Wednesday, 8 October 2014

Kejayaan Nik Nur Madihah -20A SPM

"Aku menyimpulkan pada diriku bahawa kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawabku.

Aku belajar ilmu agama: tauhid, feqah, sirah, akhlak, tasawur, Al-Quran, Hadis, nahu, sorof dan lain-lain
adalah untuk menguruskan kerohanian (ruh) ku.

Manakala pelajaran berasaskan pemikiran iaitu sains, fizik, biologi, matematik, ekonomi, prinsip akaun dan lain-lain adalah untuk memanfaatkan akalku agar menjadi insan yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah.

Manakala agar aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahasa terutamanya bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab.

Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa ilmu pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun terpaksa menempuh kesukaran dan cabaran"

#Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang 20A SPM 2008.

*buku catatan hati Nik Nur Madihah pada halaman 24.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment