[PENGARUH SESEORANG MEMBANTU DALAM DAKWAH: ANALISIS ENDORGAN DALAM STRATEGI DAKWAH DAN MESEJ DAKWAHNYA YANG MENYELURUH]
Video ini memaparkan Presiden Turki, Endorgan berjaya memujuk seorang lelaki daripada membunuh diri. Jika menganalisis apa yang Endorgan cuba bawa kepada pembaharuan Turki amatlah menarik. Selepas beliau ditabalkan menjadi Pemimpin utana aTurki, beliau tidak melakukan pembaharuan Turki secara mendadak yang daripada negara paling sekular dan paling teruk pengamalan kandungan Islam. Sebaliknya beliau menggunakan strategi dan seni yang amat halus tanpa rakyat mengetahui agenda sebenar beliau untuk mengislamisasikan negara Turki.
Apa yang dapat diperhatikan secara zahir akan strategi dakwahnya adalah, beliau membina "rappo" hubungan yang baik dengan semua pihak, beliau cuba membina kepercayaan dan pengaruh di hati rakyat melalui keadilan pemerintahan beliau, kepedulian beliau untuk meningatkan taraf hidup serta menjaga kebajikan rakyatnya dan akhlak, keperibadian beliau yang cemerlang. Melalui itu, Beliau berjaya menjinakkan atau mempengaruhi rakyatnya. Kesan pengaruh beliau kini berjaya dirasai rakyatnya, ramai rakyatnya mula menerima mesej-mesej Islam yang beliau ketengahkan secara halus dan berperingkat-peringkat. Malahan, pengaruh Endorgan juga mendapat tempat di hati kebanyakan masyarakat dunia yang lain melalui kecaknaan beliau dalam isu-isu kemanusiaan global seperti di Mesir, Syria, Gaza, Rohingya dan sebagainya.
Pada pandangan zahir kita tidak dapat membaca adakah Endorgan seorang yang membawa agenda Islam kerana tidak mengenegahkan lagi hukuman Hudud. Namun, wallahualam. Mungkin beliau ada jawapan yang beliau tidak mahu bagi tahu kepada umum untuk strategi tertentunya. Mungkin proses Islamisasi Turki dilakukan secara berperingkat-peringkat. Apa-apa pun dunia Islam bersyukur ada pemimpin Muslim seperti beliau. Jarang sekali pemimpin Muslim yang berwawasan Islam mampu bertahan lama sepertinya.
Mesej dakwah bukan hanya pada aspek Ibadah khusus. Mesej dakwah itu juga meluas merangkumi pelbagai aspek, selari dengan Islam suatu cara hidup yang lengkap. Lengkap seperti dalam aspek ekonomi, politik, pentadbiran negara, kemanusiaan, keadilan, kebajikan, pendidikan, sosial dan menyeluruh pada bidang keduniaan yang lain. Sudah pasti Mesej Dakwah yang utama mengajak kepada mentauhidkan Allah swt dan beribadah kepadaNYA. Namun, ruang dakwah perlu dilihat pada pelbagai aspek yang meluas. Wallahu'alam.
(ruj: jejakfikrahmuslim.blogpsot.com)
Link video Endorgan memujuk pemuda cuba membunuh diri:
https://youtu.be/_Lj6BMmrexA
No comments:
Post a Comment