Friday, 25 December 2015

"SALAFI" & "ASWAJA". Sampai bila sikap kita harus ditakuk yang lama???

"SALAFI" & "ASWAJA". Sampai bila sikap kita harus ditakuk yang lama???
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡
Al-Ĥujurāt:10 - "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

Isu pertembungan dua golongan ini tidak kunjung habis sejak dahulu lagi. Jadi bagaimana kita generasi baru ini berusaha untuk menyelesaikan pertembungan ini supaya Umat Islam dapat berharmoni bersama di atas nama jalan Dakwah & kemanfaatan ummah.

Jika anda seorang SALAFI atau seorang ASWAJA, kita perlu ada mentaliti untuk,
Bagaimana cara kita untuk menghadapi dengan hikmah golongan SALAFI/ ASWAJA itu. Mereka ujian buat kita. Dan kita ujian buat mereka.

Dan,
Buat sahabat SALAFI,
Fahami mengapa ASWAJA tidak menyukai SALAFI sebenar-sebenarnya. Bukan hanya memahami dari sudut luaran. Kita perlu berada bersahabat dengan mereka untuk memahami perasaan mereka.

Dan,
Buat sahabat ASWAJA,
Fahami mengapa SALAFI tidak menyukai ASWAJA. Bukan hanya memahami dari sudut luaran. Kita perlu berada bersahabat dengan mereka untuk memahami perasaan mereka.

Kalau ada individu dalam SALAFI & ASWAJA yang menyedari kewajipan menyelesaikan isu pertembungan dua golongan ini, mari kita cuba mendakwah kenalan² kita dengan tenang, senyum, memperjelaskan kepada mereka step by step dan sebagainya. Yang penting mereka juga saudara kita. Kita juga saudara mereka. Yang penting dalam dakwah, kita memahami seseorang itu, dan untuk memahami, kita perlu rapat dengannya.

ASWAJA perlukan SALAFI. SALAFI perlukan ASWAJA. Sehingga kini, Tiada fatwa Kebangsaan menyatakan antara kedua² golongan ini sesat. Melainkan sepakat mengatakan SYIAH yang terpesong daripada ahli sunnah.

ASWAHA perlu bersama dgn golongan² SALAFI & cuba memahami apa yang mereka perjuangkan, mereka ini adakah sama sahaja semuanya, kenapa mereka suka sentuh bab khilaf, benarkah semua mereka itu suka hina ulama & benarkah mereka begitu begini dan bla bla.......

Dan, SALAFI juga perlu bersama dengan ASWAJA & cuba memahami apa yang mereka perjuangkan, mereka ini adakah sama sahaja semuanya, kenapa mereka menentang SALAFI, benarkah mereka begitu, begini dan bla bla...

Semoga SALAFI atau ASWAJA cuba berusaha meredakan ketegangan dengan harapan dapat mengambil ibrah sesuatu dalam isu pertembungan SALAFI vs ASWAJA yang tidak kunjung habis dari dulu hingga kini.

Mungkin suatu hari nanti ASWAJA & SALAFI dapat duduk bersama berlapang dada untuk membincangkan hal² berkaitan dakwah kepada non Muslim, belia² yg lalai, kebajikan orang gelandangan, kebajikan umat serta isu² di Syria, gaza dan sebagainya.

Anologi bagi meredakan sesuatu pertembungan adalah begini.

Api bertemu dengan api, sudah pasti api akan bertambah marak & sesuatu isu itu akan bertambah susah untuk diselesaikan.

Api lawan air, perlahan² api dapat dipadamkan & sesuatu pertembungan dapat reda.

Samaada air itu perlu dimiliki oleh SALAFI amat bagus, iaitu sebagai tanda berlapang dada dengan golongan ASWAJA.

Atau,
Samaada air itu perlu dimiliki oleh ASWAJA  juga amat bagus, iaitu sebagai tanda berlapang dada dengan golongan SALAFI.

Atau, amatlah bagus sekali jika SALAFI & ASWAJA ada sifat air itu untuk kita saling berlapang dada untuk mengekalkan keharmonian umat & masyarakat Islam di Malaysia.
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

An-Naĥl:125 - "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

'Āli `Imrān:110 - "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."

Al-'Anbyā':107 - "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Al-Qalam:4 - "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."

Al-'Aĥzāb:21 - "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Al-Kahf:30 - Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

Al-Kahf:104 - (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Al-Kahf:107 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
★♡★♡✩♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

#Dakwah dengan hikmah

Akhirnya, kami meminta ribuan kemaafan jika mengguris hati sahabat² SALAFI atau ASWAJA. Niat kami bukan untuk menghina anda. Mungkin anda seorang Ustaz/ Ustazah. Kami bukanlah ditahap itu lagi. Dan posting ini tidaklah lengkap dan ilmiah sangat. Apa yang kamu ketengahkan dalam posting ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman kami dengan niat untuk melihat keharmonian masyarakat Islam di Malaysia dalam beragama.
★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩

Terima Kasih kerana membaca. :)
Wallahualam.

(CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.my/?m=1)

No comments:

Post a Comment