJUK JALAN DAKWAH YANG DIKONGSIKAN DIBAWAH INI.
SEMOGA BERMANFAAT.
----------------------------------------------

JALAN DAKWAH

Jalan yang penuh dengan ujian.
Seorang Da'ie Perlu mentarbiyah diri lagi serta dalam masa yang sama perlu mengajak kesedaran orang lain juga agar bersama-sama menyertai angkatan tarbiyah itu.

Bukannya kita hanya seronok men"tarbiyah" diri seorang sahaja, tanpa menghiraukan orang yang lain.

Satu pepatah Hukamak:
"Perbaikilah Dirimu Disamping mengajak yang lain"

Imam Syafie berkata, mafhumnya:
"Jika menunggu diri sempurna, baru ingin berdakwah,
Sudah pasti tiada Dakwah akan berjalan di muka bumi ini"

Kerana tiada siapa akan sempurna 100%, melainkan Rasul SAW.

Jika kita ingin menunggu keikhlasan 100% baru ingin berdakwah, Sudah pasti juga kita tidak dapat belajar melalui pengalaman  serta ilmu method Dakwah dan pendekatan² dalam Dakwah.

Ustazah Jabatan Dakwah Kami berkata:
"Ikhlas itu penting dalam amal.
Dakwah ini ibarat  sewaktu kita kecil dahulu, jika kita tidak dipaksa oleh mak ayah kita untuk belajar ilmu solat dan menunaikan solat, mungkin sekarang kita tidak tahu untuk solat kan?
Jadi begitu juga dakwah, kita perlu belajar banyak perkara dalam dakwah supaya akhirnya dapat menuju keikhlasan itu disamping dapat melengkapi pelbagai ilmu Dakwah, pengalaman dakwah, method Dakwah  dan kemahiran² penting dalam berdakwah."

Petikan untaian kata daripada Pelajar Jurusan Dakwah KIPSAS Tahun 3, beliau berkata:
"Dakwah ini ibarat basuh baju.
Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dahulu.
Kalau baju itu tidak bersih sebap terlalu kotor, tetap tangan kita akan bersih.
Macam itu juga dakwah, sebelum orang lain berubah, Allah akan ubah diri kita.
Kalau orang lain tidak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita juga!"
(Ansarullah Mohammad/ Rohim, 14 April 15)

Akhir kata daripada Penulis;
"Kesedaran Diri, Harus kita membinanya sendiri,
Bukan terus menunggu dan mengharap untuk di bina oleh orang lain,
Jika proses pembinaan diri(tarbiyah) tidak bermula hari ini,
Proses keruntuhan diri semakin ke penghujungnya"

#Pengerusi Kelab PERKIM KIPSAS 15.
11 September 2015

No comments:

Post a Comment