Thursday, 31 December 2015

Jom Azam Tahun Baru 2016

Azam Tahun baru 2016:
Nak siapkan assignment yang dapat 2 minggu lepas. Yang kena submit minggu depan ni.
Azam apa cang gi ni. Haha.
Pause.

Azam tahun baru 2016 ni adalah ingin mencapai 2 perkara yang senang diperkatakan namun susah untuk dilaksanakan, iaitu berkenaan 2 perkara yang Imam Hassan Al-Banna katakan tentang 10 Muwasafat Tarbiyah iaitu:

Pertama:
حريص على الوقت
(Haarithun Ala Waqtihi)
Maksud: Menepati Waktu

Kedua:
منظم في شنونه
(Munazzaman fi syu' unihi)
Maksud: Tersusun Urusannya

Kalau tak dapat laksanakan tahun depan, kita pasang azam lagi untuk tahun baru berikutnya. Haha.

Yang penting. Jangan putus asa.

#mulakan azam tahun baru anda untuk melakukan perubahan daripada awal.
#New life 2016, Good Bye Jahiliyah.

Monday, 28 December 2015

Aku Pendosa Juga Mahu Ke Syurga...

-Sebutir Mutiara Indah Dalam Sang Pendosa-

Orang yang hebat adalah orang yang menyedari dan suka memeriksa serta mencari kelemahan dirinya.
Serta,
Orang yang hebat itu akan sentiasa tidak berputus asa untuk berusaha dan berusaha untuk mengubah segala kelemahan yang ada pada dirinya.

Walaupun terlampau banyak kelemahan dia. Namun, dengan adanya salah satu sifat yang mulia iaitu gemar memeriksa serta memperbaiki kelemahan dirinya, Itulah sifat peribadi seorang yang hebat.

Ibarat tiram yang kulit luarnya dipenuhi dengan kekotoran dan kelihatan hodoh, Namun MasyaAllah didalamnya tersimpan suatu barang yang bernilai tinggi iaitu Mutiara.

#Jadi, jangan berputus asa untuk berubah dan berubah buat mereka yang ada sebutir mutiara yang hebat didalam diri anda!

#Dan Sesungguhnya berbahagialah diri kamu.

WALLAHU'ALAM
____________________________________

Sharing 003
★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★
'Āli `Imrān:135 - Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★

♡Let's Spend A Little Time To Read & Tadabbur The Al-Quran♡
♡Let's Connecting With Allah SWT♡
♡Let's Sharing With Everyone♡
♡Sharing is Caring♡
●Let's Follow On Telegram Channel For More Motivation Sharing From The Al-Quran●

https://telegram.me/motivationfromthealquran

http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Sains Membuktikan kehebatan Ilahi

Jika dikumpulkan semua Professor & digunakan segala teknologi ciptaan manusia yang ada hari ini,
Nescaya sudah pasti tidak dapat menandingi kekuasaan Tuhan Yang Maha Hebat.

Hatta, seekor lalat yang sempurna pun manusia tidak akan mampu menandingi dalam penciptaannya.

Hebat sangatkah teknologi ciptaan manusia yang diagung-agungkan itu? Jika dibandingkan dengan "teknologi" ciptaan Tuhan. Jika lalat pun tidak dapat manusia tandingi, sudah pasti mustahil manusia dapat mencipta matahari, galaksi & seluruh alam ini.

Jadi, Kenapa kita masih tidak percayakan Tuhan itu benar-benar wujud?

Al-Ĥaj:73 - Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).

#Kajilah & hayati penciptaan Alam ini.
#Nescaya kita akan menjumpai tanda² suatu kuasa yang Maha Hebat yakni Allah swt.

Orang Hanya Memuji, Mereka Tidak Tahu Siapa Kita Sebenarnya...

TIPS HILANGKAN RASA BANGGA DIRI.

Apa yang perlu dibuat apabila dipuji dan disanjung tinggi?

+Ingat semula segala Kelemahan² yang kita ada yang hanya kita dan Allah swt sahaja tahu, orang lain tidak tahu.

Jadi kita nak berterusan bangga diri dengan pujian tadi atau kita akan rasa malu dan rendah diri dengan keaiban yang Allah swt tutup daripada pengetahuan umum.

Kemudian, istighfar banyak² dalam hati. Mohon diberi kekuatan & panduan drpd Ilahi.

C/P:
(htpp://jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Sunday, 27 December 2015

Arghh. Banyaknya Kerja Yang Perlu Aku buat......

Semakin Besar Kesedaran kita,
Semakin Padat jugalah Urusan Kehidupan Kita.

