*KATA-KATA INSPIRASI SEMPENA FINAL EXAM KUIPSAS*
Selamat Menempuh Minggu Peperiksaan Akhir Semester Buat Rakan-Rakan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
Beberapa Inspirasi Untuk Menaikkan Semangat Anda:
*●The Best Never Give Up*
*●Study Smart, Not Study Hard*
*●Kejayaan Bukan Lagi Mimpi, Semua Berhak Mengapainya, Jangan Putus Asa, Teruskan Berusaha dan Bertawakal*
*●Hidup Bukan Sekadar Hidup, Hidup Adalah Untuk Mengukir Sejarah dan Menjadi Yang Terbaik Untuk Manfaat Ummah*
*●Pemuda Adalah Harapan Buat Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah. Ayuh Pemuda, Serlahkan Potensi Anda, Bangunlah Daripada Lena, Belajarlah Daripada Kegagalan, Langkahlah Ke Hadapan, Dan Ciptalah Kejayaan Sewaktu Muda, Untuk Merubah Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah.*
*●Kejayaan Bukan Untuk Ditunggu, Kejayaan Adalah Untuk Di Kejar Dan Digenggam. Andalah Pemilik Genggaman Itu! Majulah*
*●Kepayahan Dalam Perjuangan Adalah Tanda Anda Bakal Pemilik Kemenangan Dan Pemilik Kejayaan. Perjuangan Anda Untuk Menuntut Ilmu!*
*●Jika Aku Tidak Ubah Hidup Aku, Maka Aku Akan Gagal Selamanya. Aku Perlu Berubah Untuk Menjadi Lebih Baik Dari Semalam*
*●Sang Juara Tidak Pernah Rehat Dalam Berusaha, Tidak Pernah Berputus Asa Dalam Perjuangan, Tidak Pernah Letih Dalam Melangkah. Jika Anda Sanggup Menelan Kepahitan 3 Resipi Kejayaan Itu. Maka Yakinlah Andalah Sang Juara Itu!*
*●Tiada Orang Yang Bodoh, Tetapi Yang Ada Cuma Orang Yang Malas Berusaha dan Tidak Mahu Berubah. Ayuh Berubah*
———————————————————
*"Wahai Para Pemuda! Sesungguhnya Medan Amal Pertama Kamu Ialah Mendidik Diri Kamu Sendiri. Maka Apabila Kamu Berjaya Pada Medan Pertama Ini, Nescaya Kamu Akan Berjaya Di Medan-Medan Yang Lain, Sebaliknya Jika Kamu Mengambil Ringan Untuk Berjihad Dengan Diri Kamu Sendiri, Nescaya Kamu Akan Kecundang Di Medan-Medan Yang Lain. Ayuh! Singsinglah Lengan Kalian Untuk Memenangi Jihad Ke Atas Diri Kamu Terlebih Dahulu."* (Imam Hassan Al-Banna)
*"Janganlah Berputus Asa Kerana Sifat Sedemikian Bukanlah Akhlak Muslimin"* (Imam Hassan Al-Banna)
———————————————————
*KUIPSAS adalah platfom untuk merubah masa hadapan hidup anda. Buatlah yang terbaik untuk kehidupan anda.*
*Jangan Lupa Restu Ibu Bapa, Guru. Jangan Lupa Membina Hubungan Dengan Allah SWT.*
*All The Best dan Selamat Berjuang Sepanjang Minggu Final Exam Ini Kawan-Kawan. :)*
Pesanan Daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/16
(7 November 2016)
*#FinalExamKUIPSAS*
TELEGRAM CHANNEL:
»»»Saluran Harmoni MPP KUIPSAS
No comments:
Post a Comment