Tuesday, 5 May 2015

Perubahan itu berlangsung berdekad lamanya.

Kita semua hamba pendosa, tiada yang sempurna. Namun Jangan berputus asa dgn Allah swt, Tuhan Yang Mencipta dan Mematikan kita, Tuhan yang tempat kita bergantung harap... 

"Perubahan itu berlangsung berdekad lamanya"Ust Hasrizal/Saiful Islam.Com

Jika hari ini kita cuba utk berubah,
Bukan bererti esok, minggu, depan, bulan depan, tahun depan kita akan 100% sempurna.

Bahkan, sebenarnya perubahan kita akan berterusan sehingga sampai ke penghujung ajal.

Jadi Janganlah berputus asa jika kita cuba berubah, namun esok terlajak buat kesilapan lagi, tak apa teruskan taubat dan memohon kekuatan dari Allah swt dgn ikhlas supaya kita kuat utk meninggalkan maksiat2 itu.

Kita cuba berubah, tetapi kita terleka dan terlajak buat kesilapan lagi, tidak apa jangan mengalah, cuba lagi dan cuba lagi dan cuba lagi utk berubah dan memohon keampunan dari Alllah swt.

Moga2 Allah swt mengasihani kita yg cuba sedaya upaya berjuang melawan hawa nafsu yg diuji di dunia akhir zaman yg penuh dgn ranjau dan duri.

Andai ada orang sekeliling yang mencemuh diri kita dan mencemuh sejarah hitam kita, tak apa jangan kecewa, jangan sedih, berpautlah pada Allah, Pohonlah kebahagiaan hati daripada DIA. Bangunlah dan sentiasalah bangkit serta bersemangat lah utk terus berubah dan terus berubah hingga penghujung nafas.

Janji kita ikhlas cuba utk berubah...

Doakan, mudah2 han Allah swt mematikan kita semua dalam kebaikan, Minta dijauhkan mati di dalam keburukan.

Sunday, 12 April 2015

Kadang2. Kita buntu, 'Apa Kita Nak jadi besar nanti?'

Berikut kata-kata (status) ibunya puan Nur Azlina yang menyentuh hati : 

"Sejujurnya apabila anakanda Ahmad Ammar bertanya padaku : "Nanti habis belajar dah balik nanti Ammar nak jadi apa ya mak?", tiada jawapan khusus yg dpt ku berikan melainkan "Abah emak hantar Ammar ke Turki agar dpt berkhidmat untuk umat. Nak jadi apa balik nanti tu memang emak tak boleh nak jawab. Emak sendiri tak ada jawapannya. Yang penting sekarang ni adalah menggali sebanyak ilmu dan pengalaman yang mungkin - di universiti (sejarah uthmaniyyah dll), di madrasah Hayrat (kaji Risalah An-Nur, mahirkan tulisan jawi Uthmaniyyah, habiskan hafazan), mengembara, enjoy your ney, go swimming, etc etc...insyaAllah Allah akan aturkan segalanya untuk Ammar nanti..." 

#c/p dari :
http:/dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam.html?m=1

Jati Diri & Prinsip Muslim dlm Berpersatuan

Sebelum tidur ni..

Saya nak kongsikan pesanan Al Fadhil Ustaz Hasrizal B. Abd Jamil, salah seorang ustaz yang saya sangat kagum.

Ini antara isu IKHTILAT yang dia kemukakan, dan dia KONGSIKAN. Isu yang sangat dirisaukan melanda remaja dan belia KHUSUSNYA yang ikut so called PERSATUAN atau GERAKAN ISLAM !

1. Usrah campur.

2. Buka puasa sama-sama sambil mengadap 1 sama lain.

3. Muslimin naik kereta sama-sama sebelah Muslimat kononnya nak hantar pergi program macam tamrin, daurah, etc.

4. Muslimin bagi hadiah coklat kepada Muslimat (konon nak "hargai" dia),

5. Muslimat bagi hadiah hari jadi pada Muslimin kononnya nak eratkan ukhuwwah bagai.

6. Muslimin dan muslimat CHAT sesama secara PRIVATE kononnya nak berbincang pasal dakwah dan nasihat bla3..

Dan banyak lagi. Ini semua KRONIK!

---

Ketahuilah,

Iblis tak datang dalam keadaan BODOH dan HODOH. Dia akan sentiasa datang kepada kita dalam keadaan CANTIK dan CERDIK!

#Copy Paste from Admin Fb Page Tarbiah Sentap

Tuesday, 7 April 2015

FIKRAH MERENTASI JAMAAH

Fikrah Merentasi Jamaah

Disiarkan pada September 15, 2007

Teks Ucapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Sempena Konvesyen Sunnah 2006.

FIKRAH MERENTASI JAMAAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:

Tuan Pengerusi, hadirin dan hadirat sekelian,

Tidak ada siapa yang dapat menafikan sumbangan gerakan Islam dalam memberikan kesedaran umat dalam bidang-bidang yang mereka fokuskan. Sumbangan itu tidak hanya bersumberkan sebuah gerakan tertentu semata. Bahkan ia datang dari keperbagaian gerakan, organisasi dan jamaah. Tidak wajar mana-mana jamaah atau organisasi mendakwa hanya mereka yang berfungsi menyedarkan umat dan penyelesai segala krisis, lantas menafikan peranan gerakan atau jamaah yang lain.

Arus tajdid berterima kasih kepada semua gerakan yang menyelusuri perjalanan mereka bermanhajkan al-Quran dan al-Sunnah dan bersendikan kefahaman al-Salaf al-Saleh. Arus tajdid wajar menghargai apa yang telah mereka sumbangkan selama ini, selagi mana sumbangan itu positif untuk umat. Arus tajdid menolak sikap ekstrimis yang hanya menganggap jamaah dan kumpulan mereka sahaja yang syar’I, manakala selain mereka secara langsung atau tidak, dianggap tertolak. Jamaah atau organisasi yang ditubuhkan hanyalah wasilah (jalan) bukan ghayah (matlamat) bagi Islam itu sendiri. Matlamat Islam lebih agung dan syumul dari sebarang jamaah atau harakah. Fikrah Islam yang tulen merentasi kesempitan jamaah. Melebar luas menyeberangi pagar sebarang organisasi.

Arus tajdid juga harus berterima kasih kepada individu-individu yang memberikan sumbangan kepada kesedaran Islam; sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jamaah, orginasasi atau tidak terlibat. Bukan syarat sah sesuatu amalan saleh atau dakwah kepada al-Kitab dan al-Sunnah seseorang mesti terlibat dengan organisasi atau jamaah tertentu. Bahkan amalan saleh itu sah apabila memenuhi rukun dan syarat seperti yang dijelaskan oleh nas-nas Islam iaitu; aqidah yang murni, niat yang ikhlas dan menepati petunjuk al-Sunnah dalam mempraktikkan amalan tersebut. Maka dakwaan sesetengah kelompok yang menganggap sesiapa yang tidak menyertai organisasi atau jamaah dengan istilah ‘tidak masuk jamaah’ sebagai tidak berpendirian dan tidak diiktiraf, adalah perlambangan suatu sikap ghulu atau melampau.

Hadirin & Hadirat!

Terima kasih ini merangkumi individu atau tokoh yang berada di setiap pelusuk dan penjuru, yang bergerak menyumbang kepada umat ini. Sama ada mereka berada di dalam organisasi kerajaan atau di luar dari daerah percaturan politik. Selagi mereka menyumbang kepada umat ini dan memperlihatkan kejujuran mereka, maka mereka berada dalam perjuangan umat. Dakwaan yang menganggap golongan agama yang mendekati pemerintah kesemuanya mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang dan bersikap tidak adil. Walaupun ramai bersikap demikian, tapi bukan kesemuanya. Menghukum mereka secara keseluruhan bercanggahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh RasululLah s.a.w terhadap Najasyi, Raja Habsyah yang menganut Islam pada zaman baginda. Baginda percaya kepada keadilannya dan menghantar para sahabah berhijrah ke negaranya.

Apabila Najasyi menganut Islam, Nabi s.a.w tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kedudukannya sebagai Raja Habsyah, sekalipun kerajaan yang dipimpinnya bukan kerajaan Islam dan beliau tidak berhijrah mendapatkan RasululLah s.a.w. Namun RasululLah s.a.w pula tidak memerintahkan hal itu kepadanya. Kedudukan Najasyi sebagai raja membolehkan dia melindungi para sahabah yang berhijrah ke negara dan melaksanakan keadilan dengan ruang kemampuan yang dimilikinya. Apabila Najasyi meninggal, RasululLah s.a.w bersabda:

عَنْ جَابِرٍ رَضِي اللَّه عَنْه قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ مَاتَ النَّجَاشِيُّ مَاتَ الْيَوْمَ رَجُلٌ صَالِحٌ فَقُومُوا فَصَلُّوا عَلَى أَخِيكُمْ أَصْحَمَةَ
Daripada Jabir r.a: Nabi s.a.w bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”.

Baginda menyifatkan Najasyi sebagai seorang yang soleh. Baginda menyebut ungkapan ‘akhukum’ (saudara kamu) yang bermaksud saudara seislam kamu. Bahkan baginda menyuruh para sahabah mengadakan solat ghaib untuk jenazah tanda persaudaraan sekalipun berjauhan. Baginda tidak mengatakan Najasyi berkepentingan atau enggan menyertai gerakan Islam, atau tidak berprinsip. Bahkan baginda menghargainya kerana telah zahir dari dirinya iman, keikhlasan dan keadilan sikap.

Maka kita wajar mencontohi hal ini. Sesiapa yang menyatakan pendirian menyokong usaha kembali kepada al-Kitab dan al-Sunnah seperti yang difahami oleh generasi awal Islam, kurun-kurun yang diberkati, golongan al-salaf al-salih serta berusaha memperbaharui pendekatan al-din dalam wajah kemodenan yang ada bertunjangkan prinsip salaf maka kita menganggapnya berjuang bersama dengan arus tajdid ini. Sama ada dia berada dalam kerajaan atau pembangkang, sama ada dia berjamaah atau bersendirian.

Arus dengan ini menyeru dijauhi sikap ghulu atau melampaui batasan dalam beragama termasuk dalam urusan dakwah. Firman ALLAH:

(maksudnya): Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan Yang betul”

Dalam sebuah hadith:

عَنْ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ الْعَقَبَةِ وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ هَاتِ الْقُطْ لِي فَلَقَطْتُ لَهُ حَصَيَاتٍ هُنَّ حَصَى الْخَذْفِ فَلَمَّا وَضَعْتُهُنَّ فِي يَدِهِ قَالَ بِأَمْثَالِ هَؤُلَاءِ وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

Daripada Ibn `Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (m. 728H) berkata: “Sesungguhnya agama ALLAH ini adalah pertengahan antara yang melampau dan yang meninggalkannya. ALLAH Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hamba-NYA sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat إفراط (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit تفريط (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama ALLAH yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-NYA. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panah daripada busarnya.”

Penyalahgunaan Nama Salafi
Maka Arus Tajdid wajar membantah kelompok yang menyalahgunakan nama ‘salafi’ sedangkan dalam masa yang sama kerja mereka ialah mencerca secara tidak seimbang tokoh-tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid; seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, al-Qaradawi, Salman ‘Audah dan berbagai lagi. Kita tidak menganggap kemaksuman tokoh-tokoh tersebut, namun mengfokus aktiviti untuk menyerangkan tokoh-tokoh berkenaan dengan cara yang menyimpang dari metodologi ilmiah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Cara sebegini mendekati manhaj khawarij melebihi manhaj Ahl al-Sunnah.

Al-Syeikh Ibn Jibrin salah seorang tokoh salafi semasa Arab Saudi ketika ditanya hal ini menjawab: Sesungguhnya Sayyid Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum Muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan dengan mereka berdua dan memberi petunjuk dengan dakwah mereka ramai manusia. Bagi mereka berdua ada sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu, ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Sayyid Qutb dibuat, al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam pemohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa layak untuknya. Ketika mana keduanya (Sayyid Qutb dan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang ‘am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebut, tiada seorang yang mencela mereka berdua semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk dikafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn ‘Atiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain”.

Ancaman Hizbiyyah

Dengan menyedari hakikat yang disebutkan tadi, maka kita menghargai setiap organisasi dan individu serta tidak menghalang individu muslim untuk menyertai mana-mana organisasi atau jamaah. Namun, dalam masa yang sama Arus Tajdid menyeru agar dihapuskan sebarang sikap hizbiyyah yang dilarang oleh agama. Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal islami atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, atau jamaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jamaah atau organisasi, bukan dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah akan ditafsirkan agar seiras dengan kehendak organisasi. Mana-mana dalil yang menyanggahi jamaah dan organisasi akan diulas agar seiras dengan tafsiran jamaah, bukan tafsiran ‘ilmiyyah. Hal ini pernah dibidas oleh Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H) terhadap golongan ektremis mazhab dengan katanya: “Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..” .

Maka ada sesetengah individu dalam jamaah tertentu menentang slogan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam ibadah khususiah, dan mereka juga membantah penentangan terhadap unsur syirik, tahyul, khurafat dan kebodohan dalam cara beragama, atas alasan ia menyebabkan perpecahan umat. Walaupun mereka dalam masa yang sama sanggup berbalahan sesama umat ketika berkempen kepada soal-soal ekonomi, atau politik yang mereka sifatkan sebagai lebih islamik. Mereka menghalalkan untuk mereka dan mengharamkan untuk orang lain. Apakah ibadah khususiah, akidah dan kejelasan fikrah itu lebih lekeh dari ekonomi dan politik gagasan mereka?!!

Sikap hizbiyyah juga menjadikan seseorang individu membutakan mata ketika melihat kesalahan kelompoknya dan berkeras menghukum jika perkara yang sama dilakukan oleh kelompok lain. Ini jelas dalam sikap kelompok yang menghukum sebahagian masalah sebagai masalah khilafiyyah tetapi dalam masa yang sama dia membantah pihak yang berbeza dengannya.

Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jamaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jamaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah ‘keputusan jamaah’ atau ‘keputusan syura’ , sekalipun menyanggahi nas, diterima juga.

Ini sikap hizbiyyah atau ‘asabiyyah yang dicela. Di sebut dalam hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ ُ

(maksudnya) Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ (bendera kebutaan) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil” .

Dalam riwayat Abu Daud:
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّة ٍ
Daripada Jubair bin Mut‘im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْم ِ
(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”

Maka sikap hizbiyyah akan menjadikan seseorang memandang lekeh atau cacat individu yang tidak terlibat dengan jamaah atau organisasi yang dia sertai. Dia akan menganggap tidak mencukupi syarat perjuangan. Sekalipun individu berkenaan kelihatan telah melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan Islam. Sikap hizbiyyah melebelkannya sebagai ‘wala tidak jelas’, tidak berani berjuang, ada kepentingan dan seumpamanya.

Firman Allah:
(maksudnya) 10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sikap inilah yang menyelewengkan banyak pihak dari berdakwah kepada inti al-Quran dan al-Sunnah, bertukar menjadi dakwah menyertai jamaah. Golongan yang terkena angin hizbiyyah sukar menerima amal islami yang tidak di bawah arahan jamaahnya. Inilah yang telah menyebabkan sekian lama organisasi-organisasi Islam berbalah merebut mad’u atau kerusi pilihanraya kampus. Padahal jika difikirkan secara lurus, apa perlunya kita berebut mad’u?! Tidakkah jika sudah ada yang berdakwah maka tugasan kita menjadi ringan?! Tidakkah jika sudah ada yang ingin memikul amanah, maka kita lebih selamat. Apa yang penting adalah misi dakwah iaitu kembalinya umat kepada Islam yang tulen, tanpa mengambil pusing siapa pun yang melaksanakannya. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah setiap yang mampu melakukannya dengan tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan munkar atau mengurangi makruf” .

Namun sikap hizbiyyah menjadikan sebahagian manusia lebih mementingkan lebel dan jenama kumpulan lebih dari isi kandungan seruan Islam yang dibawa. Tahap ukhuwwah islamiyyah diukur dengan jenama berkenaan, apabila berbeza jemaah maka berbezalah tahap ukhuwwah. Sehingga ada yang bermasam muka kerana berbeza jamaah atau kumpulan.

Bah hingga ada yang sanggup menyelewengkan maksud hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
“Sesiapa yang keluar dari ketaatan, dan memisahkan diri dari jamaah, mati dalam jahiliyyah”

juga hadith-hadith yang menunjukkan mereka yang meninggalkan jamaah diperangi, dihukum menanggalkan Islam dan seumpamanya, lantas mereka merasakan jamaah yang dimaksudkan dalam hadith-hadith tersebut ialah jamaah mereka lalu mereka berfikir negatif terhadap sesiapa yang bukan ahli mereka.

Dukacita golongan ini tidak membawa ulasan para ulama terhadap maksud sebenar jamaah yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut. Maka, atas ketaksuban kumpulan atau aliran perkataan jamaah ini telah disalahgunakan. Saya bersetuju dengan perkataan tokoh al-Ikhwan al-Muslimin, Jordan, iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris dalam bukunya Mafahim Islamiyyah. Kata beliau: “Sesungguhnya istilah Jamaah al-Muslimin adalah istilah islami. Rasulullah s.a.w telah menggunakannya. Ia termaktub dalam kitab-kitab hadith dan sunnah. Para penghurai hadith membincangkannya. Ulama dan fuqaha muslimin menggunakan istilah ini sejak dahulu dengan penggunaan yang teliti. Istilah ini masih disebut oleh kebanyakan ulama semasa dan para pendakwah yang beramal. Ia masih dibincangkan dalam buku-buku ulama kurun kedua puluh. Bahkan, kadang-kala ia dibincangkan oleh orang yang kurang bekalan fekahnya. Dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan memahami agama dan tidak mengambil berat menuntut dan memperolehi ilmu syarak tergopoh gapah menggunakan istilah ini secara salah. Tujuannya untuk mencapai natijah yang mereka kehendaki iaitu menganggap diri mereka ialah jamaah yang syar’I, sementara jamaah-jamaah lain dipertikaikan kesyar’iannya dan perlu ditentang…sebenarnya, maksud ‘jamaah al-muslimin’yang diperkatakan oleh al-Sunnah ialah jamaah yang .beriman dengan Islam sebagai akidah, syariat, peraturan hidup dan mengakui hukum-hakamnya. Ia melaksanakan syariat ALLAH dalam kehidupan. Memiliki kekuasaan politik yang berasingan. Ia dipimpin oleh khalifah yang menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Ini semua berlaku apabila muslimin memiliki daulah islamiyyah yang menghimpunkan dan menyatukan mereka. Ditegakkan dalamnya hukum-hukum Islam. Maka, istilah ‘jamaah al-muslimin’ di sini bermaksud masyarakat Islami yang dipimpin oleh hukum Islam dan terbentuk semua badan kekuasaannya di atas petunjuk al-Quran dan al-Sunnah…adapun sekiranya tiada daulah islamiyyah yang menyatupadukan orang Islam…tidak mungkin mana-mana jamaah mendakwa dirinya sebagai jamaah al-muslimin. Samada mereka itu Ikhwan, atau tabligh, atau salafiyyah, atau sufiah, atau jamaat islami Pakistan dan selainnya. Ini kerana dakwaan tersebut bererti menghukum gerakan-gerakan lain sebagai murtad atau sesat atau kufur, dan menuduh mereka dengan jenayah yang memboleh dijatuhkan hukuman yang keras..” .

Maka, arus tajdid menyeru agar dipecahkan benteng-benteng hizbiyyah ini dan mengukurkan muslim dengan kadar pegangan serta fikrahnya dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengira dari mana organisasi atau jamaah pun dia. Arus tajdid menyeru semua pihak berpegang kepada fikrah sahihah lebih utama dari jamaah. Seseorang boleh memilih mana-mana jamaah selagi tidak menyanggahi al-Kitab dan al-Sunnah. Jamaah hanyalah alat, bukan matlamat. Bahkan seseorang mungkin sahaja untuk tidak menyertai mana-mana jamaah berdaftar, sebaliknya bersama kaum muslimin secara keseluruhan, tolong-menolong dalam urusan agama. Penyertaan ke dalam mana-mana jamaah hanya soal ijtihad. Tiada sebarang dalil sarih tentang kewajipan menyertai jamaah tertentu. Entah berapa ramai para ulama besar pada zaman ini pun, tidak menyertai mana-mana jamaah. Namun sumbangan mereka lebih besar dari sebarang jamaah dan umat berada di balakang mereka.

Mungkin ada benarnya rumusan seorang penulis Syria, al-Buti yang menulis tentang الفرق بين الحركة الإسلامية والدعوة إلى الله (Perbezaan antara gerakan Islam dan dakwah kepada ALLAH), antaranya beliau menyebut: “sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakan jemaah islamiah hari ini tidak lebih dari sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata” .

Seruan Tajdid

Arus Tajdid mengajak penyertaan saudara-saudari ke dalam satu gerak kerja yang lebih besar daripada sebarang jamaah dan organisasi. Penyertaan ke dalam arus ini tidak menuntut untuk saudara-saudari meninggalkan jamaah atau organisasi yang telah disertai. Saudara-saudari boleh kekal dalam organisasi masing-masing, dengan syarat organisasi itu tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, serta saudara-saudari pula bekerja ke tajdid dan islah, PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKIAN.

Pembaharuan itu ialah dengan kembali melihat keserasian segala pegangan dan amalan Islam berdasarkan fakta al-Quran dan al-Sunnah, lantas mengeluarkan umat dari daerah kejumudan, agama rekaan, khurafat, kebodohan fikiran dan kesempitan mazhab dan hukum kepada kemudahan dan keluasannya. Ini bersesuaian dengan ruh Islam tulen dan tuntutan zaman. Seru atau dakwah setiap muslim ke arah ini di mana sahaja saudara-saudari berada. Tidak menjadi syarat menyertai aliran tajdid berdaftar atau berkenalan dengan mereka yang aktif. Fahami fikrah tajdid, dan serulah kepadanya di mana sahaja saudara berada.

Ini selaras dengan tanggungjawab yang al-Rasul letakkan di atas bahu golongan terpilih, dengan sabda baginda:
يَحْمِلُ هَذَا الْعِلمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُه: يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ
Maksudnya:Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.
Inilah tiga tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Arus Tajdid mengajak saudara-saudari menyokong usaha ini. Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h pernah menyebut: “Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadith. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” .

Semoga ALLAH merahmati kita dan membantu usah ini. Pengerusi dan hadirin terima kasih atas kesudian menyertai.

#Copy & Paste from:
http://drmaza.com/home/?p=65

Thursday, 2 April 2015

Inspirasi 4 Tahun Dr Zawavi... Usia bukan Penghalang.

4 tahun belajar di Mesir.
4 tahun tidak pernah pulang ke Malaysia,
4 tahun tidak pernah berjumpa ibu ayah,
4 tahun tidak pernah menghubungi ibu ayah.

Semuanya kerana kesusahan kewangan. Namun itu tidak menghalang beliau untuk terus menghabiskan belajar Degree dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.

Setelah hampir setahun beliau kembali di Malaysia. Beliau telah berkhidmat dgn KIPSAS sbgi pensyarah.

Kemudian beliau menyambung lagi pelajaran di peringkat Master dan Kemudian Doktor Falsafah. Kemudian, Ketika di usia 39 Tahun barulah beliau berjaya menamatkan PHD.

Begitulah pengorbanan beliau  di dalam menuntut ilmu.
+pengorbanan usia belajar
+pengorbanan berhutang untuk belajar.
+pengorbanan meninggalkan Tanah air dan keluarga utk belajar.

Beliau itu adalah Ustaz Dr Zawavi B Zainal Abidin, Bekas Naib Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

#Respect

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini untaian nasihat & perkongsian Dr Zawavi semasa Ceramah Motivasi minggu Exam kpd Mahasiswa2 KIPSAS pada 2 April 2015.

Terima kasih kpd #Akhi Mustaqim kerana cuba untuk merekodkan maklumat kandungan ceramah itu;(Kandungan dibawah adalah di Copy Paste oleh Penulis drpd wasup Mustaqim)

6 Perkara dlm menuntut ilmu-Pesan Imam Al Ghazali

1)Kecerdasan

2)Antusias(Terhadap Ilmu

3)Ijtihad(Kesungguhan/Usaha)

4)Harta(Bekal/duit)

5)Bergaul dgn guru

6) Waktu yg panjang

Pesan Hukamak

Sapa nak ketinggian,kejayaan mestilah bangun malam(study,siapkan assingment)

bersabar didalam menuntut ilmu

Dari Yahya Bin Abi Katsir rahimahullah

"ilmu tidak lah didapatkan dgn jasad yg santai"

Diriwayatkan oleh Muslim

Pesan Luqman al Hakim

Tuntutlah ilmu disaat kami miskin,ia akan menjual hartamu,disaat kamu kaya,ia akan menjadi perhiasanmu.