Semakin Padat urusan kita,
Maka kita akan mula sedar & belajar serta belajar tentang kata² daripada Imam Hassan al-Banna iaitu:

"الواجبات اكثر من الاوقات"
Maksudnya:
"Kewajipan Yang Kita Ada Lebih Banyak Dari Waktu Yang Kita Ada"

Ya benar. Kita orang² Muda tidak "perfect" dalam menguruskan kehidupan dan menguruskan waktu. Namun, kita jangan jemu untuk berusaha dan Berusaha untuk belajar mentarbiyah diri kita tentang aspek Pengurusan waktu & kehidupan.

Didalam 10 Muwasafat tarbiyah atau 10 sifat peribadi Muslim, Imam Al-Banna antaranya perkatakan tentang:

"منظم في شنونه"
Maksudnya:
"Tersusun Urusannya"

"حريص على الوقت"
Maksudnya:
"Menepati Waktu"

Kedua² sifat yang perlu ada pada peribadi Muslim itu tercatat didalam Buku Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna.

Ya benar. Kita orang² Muda tidak "perfect" dalam menguruskan kehidupan dan menguruskan waktu. Namun, kita jangan jemu untuk berusaha dan Berusaha untuk belajar mentarbiyah diri kita tentang aspek Pengurusan waktu & kehidupan.

Jangan berputus asa untuk mentarbiyah diri kita supaya menjadi lebih baik.

Kata Abam Blogger:
"Sempurnakanlah diri kita bagi melengkapkan tugas menyempurnakan diri orang lain"

Akhirnya, Penulis mengajak para pembaca untuk sama² menghayati firman Allah swt didalam Surah Al-'Asr ayat 1 hingga 3,yang berbicara mengenai Demi Masa. Maksudnya:

"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar."

Wallahu'alam
__________________________

#Pesanan buat diri penulis khususnya
#seorang Muslim tiada istilah bosannya hidup.
#Jangan putus asa untuk mengubah sifat peribadi kepada yang lebih baik
#kipidap #dongibap #dodabes

C/P:
(http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Saturday, 26 December 2015

Seorang Muslim Haruslah Mampu Berdikari

Alhamdulillah Penulis diberi peluang untuk membeli sebuah Ebook Panduan Bisnes Mesin air Peruncitan automatik yang berharga RM19.00.

Dengan ebook ini dapatlah menjadi panduan kepada penulis untuk menguruskan sebuah Mesin air yang dimiliki beberapa bulan yang lalu. Walaupun sales masih sederhana, mudahan-mudahan dengan panduan ebook tersebut, dapat memberi suatu ilmu untuk penulis praktikkan kedalam perniagaan yang baru diceburi tidak lebih daripada 5 bulan yang lalu.

"Qadiran 'Ala Kasbi"

Imam Hassan al-Banna menyatakan tentang 10 Muwasafat Tarbiyah atau 10 Peribadi Yang perlu ada pada seorang Muslim yang antaranya adalah "Qadiran 'Ala Kasbi" iaitu Mampu Berdikari.

Seorang Muslim seboleh-bolehnya haruslah berusaha dengan usaha tenaga dan fikirannya terlebih dahulu, dengan tidak mengharapkan simpati, ihsan, bantuan, meminta² dan sebagainya.

Seorang Muslim harus belajar untuk Berdikari dan mampu berdiri sendiri serta mampu mengharungi rintangan-rintangan ujian dengan tabah, sabar dan bijaksana.

#Bersyukurkah menjadi seorang Muslim
#Semua perkara yang susah akan dipermudahkan apabila Muslim sentiasa positif kepada Allah swt

(C/P: http:/jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Nak Pilih Jamaah Apa?

Nak Pilih Jemaah apa?

Isu perbezaan Jemaah,

isu banyaknya Jemaah,

isu wujudkan Jemaah baru sedangkan Jemaah sedia ada masih ada,
dan isu-isu yang berkaitan dengannya amat-amat ramai orang pening,
salah faham,
tak faham dan akhirnya (akibat tak faham isu ni sebaiknya),
timbullah perpecahan,
rasa tak puas hati pada Jemaah lain, benci Jemaah lain dan yang sama waktu dengannya.

Isu ni sangat hangat.

Ramai di kalangan kita sering bertelagah kerana kita tak faham isu ni sebaiknya.

Bila tak faham isu ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan Jemaah lain dengan pelbagai persangkaan yang buruk.

Hatta benda baik yang Jemaah tu buat, still di anggap buruk.

Syeikh, mana boleh macam tu syeikh...Comel sangat tu syeikh.

Sometimes, isu ni menyebabkan ukhwah yang ada hancur, ikatan yang terbina terputus begitu sahaja.

Hidup kita takkan aman, rasa macam ada benda tak kena, stress memanjang, dada sempit, dengki dan benci membuak-buak dan lain-lain.

Atas faktor ni lah, saya terdetik untuk hurai sikit bab-bab beza Jemaah ni.

“Nak pilih Jemaah apa?”
“ Nak ikut Jemaah mana? “
“Kenapa banyak sangat Jemaah ni?”
“ Apa beza Jemaah ni dengan Jemaah tu? “
“Kenapa tak gabung je semua?”
“Argh!!
Malas aku nak ikut Jemaah-jemaah ni. Baik aku dakwah sorang-sorang.
Settle!”

Anyway, saya akan hurai secara santai tentang benda ni insyallah.

Ada beberapa benda penting yang saya nak ketengahkan supaya semua faham, dapat point dan tak pening.
Rilek sudah.

1)Kefahaman asas dalam kepelbagaian Jemaah.
2)Kenapa kena berjemaah?
3)Tugas kita

Moga entri kali ni membuahkan manfaat yang sangat banyak insyallah!

KEFAHAMAN ASAS DALAM KEPELBAGAIAN JEMAAH

Firstly, saya nak nyatakan bahawasanya, kepelbagaian Jemaah adalah satu kebiasaan pada zaman kini.
Tiada istilah:

”Hanya satu Jemaah sahaja yang perlu wujud. Jemaah lain perlu di hapuskan!”

“Jemaah A dah ada, buat apa nak buat Jemaah B. Lagi memecahkan umat!”

“Jemaah yang awal adalah Jemaah yang paling betul. Kena ikut yang awal!” Dan lain-lain.

Saya tak pasti dari siapa pemikiran yang begini, yang pasti, saya pernah dengar ada orang sebut benda-benda di atas samada di alam reality atau alam maya. Dan yang paling pasti ialah, pemikiran begini ialah SALAH.

Untuk itu, ada beberapa benda ASAS yang perlu kita sama-sama fahami dalam isu kepelbagaian Jemaah ni.

Jom kita suruti satu-satu.

1)”Dakwah dan tarbiah adalah USUL, manakala Jemaah adalah furu’.
” Sudut pertama, benda ni kita kena jelas. Kalau tak jelas benda ni, komfem kita akan hancur, kita akan terabur dan kucar-kacir.

Saya akan hurai satu persatu. DAKWAH DAN TARBIAH ADALAH USUL. Usul adalah benda asas, benda yang perlu di utamakan, benda yang perlu di tekankan, benda yang tidak perlu di pertikaikan,benda yang semua perlu sepakat, benda yang perlu di kejar,di cari dan di fahami oleh semua orang. Itulah USUL.

Dalam dalam isu ini, DAKWAH DAN TARBIAH adalah usul! Dakwah dan tarbiah lah yang kita semua kena cari. Kalau kita nak cari Jemaah, carilah Jemaah yang betul-betul dapat menjaga dakwah dan tarbiah kita, carilah Jemaah yang JELAS halatuju dakwah dan tarbiahnya, dan bila kita pilih Jemaah tersebut, jadilah orang yang “outstanding” dalam dakwah dan tarbiah.

Tapi masalahnya sekarang, kita tak fikirkan dakwah dan tarbiah kita. Ada di kalangan kita yang jahiliah masih banyak dalam diri, tengok movie macam apa, lagu lagho tu memang hiburan harian, tengok drama-drama korea/jepun, solat Jemaah tunggang langgang, qiam jarang buat, quran tak terjaga, buku sirah satu pun tak habis baca, apatah buku-buku fikrah yang lain, lepas tu sibuk mengutuk Jemaah lain, sibuk menghentam Jemaah lain, dan sibuk fikir “Jemaah apa yang aku kena ikut”.

Akhirnya, bila tarbiah dan dakwah kita lemah dan kita tak jadikan benda asas dalam diri kita, akhirnya bila kita nak pilih Jemaah, kita akan pilih bukan berasaskan “dakwah dan tarbiah” yang ada pada Jemaah tersebut.

Mungkin kita pilih sesuatu Jemaah itu atas dasar sentiment, ikut kawan, tak mengkaji dan lain-lain. Dari sudut yang kedua pula,bila kita dah pilih satu Jemaah untuk kita beramal di dalamnya, maka apa yang perlu kita utamakan ialah DAKWAH dan TARBIAH! Isu Jemaah sepatutnya tak timbul.

“Apala mamat tu,ikut Jemaah A. Pelik gila” “Kenapa kau ikut Jemaah B?”

Dari sibuk cakap macam tu,saya saran, ubah persembangan kita jadi: “Eh,macamana dakwah kita?Mad’u anta macamana?”
“Macamana amal fardi anta akhi? Qiam tak pagi tadi? “Syeikh, jangan lupa baca bahan usrah syeikh. Kalau tak, macamana kita nak faham fikrah?”

Akhirnya, orang yang jadikan “Jemaah sebagai usul dan dakwah serta tarbiah adalah furu’",

maka terhasillah peribadi yang suka kutuk Jemaah lain, pada masa yang sama dirinya sendiri kosong, lemah, jahiliah banyak, dakwah macam apa, dan lain-lain. Ingat, dari sibuk fikirkan tentang Jemaah apa yang perlu anda pilih, fikirkan dulu
“bagaimana dakwah dan tarbiah aku?!” Insyallah anda akhirnya akan menjadi tokoh dakwah dan tarbiah tak kira dalam Jemaah mana pun anda beramal.

2.”Isu perbezaan Jemaah adalah sama seperti isu perbezaan mazhab
Prinsip ini kita kena faham. Ada orang tak faham benda ni lantas keluarkan satu perumpamaan pelik untuk membenarkan kesalahannya. Orang tu kata:

“Kalau satu masjid tu rosak, kita perlu baiki masjid tu, cantikkan masjid tu, buat gotong-royong untuk baiki masjid tu sama-sama! Samalah macam Jemaah. Kalau satu Jemaah tu rosak, kita kena baiki Jemaah tu, cantikkan Jemaah tu. Bukan buat Jemaah baru!”

Saya jawab simple:
”Habis, kira banyak masjid kat dunia ni tak boleh la? Kena ada satu masjid je?
Fuhh. Susah la kalau yang duduk jauh nak datang, atau ada yang tak selesa dengan masjid tu atas beberapa factor, dan lain-lain…”

Pertama,
jangan qiaskan isu Jemaah ni dengan masjid. Nak buat perumpamaan pun kenala cerdik sikit syeikh.

Qias yang paling dekat tentang isu Jemaah ni ialah isu mazhab. Begitulah yang Alqardhawi hurai pasal benda ni. Seperti mana kita tak boleh paksa orang lain ikut mazhab kita, seperti itu kita tak boleh paksa orang lain ikut Jemaah kita.

Seperti mana mak ayah tak boleh paksa anaknya untuk ikut mazhab mereka, seperti itu mak ayah mereka tak boleh paksa anak mereka ikut Jemaah mereka.

Kita tak boleh anggap Jemaah lain tu sebagai Jemaah yang tak layak wujud. Kenapa mazhab maliki, syafie dan hanbali perlu ada walaupun telah wujud mazhab hanafi?

Kenapa kerajaan abasiyah perlu ada sedangkan kerajaan umayah telah ada?(rujuk sirah bagaimana umayah di gantikan dengan abasiyah).

Kenapa ikhwan muslimin perlu di wujudkan sedangkan telah ada Jemaah syubbanul muslimin?

Kerana masing-masing mengkaji, masing-masing usaha untuk memahami dakwah dan tarbiah, manhaj dan fikrah, dengan berbekalkan quran dan sunnah,para ulama berijtihad.

Ketika Albanna bersama syubbanul muslimin, dan akhirnya beliau memutuskan untuk tubuhkan ikhwah,

apabila di Tanya mengapa,
beliau menjawab:

“Kerana aku yakin dengan apa yang aku faham, sebab itu aku tubuhkan ikhwan muslimin”.

Kerana itu, kepelbagaian Jemaah itu tidak ada masalah. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza, kefahaman yang berbeza, juhud yang berbeza, kerana itulah Allah kurniakan mereka kefahaman agama yang berbeza, dan ijtihad yang berbeza. Faham?

3)”Khilaf Itu Rahmat”
Ini adalah suatu hakikat yang semua orang kena faham. Bukankah perbezaan pendapat itu rahmat?
Saya selalu terfikir,

kalau tak ada Jemaah PAS, bagaimana orang-orang yang Allah bagi hidayah melalui PAS akan wujud?

Kalau tiada ISMA, bagaimana orang-orang yang berubah dengan asbab ISMA akan wujud?

Kalau tiada IKRAM, bagaimana orang yang mula kenal islam melalui IKRAM akan wujud?

Kalau tiada Tabligh, bagaimana orang-orang yang mula merasakan kepentingan agama akan wujud?

Dan lain-lain.

Ada orang tak boleh terima cara A, ada yang boleh terima cara B.

Ada pula orang yang selesa dengan cara C.

Saya syukur ada banyak Jemaah!

Semuanya matlamat sama iaitu ingin mencapai uztaziatul Alam,ingin tinggikan kalimah Allah dan hapuskan kebatilan.

Mungkin cara berbeza. Cuma, ayat “khilaf itu rahmah” ni tak boleh di salah gunakan. Ia tidaklah bermakna kita tak boleh menegur kesalahan Jemaah lain atas alasan khilaf tu rahmah.

Menegur itu satu kewajipan. Masing-masing perlu gunakan hujah yang terbaik berdasarkan nas-nas syarak yang asli.

Jauhi sentiment.
Barulah kita akan sedar, bahawa luasnya ilmu Allah, kita tidak sempurna dan setiap Jemaah AMAT SALING MEMERLUKAN. *****

KENAPA KENA BERJEMAAH?

Timbul persoalan ni. Bila banyak sangat Jemaah ni, ada orang yang pening dan akhirnya dia buat kesimpulan:
”Aku tak nak ikut mana-mana Jemaah”.

Fikrah dan cara fikir sebegini amat salah syeikh. Serius salah, walaupun Nampak macam playsafe, tapi serius tak safe. Berjemaah itu wajib. Kenapa wajib? Ilmu mantiq simplenya macam ni.

“Tegakkan islam itu wajib. Nak tegakkan islam perlukan dakwah secara berjemaah, tak boleh sorang-sorang. Dakwah secara berjemaah itu wajib.” (Buruk gila mantiq ni. Haha)

Atau kaedah fiqh nya:
"Perkara yang wajib,apa-apa perkara yang di perlukan untuk melakukannya juga akan jadi wajib.."

Contoh simple, solat wajib. Nak solat kena ambil wudhuk,maka ambil wudhuk pun wajib. Dalam isu ni, nak tegakkan islam wajib. Nak tegakkan islam tak boleh sorang-sorang, kena berjemaah,maka berjemaah tu pun wajib!

Mana mampu kita nak tegakkan islam sorang-sorang syeikh. Bila kita futur, siapa nak bantu, kalau kita sakit, siapa nak teruskan dakwah kita. Mustahil islam akan tertegak dengan usaha individu. Islam akan tertegak dengan usaha JEMAAH! Pertolongan Allah adalah bersama Jemaah.

Maybe kita rasa tak selesa nak ikut Jemaah. Ye lah, asyik kena ikut orang atas, kita tak boleh buat ikut kepala sendiri dan sebagainya. Tapi itulah islam, itulah pengorbanan, itulah dakwah. Rendahkan ego, carilah Jemaah untuk anda beramal.
*****

TUGAS KITA?

Part ni paling penting. Dan part ni paaaaaling saya nak tekankan. Ramai datang dan Tanya saya:
“kita nak ikut Jemaah mana?Jemaah ni betul tak?jemaah tu ok tak?bla bla bla…”

Sebelum kita sibuk fikir nak pilih Jemaah apa, saya nak kemukakan beberapa soalan:

1)Pernahkan kita menghabiskan baca buku sirah?
Kalau tak pernah, macamana kita nak tahu Jemaah yang kita ikut itu benar dan sama seperti arrasul?

Bagaimana kita nak tahu Jemaah kita itu perjuangannya sama seprti arrasul andai sirah rasul sendiri kita tak pernah baca? Sibuk kutuk-kutuk Jemaah lain, sibuk kata Jemaah dia yang paling benar dan paling dekat dengan nabi, tapi sirah arrasul sendiri kita tak baca, tak kaji, tak hadam. Bacala.

Banyak buku sirah. “Raheeq Makhtum” oleh Mubarak furi, “Durus wa ibar” oleh Mustafa sibaei, “Fiqh Sirah” oleh albuti dan Muhammad alghazali, dan banyak lagi.

Sebelum pilih Jemaah, kaji sirah Arrasul!

2)Jangan dengar tentang Jemaah lain dari yang bukan empunya Jemaah sebagai kayu ukur.
Kita sembang dengan pelbagai pihak, Tanya pendapat, kaji fikrahnya,kaji tarbiah dan dakwahnya, fahami prinsipnya, kenali ahlinya, fahami kalam pimpinannya.

Nak tahu pasal tentang satu Jemaah, Tanya empunya Jemaah, Tanya puas-puas segala kekeliruan dan syubhat yang kita dengar dari pihak lain.
*****

Akhirnya, bagi saya, bila kita telah kaji, bila kita sudah istikharah dan berbincang, maka tawakkal alallah, jalan!

Beramallah sungguh-sungguh dengan Jemaah yang anda telah pilih!

نعم أجرالعاملين

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-
(C/P: Tarbiyahsentap.com)

Panduan Buat Penuntut Ilmu

Panduan Buat Penuntut Ilmu

Http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Friday, 25 December 2015

"SALAFI" & "ASWAJA". Sampai bila sikap kita harus ditakuk yang lama???

"SALAFI" & "ASWAJA". Sampai bila sikap kita harus ditakuk yang lama???
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡
Al-Ĥujurāt:10 - "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

Isu pertembungan dua golongan ini tidak kunjung habis sejak dahulu lagi. Jadi bagaimana kita generasi baru ini berusaha untuk menyelesaikan pertembungan ini supaya Umat Islam dapat berharmoni bersama di atas nama jalan Dakwah & kemanfaatan ummah.

Jika anda seorang SALAFI atau seorang ASWAJA, kita perlu ada mentaliti untuk,
Bagaimana cara kita untuk menghadapi dengan hikmah golongan SALAFI/ ASWAJA itu. Mereka ujian buat kita. Dan kita ujian buat mereka.

Dan,
Buat sahabat SALAFI,
Fahami mengapa ASWAJA tidak menyukai SALAFI sebenar-sebenarnya. Bukan hanya memahami dari sudut luaran. Kita perlu berada bersahabat dengan mereka untuk memahami perasaan mereka.

Dan,
Buat sahabat ASWAJA,
Fahami mengapa SALAFI tidak menyukai ASWAJA. Bukan hanya memahami dari sudut luaran. Kita perlu berada bersahabat dengan mereka untuk memahami perasaan mereka.

Kalau ada individu dalam SALAFI & ASWAJA yang menyedari kewajipan menyelesaikan isu pertembungan dua golongan ini, mari kita cuba mendakwah kenalan² kita dengan tenang, senyum, memperjelaskan kepada mereka step by step dan sebagainya. Yang penting mereka juga saudara kita. Kita juga saudara mereka. Yang penting dalam dakwah, kita memahami seseorang itu, dan untuk memahami, kita perlu rapat dengannya.

ASWAJA perlukan SALAFI. SALAFI perlukan ASWAJA. Sehingga kini, Tiada fatwa Kebangsaan menyatakan antara kedua² golongan ini sesat. Melainkan sepakat mengatakan SYIAH yang terpesong daripada ahli sunnah.

ASWAHA perlu bersama dgn golongan² SALAFI & cuba memahami apa yang mereka perjuangkan, mereka ini adakah sama sahaja semuanya, kenapa mereka suka sentuh bab khilaf, benarkah semua mereka itu suka hina ulama & benarkah mereka begitu begini dan bla bla.......

Dan, SALAFI juga perlu bersama dengan ASWAJA & cuba memahami apa yang mereka perjuangkan, mereka ini adakah sama sahaja semuanya, kenapa mereka menentang SALAFI, benarkah mereka begitu, begini dan bla bla...

Semoga SALAFI atau ASWAJA cuba berusaha meredakan ketegangan dengan harapan dapat mengambil ibrah sesuatu dalam isu pertembungan SALAFI vs ASWAJA yang tidak kunjung habis dari dulu hingga kini.

Mungkin suatu hari nanti ASWAJA & SALAFI dapat duduk bersama berlapang dada untuk membincangkan hal² berkaitan dakwah kepada non Muslim, belia² yg lalai, kebajikan orang gelandangan, kebajikan umat serta isu² di Syria, gaza dan sebagainya.

Anologi bagi meredakan sesuatu pertembungan adalah begini.

Api bertemu dengan api, sudah pasti api akan bertambah marak & sesuatu isu itu akan bertambah susah untuk diselesaikan.

Api lawan air, perlahan² api dapat dipadamkan & sesuatu pertembungan dapat reda.

Samaada air itu perlu dimiliki oleh SALAFI amat bagus, iaitu sebagai tanda berlapang dada dengan golongan ASWAJA.

Atau,
Samaada air itu perlu dimiliki oleh ASWAJA  juga amat bagus, iaitu sebagai tanda berlapang dada dengan golongan SALAFI.

Atau, amatlah bagus sekali jika SALAFI & ASWAJA ada sifat air itu untuk kita saling berlapang dada untuk mengekalkan keharmonian umat & masyarakat Islam di Malaysia.
★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

An-Naĥl:125 - "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

'Āli `Imrān:110 - "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."

Al-'Anbyā':107 - "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Al-Qalam:4 - "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."

Al-'Aĥzāb:21 - "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Al-Kahf:30 - Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

Al-Kahf:104 - (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Al-Kahf:107 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
★♡★♡✩♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡

#Dakwah dengan hikmah

Akhirnya, kami meminta ribuan kemaafan jika mengguris hati sahabat² SALAFI atau ASWAJA. Niat kami bukan untuk menghina anda. Mungkin anda seorang Ustaz/ Ustazah. Kami bukanlah ditahap itu lagi. Dan posting ini tidaklah lengkap dan ilmiah sangat. Apa yang kamu ketengahkan dalam posting ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman kami dengan niat untuk melihat keharmonian masyarakat Islam di Malaysia dalam beragama.
★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩★✩

Terima Kasih kerana membaca. :)
Wallahualam.

(CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.my/?m=1)

kita mana boleh kahwin!anti ikut jemaah lain,ana ikut jemaah lain???

FIKRAH KITA BERBEZA?

‘’Ana tengok anta ni masih tak dapat bagi komitmen 100% kepada fikrah yang kita pegang’’

‘’Fikrah aku dengan ko berbeza,kita mana boleh bekerjasama’’

‘’Fikrah aku lebih baik dari fikrah ko!’’

‘’Kita mana boleh kahwin,ana ikut jemaah lain,anti ikut jemaah lain’’

    Di atas adalah ungkapan-ungkapan yang sering digunakan.Ungkapan yang pada pendapat aku perlu diperbetulkan kerana lebih menjerumuskan ke arah perpecahan dan bukannya kea rah kesatuan.’’Perbezaan fikrah’’ yang sering diperdebatkan bukanlah disebabkan oleh ‘’perbezaan fikrah Islamiah’’ tetapi disebabkan oleh oleh ‘’perbezaan fikrah jemaah’’.’’Perbezaan fikrah jemaah’’ tersebut hanyalah disebabkan oleh ‘’sedikit perbezaan dalam cara kerja(cara berdakwah)”.

    Sudah menjadi kebiasaan juga,yang sering membangkitkan perkara tersebut kebiasaannya hanyalah ‘’pihak-pihak bawahan’’ dan bukannya ‘’orang-orang atasan’’ jemaah-jemaah tersebut.Kelakuan orang-orang  bawahan tersebutlah yang sering memeningkan pihak atasan. J

BUKAN SEBAB PERPECAHAN

  Sedikit perbezaan dalam cara kerja tidak perlulah dilihat sebagai satu sebab yang membawa kepadaperpecahan.Namun jadikan sedikit perbezaan ini sebagai satu rahmat yang mampu menutupi dan melengkapi kelemahan yang ada.Saling melengkapi di antara satu sama lain.

  Tidak perlulah menjatuhkan,memburukkan atau terus-terusan memperbesarkan perkara-perkaratersebut.Tidak perlulah menyebarkan kelemahan-kelemahan pihak lain dan teruslah memantapkan strategi serta memperkasakan tenaga kerja yang sedia ada.

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

 Perjuangan  Islam pada  hari  ini merupakan warisan perjuangan  dari  Rasulullah  SAW.  Semasa  hayatnya, baginda telah melaksanakan  tugas  perjuangan  dengan  penuh tabah dan ketaqwaan.  Apa yang  diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini. 

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah

b. Syumuliyyah

c. Inqilabiyyah

d. ‘Alamiyyah

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas

b) Bergerak Mengikut Kemampuan

c) Melaksanakan Hazar (Waspada)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at

     Apa yang aku gariskan di atas hanyalah rangka ringkas tanpa huraian yang panjang lebar.Bagimengetahui huraian yang lebih lanjut,perkara tersebut bolehlah dicari dan dirujuk dengan inisiatif sendiri.

      Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

BERLAINAN JEMAAH?

  Berlainan jemaah bukanlah satu sebab yang perlu digunakan bagi mencetuskan perpecahan.Jadikan perkara tersebut sebagai satu rahmat yang melengkapi kekurangan yangada.Tidak perlulah bermasam muka,tuduh menuduh dan berebut mad’u  yang seterusnya akan hanya menyumbang kepada perpecahan.

(CnP:
https://faizalnorhalim.wordpress.com/2008/12/27/ki/
 

Mereka yang bukan ahli jamaahku...

Mereka Yang Bukan Ahli Partimu/ Jamaahmu/ Pertubuhanmu/ Kelabmu adalah saudaramu dalam iman(sesama muslim) atau juga saudaramu dalam kemanusiaan(dengan non Muslim).

#Assalamualaikumdunia
#weareallmalaysian
#weareallmuslimbrotherhood
#fikrahmerentasijamaah
#ummahcentricVSjamaahcentric
#feel sorry & humble from jejakfikrahmuslim.com

CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Wednesday, 23 December 2015

Muslim juga perlu kuat Tubuh Badan.

10 Muwasafat tarbiyah atau sifat² yang perlu ada pada seorang Muslim yang digariskan Imam Hassan al-Banna, antaranya adalah:
"Qowiy Al-Jism" iaitu Kuat tubuh badan.

Seorang Muslim sepatutnya bukan hanya memandang soal ibadat hanya sepenuhnya pada menuntut ilmu & beribadah sunat sepenuh masa sehingga mengabaikan tuntutan² yang lain termasuk tuntutan sihat tubuh badan.

Seorang Muslim juga bukan hanya menghabiskan masa kosong dengna mengeluh, termenung & memencilkan diri dek kerana ada beribu masalah hidup, beribu tanggungjawab tugasan yang dibebani, beribu bebanan kesibukan pekerjaan dan beribu tugasan assignment buat mahasiswa.

Seorang Muslim juga harus memperuntukan masanya kepada beberapa tempoh untuk beriadah untuk menguatkan jasadnya, agar dapat kesihatan mental & fizikal yang baik

Namun, seorang Muslim yang bijak juga bukan hanya menumpukan sepenuh masa pada aspek riadah atau menguatkan tubuh badan fizikal semata² sehingga mengabaikan tuntutan² fardhu yang disuruh Allah swt serta mengabaikan usaha menguatkan aspek kerohanian dalam diri.

Oleh itu, seorang Muslim haruslah berusaha serta berusaha seimbangkan urusan akhirat dan dunianya.

Manakala, Seorang muslim yang terlibat dalam kerja Dakwah juga harus mempunyai tubuh badan yang kuat selain ilmu, akidah dan akhlak yang mantap. Seperti mana 10 sifat tarbiyah yang diperkatakan oleh Imam Al-Banna

Tambahan pula, Jika diniatkan aktiviti riadah kerana Allah swt, kerana inginkan tubuh badan yang sihat agar dapat meneruskan kelangsungan ibadah fardhu dengan jayanya kepada  Allah , untuk kuat badan agar dapat teruskan kerja² dakwah yang berat serta mencabar dan sebagainya. Insyaallah mudah-mudahan Allah menganjari pahala atas usaha riadah tersebut.

Wallahualam.

( CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com/)

Tuesday, 22 December 2015

Rasulullah saw "Presiden Agung" Kita Semua

Nabi Muhammad saw adalah "Presiden Agung" dan pengasas pertama bagi Gerakan Dakwah Islamiah Yang Rahmatan lil A'lamin serta syumul.


Dibawah baginda saw lah sepatutnya semua penggerak Dakwah bersatu Mengenepikan soal kepentingan dan perbezaan Pertubuhan, Organisasi, Parti atau Jamaah, untuk membawa agenda utama dan agenda dasar yang diperkenalkan Baginda saw yang perlu menjadi titik persamaan dan titik pertemuan antara kesemua Pertubuhan² Islam.


Tidak perlu menyempitkan gerak kerja Dakwah kita dengan slogan "aku ahli jamaah ini" "dia ahli jamaah lain" "Hanya Jamaah aku yang betul" "Dia tak ikut Jamaah kita" "Jamaah dia tak betul" "bla bla bla......."


Pertubuhan² yang ada hari ini hanyalah sebagai alat untuk mencapai objektif dasar yang dibawa "Presiden Agung" kita, bukannya Pertubuhan² yang ada itu sebagai alat yang menyempitkan, memperbalahkan, mengasobiahkan atau sebagainya yang mana tidak selari dengan mesej diutuskan Rasulullah saw sebagai Rahmahtan Lil 'Alamin.


#Utamakan Persamaan, Kurangkan slogan Perbezaan

#Utamakan kerjasama harmoni, kurangkan pertembungan & perbalahan.

#Fikrah merentasi sempadan

#Ummah centric VS Jamaah centric

#Prophet Muhammad saw for all

#Prophet Muhammad Rahmatan lil 'Alamin

#Feel sorry & humble from blogger jejakfikrahmuslim.com


Wallahualam. 


(CnP: http://jejakfikrahmuslim.blogspot.com/ )