Monday, 3 April 2017

Orang yang sedar

Orang yang sedang lemas di lautan yang dalam, pasti dia sangat berharap adanya sebuah pelampung untuk terus hidup.

Orang yang sedang sesat di gua yang gelap, pasti dia sangat berharap adanya apa sahaja sumber cahaya untuk mencari jalan keluar.

Orang yang berada di musim kemarau yang panjang, pasti dia sangat berharap adanya hujan untuk menghilangkan haus dan kepanasan.

Inilah kehidupan, apabila manusia sedar bahawa diri mereka dalam bahaya, mereka akan berharap dan menginginkan sesuatu untuk menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga, manusia yang sedar bahawa diri mereka dalam keadaan penuh kejahilan, banyak dosa, keras hati dan banyak kesilapan yang akan menjerumuskan mereka kepada neraka dan azab kubur, mereka sangat berharap kepada pertolongan daripada Tuhan Yang Mencipta Segalanya, Tuhan yang tidak ada sesuatu pun dapat menyerupai dan menandingi kekuasaanNya.

Untuk mengetahui bagaimana Tuhan dapat selamatkan manusia daripada neraka, azab kubur dan tipu daya syaitan, sudah semestinya dengan belajar ilmu agama yang berpandukan petunjuk wahyu Tuhan melalui Al-Quran dan Hadith.

Belajar ilmu agama suatu proses untuk mengubah kelemahan-kelemahan diri kita secara berperingkat. Tidak mungkin hanya dengan sehari belajar ilmu agama, esoknya kita jadi baik seperti malaikat. Teruskan belajar ilmu agama sehingga mati, untuk membuang sebanyak yang mungkin kelemahan dalam diri kita yang penuh kehinaan di sisi Allah SWT.

No comments:

Post a Comment