 Ibu Bapa dan Keluarga sebagai pencetus Kecemerlangan

 "Sesiapa yg menempuh satu jalan utk menuntut ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"

[H.R Muslim]

Semua ibubapa inginkan kejayaan bg anak anaknya

Semua ibubapa berupaya menjadikan anak mereka berjaya

Ibubapa mempunyai kedudukan yg istimewa disisi Allah SWT

Anak ialah amanah atau pertaruhan yg Allah amanahkan kpd ibu bapa utk mjaga dan memelihara

Faktor Kejayaan

1)Keluarga

2)Pengurusan Masa yg betul

3)Fokus

4)Model ikutan

5)Harapan dan Cita cita

6)Saranan yg positif

7)Rakan yang berjaya

8)Fokus

Renungan

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata"Ilmu itu lebih baik drpd harta.Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.Ilmu itu penghukum(hakim) dan harta terhukum.Harta itu kurang apabila dibelanjakan dan ilmu bertambah bila dibelanjakan.

Ilmu itu teman dikala kesunyian

 Adab pelajar bersama Guru

1) Hormatlah guru dan jagalah adab

2) Duduk dihadapannya dengan beradab,jgn belunjur kaki kepada guru

Adakah aku terlambat?

1)Dekatkan diri pada Allah

2)Pastikan layak menduduki peperiksaan

3)Benar benar fokus-lupakan hiburan

4)Baiki Markah-Bertemu Guru

5)Memohon restu dari ibu bapa

6)Jaga Kesihatan

Wednesday, 1 April 2015

Relax Brother. Jangan marah-marah.

Kau Jahil, Kau Masuk Neraka, kau munafik, Kau ahli maksiat, Ini haram, Kau jahat, Kau tak de otak, Kau sesat, Ini Bid'ah.
Sounds familiar?
~~~~~~~~~~~~~~~
NASIHAT BUAT DA'IE
Kita nak ajak orang beli & berminat dgn produk kita,
Tapi kita maki hamun dia, perli dia, kutuk dia, hentam dia, paksa dia.
Gerenti dia tak minat nak beli produk kita, Gerenti dia lari terus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedikit Nasihat kpd Da'ie, individu yg terlibat secara langsung dgn POLITIK dan sbginya.
Kita nak ajak orang kpd Islam,
Tapi kita duk menghukum ummah, Kutuk dia, perli dia, maki dia, hentam dia,
Agak2nya Mad'u tu berminat n selesa tak dgn Ajakan kita yg bersifat menghukum tadi tu?
silap2, Mungkin pada awalnya, Mad'u tu baru mula nak berminat pada Islam, Tapi disebabkan akhlak kita, Mereka lari jauh drpd Islam.
Memanglah, Bila Kita tengok orang dlm keadaan JAHILIYAH, Kita rasa nak marah n geram.
Tapi, letak pandangan kasih-sayang  pada mereka. Cuba utk bina hubungan dgn Mad'u dulu. Dah rapat, kita tunjukkan akhlak yg baik, tarbiyah Akidahnya, then boleh masuk teguran2 ug membina.
Lambat akhi cara mcm tu.
Memang lambat, perlukan kesabaran.
Tak perlu gopoh, slow2.
Kalau putus asa dlm berdakwah,
Tu rasa nak marah ummah, Nak angkat senjata nak ubah suasana.
Kata Hukama:
#Kita bukan penghukum, Tapi kita Pendakwah.
#Kita akan Perangi Manusia dgn senjata kasih sayang.
#Jauhi fahaman Ekstrimis.
#Islam Rahmat utk semua, Bukan utk pihak tertentu sahaja.
Maaf jika Ada yg terasa. Muhasabah utk Saya juga sebenarnya.
Sebap dulu pun saya pernah ada sikit sikap mcm tu, menjauhi orang yang 'hu ha hu ha ni' dan banyak menghukum dan menegur direct mereka ni.
#Jom Pelajari Pendekatan Dakwah lagi.
#Sebarkan Kebahagiaan dan Senyuman.
WALLAHUALAM.

Tuesday, 31 March 2015

ISIL bukan perjuangan sebenar Agama

Antara medium Kumpulan ISIL/ IS di Malaysia cuba utk merekrut dan mempengaruhi pemuda dan pemudi yg bersemangat mahukan agama adalah melalui FB dan internet.

Hati2 dgn seruan 'jihad' mereka. 
Rujuklah dgn Ulama2 Muktabar yang di iktiraf yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Perkara penting utk memahami ajaran agama Islam yg sebenar adalah dengan teruskan mendalamai belajar Agama.

Sasaran ISIL adlh utk menarik golongan yg kurang ilmu Agamanya.

Pesankan kpd sahabat dan saudara

WALLAHUALAM.


Saturday, 28 March 2015

Ustaz bertopi koboi. Itulah Xifu Naser

Ustaz bertopi koboi je, Tetapi Luas dakwahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini 28.3.15, Penulis berkesempatan mendengar Ceramah Xifu Naser di dalam siri jelajah Kuantan. 

Tadi, Semasa berceramah Kuliah Maghrib, dia hanya Pakai Topi Koboi je . Huhu. Sempoi.

Kiranya, Penulis First time tengok Penceramah Kuliah mcm ni Kat Masjid.

Itulah Xifu Naser, Pensyarah Uiam PJ, Tokoh Pendakwah Perak 2014, Penasihat Biro Dakwah MURSHID. Anak kpd Bekas Menteri Sarawak Abd Rahman Yaakob.

#Jangan mudah nilai dan menghukum org lain secara luaran.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rupanya. Ada sejarah kenapa Xifu Naser(Tokoh Pendakwah Perak 2014) sentiasa memakai TOPI KOBOI di kepalanya.

Setelah selesai kuliah Maghrib tadi(28 3.15) Xifu Naser di Masjid Jaya Gading, Kuantan, salah seorang Pak Cik di Masjid itu bersalaman dan berseloroh dgn Penceramah yang memakai TOPI KOBOI ketika memberikan  ceramah(xifu).

Pak cik: " Boleh kita tukar, Saya pakai Topi awak. Awak pakai kopiah saya.

xifu: reaksinya tersenyum mesra. Dan berkata " topi ini milik ayah saya" (Arwah Tun Rahman Yaakob, Mantan ketua Menteri Sarawak, Juga Tokoh Pendakwah Sarawak)
" saya sayangkannya" "Saya pakai topi ini, saya teringat ayah"
~~~~~~~~~~~~~~

Barangkali, apabila Xifu memakai topi milik arwah ayahnya itu, akan membuatkannya semangat utk meneruskan dan menyambung LEGASI Dakwah Ayahnya...

Baca juga utk mengenali jasa Arwah Ayahandanya dlm dakwah, di link: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=854140

Baca juga biodata Xifu Naser di link:
https://xifunaser.wordpress.com/biodata/
~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Topi Koboi tu, dah macam cerita anime One Piece je,budak topi jerami. Huhu.



Monday, 16 March 2015

Kehidupan Mahasiswa: Akademik & Program

Macam mana nak seimbangkan antara Akademik dan Menguruskan Program?

Cik Fadzilah kaunseling:
Awak yang Kena control masa(utk program & Akademik),
Jangan biarkan Program dan Akademik yang control diri awak.

Sunday, 15 March 2015

Ada Apa dengan Muda?

Ilmu + Pengalaman = Hikmah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua ini perlu di ukirkan ketika menjadi PEMUDA,
Insyaallah, Hasilnya dewasa kelak akan menjadi individu yang mempunyai HIKMAH yang tinggi dalam segenap aspek.

Jangan bazirkan masa muda kalian. Gunakan sebaik-baiknya, Muda hanya sekali, Hidup juga hanya sekali.

Sudah tiba masanya meninggalkan segala kehidupan jahiliyyah kita.

Kuatkan Kami Ya Allah.







Thursday, 12 February 2015

Kepulangan Tn Gr Nik Aziz

Kata hukama,
"Perbaikilah/ Persiapkan dirimu (pemuda/pemudi) utk menggantikan angkatan tua yang akan kembali kelak"

#Masih penuh dgn kelemahan diri kita/saya.

Waktu muda inilah utk kita belajar/ persiapkan/ memperbaiki kelemahan diri utk menjadikan kita benar2 bersedia kelak bagi menyambung legasi Memartabatkan Islam.

#Org2 muda elakkan istilah berniat utk tunggu tua baru nak taubat/ mula berubah. Masa hidup tak lama, kelemahan diri pula terlampau banyak utk diperbaiki, Jadi Usia mudalah pilihan utk mula Berubah...

"Tegakkanlah Islam didalam DadaMu, Nescaya Islam akan,tertegak di negaraMu"

"Perbaikilah diriMu disamping Menyeru yang lain" (Hukama)

Al-Fatihah buat Allahyarham Tn Gr Nik Aziz(13.2.15)


Thursday, 5 February 2015

Agenda Research and Development Diri

Pernah dengar RESEARCH and DEVELOPMENT(RnD)?

Biasa RnD dibuat oleh syarikat2 perniagaan untuk mengkaji dan membangunkan kualiti produk keluaran mereka supaya bermutu tinggi.

Contoh dalam syarikat Kereta Nasional Malaysia, Proton ada Tenaga Profesional yang pakar untuk menguruskan bahagian RnD.

CONTOH didalam Bidang Teknologi Dan Komunikasi(ICT), bagaiman kita lihat perkembangan ICT kini yang semakin canggih. Jika 1400tahun Dahulu tiada Telefon Touch Screen, Tiada satelit, tiada kapal terbang, tiada senjata canggih dan sebagainya. Tetapi selepas ada Pihak yang melakukan Research And Development, barulah terjadi perkembangan teknologi yang ada hari ini.
------------------------------------
Semua itu tadi RnD didalam bidang perniagaan dan Teknologi...

Bagaimana pula jika,

kita boleh applikasikan RnD itu tadi ke dalam diri kita sendiri.
--------------------------------------------
Bagaimana kaedahnya?

Antaranya:

1)KITA MEMBUAT SUATU RESEARCH(KAJIAN) IBARAT "PELAJAR UNIVERSITI MEMBUAT THESIS" UNTUK KITA MENGKAJI TENTANG KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI KERANA TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA, SEMUA PASTI ADA KELEMAHAN.

2)SETERUSNYA KITA MENGKAJI PUNCA KELEMAHAN KITA ITU TERJADI.

3)JIKA DAPAT KENAL PASTI KELEMAHAN2 ITU, KITA BOLEH BUAT DEVELOPMENT(PEMBANGUNAN DIRI), MENGKAJI KAEDAH BAGAIMANA UNTUK KITA MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI ITU TADI.
~~~~~~~~~~~~~~~

YA, KITA PERCAYA BAHAWA Agenda RnD ini suatu perjalanan yang amat-amat panjang, pasti sehingga mati agenda ini tidak akan dapat selesai dilaksanakan.

Tetapi, kita harus bermula dan mencuba berusaha memperbaiki diri sedaya upaya.

JIKA KITA BERJAYA LAKUKAN AGENDA RnD Dalam diri kita INI,

KITA PERCAYA BAHAWA, DIRI KITA AKAN KE
ARAH MENJADI INSAN YANG UNGGUL, HEBAT DAN BERKUALITI ibarat selari dengan "PERKEMBANGAN TEKNOLOGI YANG SEMAKIN CANGGIH DAN HEBAT"

KITA JUGA AKAN MAHUKAN DIRI KITA "CANGGIH DAN HEBAT"

CANGGIH YANG MEMILIKI FUNGSI DAN BERMANFAAT BUAT DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA serta MENINGKATKAN SYIAR ISLAM untuk KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

*SESUNGGUHNYA untuk mencapai AGENDA RnD Diri ini amat memerlukan ILMU DAN PENGALAMAN YANG BANYAK.
*Pengorbanan, Semangat, motivasi dan Mujahadah yang tinggi.
*Dan keikhlasan untuk memperbaiki diri.

#Research And Development Diri.

6Feb2015, KIPSAS, Jejakibnusabil.blogspot.com

Saturday, 31 January 2015

ISLAM & SAINS MEMBUAHKAN RASA TAKJUB KEPADA ILAHI

SAINTIS DI ABAD MODEN KINI MULA MENEMUI PENEMUAN BUKTI-BUKTI SAINTIFIK TENTANG KEJADIAN ALAM.
---------------------------------
JIKA PERHATIKAN PADA AYAT AL-QURAN YANG DITURUNKAN LEBIH 1400TAHUN DAHULU,

"AKAN KAMI TUNJUKKAN KEPADA MEREKA BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP UFUK(PENJURU) DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELAS KEPADA MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU BENAR."
(SURAH FUSSILAT:53)
---------------------

SUBHANALLAH BENAR SUNGGUH FIRMAN-FIRMAN ALLAH SWT ITU YANG MERUJUK KEPADA ZAMAN MODEN KINI...

RAMAI SAINTIS NON-MUSLIM ABAD MODEN DARI BARAT YANG BERAGAMA KRISTIAN, ATHEIS, BUDDHA DAN SEBAGAINYA,

MEREKA TELAH MEMELUK ISLAM DAN MENGAKUI KEWUJUDAN ALLAH SWT SELEPAS MEREKA MEMERHATI, MENGKAJI, MEMIKIRKAN DAN MENGANALISIS KEJADIAN ALAM, PROSES KEJADIAN MANUSIA, PLANET-PLANET, GALEKSI, KEJADIAN HUJAN, PASANG SURUT LAUT, PERGERAKAN AWAN, TARIKAN GRAVITI DAN TERLAMPAU BANYAK TANDA-TANDA KEAGUNGAN ALLAH SWT. (MEREKA SAINTIS MENGKAJI ALAM DAN MENGKAJI AL-QURAN)

UMAT ISLAM, TIDAKKAH KITA MEMERHATIKAN DAN MERENUNG KEJADIAN ALAM INI???

"Maka yang mana satu diantara Nikmat-Nikmat Tuhan kamu, yang hendak Kamu dustakan?"
(55:13)

#WALLAHU'ALAM

#Ikuti Kuliah Ustaz Dr Danial Zainal Abidin di youTube

Siapa Yang Atur Proses Kejadian Manusia?

SubhanAllah...

Mustahil tiada PENCIPTA yang Maha Berkuasa, Maha Agung untuk mengatur segala kehidupan di alam semesta ini...

Mustahil jika dikumpul semua ahli pakar Sains untuk mereka menandingi Kekuasaan Tuhan dalam Menciptakan Alam semesta ini...

Penciptaan Alam semesta ini sebenarnya menimbulkan seribu satu persoalan di fikiran para saintis dan orang yang berfikir...

Segala persoalan itu sebenarnya sudah ada jawapannya...

Semua jawapan tentang Penciptaan Alam yang  sempurna ini sudah ada didalam Islam melalui petunjuk Al-Quran dan Al-Hadith yang sudah turun lebih 1400 tahun dahulu dimana ketika zaman tiada teknologi dan alatan canggih...

Semua jawapan itu sebenarnya membenarkan kewujudan Tuhan Yang Esa iaitu Allah swt Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan...

~~~~~~~~~

Ramai saintis Non Muslim yang mengkaji Alam Semesta ini Menemui Islam selepas membaca isi kandungan Al-Quran,

Mereka takjub dengan Kebenaran Al-Quran yang menceritakan kejadian Manusia dan Alam ini sejak 1400tahun dahulu ketika zaman tiada alatan sains Moden untuk mengkaji semua ini...

"Maka yang mana satu diantara Nikmat-Nikmat Tuhan kamu, yang hendak Kamu dustakan?"
(55:13)

Friday, 30 January 2015

Manusia pemalu, pendiam boleh menguasai dunia???

Apa itu individu introvert???

SIAPA PENDIAM, PEMALU, JARANG BERINTERAKSI DENGAN ORANG RAMAI...
CUBA ANDA BACA INI, PASTI MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI ANDA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kepribadian “introvert” adalah seseorang yang cenderung tertutup, pemalu, pemurung, sedikit teman, jarang berinteraksi dan pendiam.
Tidak mustahil orang Pendiam dan Pemalu bakal menjadi individu berpengaruh kelak!
Yuh bangkit dan bersemangat kaum2 introvert..

(MENARIK TULISAN DI BLOG INI, WALAUPUN BANYAK MENYEBUT NAMA TOKOH2 BARAT, BUKAN utk AGUNGkanTOKOH INI, TETAPI MEMPELAJARI YANG BAIK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI, MEMARTABATKAN ISLAM)

Antaranya mereka yg terkenal,
-Bill  Gates - pengasas Microsoft
-JK Rowling - penulis buku Harry Potter
-Mahatma Ghandi - Pemikir
-Albert Einstern - Fizik
-Barrack Obama - President US
-Mark Zurkberg -Facebook

Mari baca kisah tokoh2 itu di link ini,

Thursday, 29 January 2015

Kita perlu teruskan perubahan

SIAPA KATA NAK MENJALANI JALAN-JALAN PERUBAHAN ITU MUDAH,
AMAT KURANG BENAR KATA-KATANYA ITU.

MENGHARUNGI JALAN-JALAN ORANG YANG INGIN BERUBAH KEARAH KEBAIKAN ITU AMAT SUSAH, PENUH DENGAN UJIAN DAN RINTANGAN.

BARANGKALI HARI INI KITA BERAZAM TIDAK MAHU MENGULANGI KESALAHAN SEMALAM, NAMUN ESOK HARINYA KITA MASIH TERJERUMUS JUGA KEDALAM KESALAHAN YANG SAMA.

ITU MEMANG NORMAL,

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ADALAH,

JANGAN BERPUTUS ASA DAN BERHARAP UNTUK TERUS CUBA BERUSAH DAN BERUSAHA UTK BERUBAH SEHINGGA AJAL MENJEMPUT.

KITA PERLU BERHARAP AGAR ALLAH SWT MENGAMPUNI, MEMBERI KEKUATAN DAN TAUFIQ KEPADA KITA. DAN KITA PERLU TAKUT KEPADA AZAB ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK.

#JANGAN BERPUTUS HARAPAN, TERUSKAN BERUBAH, KEKALKAN MOTIVASI DAN INSPIRASI DGN MEMPELAJARI KISAH-KISAH HEBAT DARI ORANG LAIN.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam satu hadis Qudsi yang mahsyur, ertinya,

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw dalam menceritakan apa yang (datang) dari Tuhannya Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman :

"Seorang hamba berdosa dengan suatu dosa, ia berkata :
"Wahai Allah, ampunilah dosaku".

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman :
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya".

Kemudian ia kembali dan berdosa, ia berkata : "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku".

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman:
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya".

Kemudian ia kembali berdosa, dan berkata : "Wahai Tuhanku, ampunilah dosa saya".

Lalu Dia Yang Maha Suci dan Maha Besar berfirman :
"HambaKu berdosa dengan suatu dosa, lalu mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menuntutnya. Berbuatlah apa yang kamu kehendaki,
Aku telah mengampunimu".

(Hadits ditakhrij oleh Muslim).

#WALLAHU'ALAM

Wednesday, 28 January 2015

IBNU SABIL_PERJALANAN MENUNTUT ILMU TIADA PENGHUJUNG

BIAR BELAJAR DENGAN RAMAI GURU,

BUAT PERBANDINGAN DAN ANALISIS ANTARA GURU2 KITA YANG MUNGKIN ADA PERBEZAAN ALIRAN, FAHAMAN ANTARA MEREKA,

PASTI ANTARA GURU2 ITU ADA YANG PERBEZAAN POLITIK 'PAS' 'UMNO', PERBEZAAN JAMAAH, PERBEZAAN ALIRAN "SALAFI", "PONDOK", "UNIVERSITI" DAN SEBAGAINYA...

BELAJAR DENGAN RAMAI GURU BUKAN BERMAKNA KITA MENERIMA DAN MENOLAK SEGALA ILMU YANG DISAMPAIKAN MEREKA... AMBIL JALAN PERTENGAHAN DAHULU UNTUK MENILAI PANDANGAN MEREKA.

HORMATI PANDANGAN MEREKA DAN KITA TERUSKAN MENCARI ILMU DAN KEBENARAN DARIPADA PERBAGAI GURU...

*SEBAP ITU, ELAKKAN KITA TAKSUB KPD SATU GURU SAHAJA, KERANA KITA AKAN TOLAK TERUS PANDANGAN DARI GURU2 YANG LAIN...

#PERJALANAN MENCARI ILMU TIDAK ADA PENAMATNYA
#PERJALANAN INI SENTIASA MENEMUKAN BAHAWA DIRI  KITA SEMAKIN JAHIL/ BANYAK BENDA TIDAK TAHU.
#PERJALANAN INI AKAN MENEMUKAN KITA DGN INSAN YANG HEBAT2 MENYEBABKAN KITA MERASA RENDAH DIRI DAN INGIN MEMPELAJARI DARI KISAH MEREKA...

Kata salah seorang guru kami yang masih lagi menuntut ilmu di usia tua,

"Rakannya bertanya, sampai bila enta mahu belajar"

"Guru kami berkata, Dia mahu  mati semasa belajar"

Semoga Allah swt memberi rahmat dan kebaikan kepada semua Guru2 kita.

Siapakah kita kelak?

Apakah akan kita jadi kelak?

Semuanya suatu rahsia yang tidak diketahui...
Tidak perlu pergi menilik nasib,,

Apa yang dapat kita lakukan adalah,

Kita berusaha untuk memperbaiki diri, menuntut ilmu ke peringkat tertinggi, dan mempelajari sesuatu ketika usia muda remaja ini...

Jangan bazirkan masa muda kita... letakkan suatu wawasan dalam hidup... Ketahui misi dan visi hidup diatas dunia yang sementara ini...

#Harapan kita adlh, moga2 Allah swt memandu perjalanan hidup kita kearah jalan2 menuju syurga, kejayaan abadi...

#Kekalkan niat ingin memperbaiki diri yang tidak akan sempurna dan ingin mempelajari erti hidup sbgi seorang hamba Allah swt.

Thursday, 15 January 2015

Ayuh Penuntut ilmu sejati!

●dulu kita dok maahad,
nk ckap ngn muslimin atau muslimat macam bg arahan perang,
penuh tertib menjaga pandangan ,
sekarang dok U ,
ckp macam dok dlm panggung wayang,
ketawa terbahak2, seronok tak igt akhirat

●dulu dok maahad,
kita diajar
"sana tgga muslimat,"
"situ tgga muslimin,"
sekarang dok U,
jalan beriringan , terbelaga bahu dengan prince and princess charming pon xkesah

●dulu kita dok maahad,
kita boleh berpanas bertudung litup, berseluar panjang
sekarang dok U,
sudah mula nampak apa yg x patut,

●dulu kita duk maahad, masa kita diisi, beruntung boleh menghafal hadis, tafsir, belajar feqah, quran sunnah, syariah islam, sirah, bahasa arab

sekarang dok U, masa kita entah ke mana, lepak, movie, games, drama, runningman, maharaja lawak,..

wahai sahabat sahabiah sayang, mana pergi produk keluaran maahad??

hanya setakat di maahad sajakah?

mana mujahid mujahidah yg di didik di bumi sma dulu?

apa antunna antum fikir Allah campakkan ke bumi maahad dulu sia2?

semuanya kerna DIA ingin kita meneruskan risalah rasul ini..
sampaikanlah dakwah kalian di mana saja,

kerna kalian adalah anak panah Islam, campaklah kemana saja, ISLAM pasti tumbuh disitu.

lupa hadis nabi???

"sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi padanya kefahaman agama"

#Ummah sedang sakit, mereka perlukan kita
#belajarlah untuk Ummah kerana Allah.
#amalkanlah ilmu yg kita dh pelajari jgn sia-siakan

(*copy paste from group what apps)

Ujian buat Penuntut ilmu.

-MOTIVASI PENUNTUT ILMU-

Sibukkan fikiranmu dengan ilmu,
Untuk memancung fikiranmu yang terangankan pasangan hidup.
---------------------------

Fokuskan minda, Sibukkan fikiran dan gerak kerja dengan mencari ilmu...

Sehingga tidak sempat memikirkan soal pasangan hidup...

#Hanya buat remaja yang masih dialam belajar.

-Baca kisah Imam Nawawi yang meninggal Muda dan tidak sempat berkahwin, kerana terlalu sibuk dengan ilmu
(walau bagai langit dan bumi, jadikan beliau sbgi motivasi utk teruskan fokus menuntut ilmu)

Semoga dapat menguasai ilmu-ilmu Agama untuk bekalan diri dahulu sebelum memegang tanggungjawab besar utk keluarga dan ummah...

#Ya Robb, kuatkan jiwa dan azam kami.