10 Muwasafat tarbiyah atau sifat² yang perlu ada pada seorang Muslim yang digariskan Imam Hassan al-Banna, antaranya adalah:
"Qowiy Al-Jism" iaitu Kuat tubuh badan.
Seorang Muslim sepatutnya bukan hanya memandang soal ibadat hanya sepenuhnya pada menuntut ilmu & beribadah sunat sepenuh masa sehingga mengabaikan tuntutan² yang lain termasuk tuntutan sihat tubuh badan.
Seorang Muslim juga bukan hanya menghabiskan masa kosong dengna mengeluh, termenung & memencilkan diri dek kerana ada beribu masalah hidup, beribu tanggungjawab tugasan yang dibebani, beribu bebanan kesibukan pekerjaan dan beribu tugasan assignment buat mahasiswa.
Seorang Muslim juga harus memperuntukan masanya kepada beberapa tempoh untuk beriadah untuk menguatkan jasadnya, agar dapat kesihatan mental & fizikal yang baik
Namun, seorang Muslim yang bijak juga bukan hanya menumpukan sepenuh masa pada aspek riadah atau menguatkan tubuh badan fizikal semata² sehingga mengabaikan tuntutan² fardhu yang disuruh Allah swt serta mengabaikan usaha menguatkan aspek kerohanian dalam diri.
Oleh itu, seorang Muslim haruslah berusaha serta berusaha seimbangkan urusan akhirat dan dunianya.
Manakala, Seorang muslim yang terlibat dalam kerja Dakwah juga harus mempunyai tubuh badan yang kuat selain ilmu, akidah dan akhlak yang mantap. Seperti mana 10 sifat tarbiyah yang diperkatakan oleh Imam Al-Banna
Tambahan pula, Jika diniatkan aktiviti riadah kerana Allah swt, kerana inginkan tubuh badan yang sihat agar dapat meneruskan kelangsungan ibadah fardhu dengan jayanya kepada Allah , untuk kuat badan agar dapat teruskan kerja² dakwah yang berat serta mencabar dan sebagainya. Insyaallah mudah-mudahan Allah menganjari pahala atas usaha riadah tersebut.
Wallahualam.
( CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment