Monday, 19 December 2016

Kita Berhujah Dengan Orang Untuk Menang Apa?

Kita Berhujah Dengan Orang Untuk Menang Apa?

Dalam berdebat dan berhujah dengan orang.
Adakah kita rasa seronok dan gembira tengok orang lain kalah berhujah dengan kita? 


Apakah tanda-tanda itu. Check semula hati & niat sebenar berhujah. Tepuk dada, refleksi diri tanpa lihat orang lain.

Nak jatuhkan orang atau membimbing lawan kepada keadilan dan kebenaran?

Mungkin kita boleh menang hujah sebab banyaknya ilmu dan hebatnya skill hujah kita, tapi kita gagal memenangi hati lawan kita.

#SelfReminder *Nasihat utk orang² politik, pakar debat, ahli mana² Jemaah Islam n seumpamanya.

http://jejak-khaira-ummah.blogspot.com/

Sunday, 18 December 2016

SAMPAI BILA YE?

SAMPAI BILA YE?

"Tak dapat kawal Emosi dalam mendepani sesuatu isu, perkara, permasalahan atau sesebuah kumpulan tidak sealiran dengannya akan menyebabkan umat Islam menjadi ghuluw"

GHULUW/ MELAMPAU

»»»Dari situ akan timbul sikap kita:-
-Maki hamun
-Fitnah
-Sindir menyindir
-Ejek mengejek
-Caci maki
-Kutuk mengutuk
-Label melabel
-Jatuh menjatuhkan
-Musuh memusuhi
-Gaduh
-Membunuh peribadi individu
-Putus saudara
-Bunuh membunuh
-Perang sehingga 7 keturunan

#SelfReminder

*Nasihat utk ahli mana² parti Politik, ahli mana² Jamaah Pertubuhan Islam, ahli mana² aliran fikrah atau yang seumpamanya.

»»Masyarakat beragama yang hidup harmoni

Saturday, 17 December 2016

BANYAK PLAN GAGAL DALAM HIDUP? Tapi, Muslim tak akan...

Hari tu 100% dah putus asa sebab fikir tak mampu dan ramai tak syorkan. Tapi, Alhamdulillah. Hari ni, kira2 balik. RM2000 lagi. Insyaallah. Jadi tak jadi. Wallahualam. Usaha, harap & tawakal je. Rezeki ada dimana2 shja.

Jangan jemu merancang masa depan, walaupun pelbagai plan2 yang kita rancang sebelum ini semuanya gagal. 

Putus asa dengan kegagalan adalah kegagalan yang sebenar-benarnya. Apabila kita tak jemu, insyaallah akan ada pelbagai jalan terhampar di depan mata kita. Yang utama luruskan niat dan tujuan.

Jika abjad huruf ada A sampai Z. Maknanya, kalau dalam merancang kehidupan kita gagal Plan A, B, C, D, jangan putus asa, masih ada Plan sampai Z. Tak semudah A B C seorang Muslim akan putus asa.

#talkToMyself

Friday, 16 December 2016

Siapakah Pendakwah?

DR MAZA Pentas Akhir PU : Siapakah Pendakwah ?

Jika memilih jalan untuk menjadi pendakwah selebriti, berhati-hatilah wahai diri, dunia lensa ini terlalu mengelirukan, kepadamu Tuhan kupohon kekuatan.

"Apakah sebenarnya dakwah ? Dakwah bukanlah seorang pelakon yang menghafal dialog-dialog dan kemudian diungkapkan tanpa dirinya sendiri memahaminya atau beriman dengannya.

Dakwah bukanlah penyanyi yang menghafal lirik yang menunggu sorak dan tepukan orang bawahan sedangkan dirinya sendiri tidak mampu melihat hakikat sebenar dari apa yang diungkapkannya.

Dakwah adalah kerja para Nabi. Ketika Allah membebankan dakwah ini ke pundak para anbiya, mereka menanggungnya dengan berat.

Dakwah tidak dihamparkan dengan permaidani merah, untuk menerima habuan yang lebih, untuk menjadi terkenal dan masyhur kerana dakwah. Para anbiya telah melaluinya dengan penuh keperitan.

Ramai menyangka dakwah ini suatu kesempatan sedangkan para anbiya melaluinya dengan penuh keberatan. Mereka menangis di atas jalan dakwah ini, mereka tersenyum kerananya, tidur bangun kerananya, fikir mereka kerana dakwah.

Dakwah bukanlah kerja sambilan yang dilakukan untuk mendapatkan kemasyhuran atau wang tambahan yang membolehkan mereka mengumpulkan harta dunia.

Di Akhirat kelak ada Nabi dengan seorang pengikut. Ada Nabi yang ada dua orang sahaja pengikut. Ada Nabi bersama sekumpulan pengikut. Ada Nabi yang tiada seorang pun pengikut. Demikian mereka menanggung dakwah tidak seperti yang kita andaikan.

Adakah kerja pendakwah di pentas, merebut kemasyhuran ? Ilmu ini sesungguhnya dibawa oleh orang-orang yang amanah. Kerja mereka bukanlah membuat lawak kepada orang ramai, membuatkan orang tersenyum dan bersorak sarai.

Sesungguhnya kerja mereka adalah membersihkan ilmu dari golongan-golongan pelampau dan bersemangat agama lalu menokok nambah dalam beragama lebih dari yang sepatutnya dan takwilan orang-orang yang jahil.

Para pendakwah, janganlah jadikan pentas dakwah sebagai tempat merebut populariti atau merebut kesempatan harta dunia. Dakwah adalah kerja Nabi dan kita menyambungnya dengan penuh ikhlas kerana Allah."

Dr MAZA, Pencetus Ummah (Akhir), 8 Disember 2016

Ratusan Dekan Hanya Apa?

RATUSAN DEKAN HANYA APA?

→Ratusan Keputusan bukanlah Rampasan,
→Bukan merampas segala kebahagiaan insan,
→Ratusan Itu Hanya Pemberian Ihsan,
→Ratusan Keputusan dekan Semuanya Sekadar Cebisan-Cebisan Ihsan.

*Ihsan Ilahi tiada ternilai pada setingginya nikmat insan,
*Sekadar insan bernafas juga adalah ihsan,
*Cukuplah insan mengucap syukur kepada Ilahi atas segala pemberian ihsan.

Thursday, 15 December 2016

TIDAK SELAMANYA, SEMUA SEGALANYA


»»»TIDAK SELAMANYA, SEMUA SEGALANYA««« 

→Yang Hebat Tidak Selamanya Hebat

→Yang Kaya Tidak Selamanya Kaya

→Yang Kuat Tidak Selamanya Kuat

→Yang Muda Tidak Selamanya Muda

→Yang Tua Tidak Selamanya Tua

→Yang Hidup Tidak Selamanya Hidup 

→Yang Pasti Semuanya Mati

→Yang Ditakuti Akhirnya Pasti

→Yang Ditepati Akhirnya Disakiti

→Yang Mesti Semuanya Perlu Bererti

→Yang Terbukti Meninggi Disumbang Bakti

→Yang Dihajati Bukan Semuanya Gerenti

→Yang Tak Didapati Kan Tuhan Bagi Diganti

→Yang Sebesar Empayar Dinasti Tak Kan Terlawan Kuasa-NYA Pemilik Bima Sakti

→Yang Nanti Semuanya Kan Berhenti...

→Ya. Aku, Kau, Kita Serupa.

→Kerna Yang Zahir Semuanya Kan Berakhir...

#HidupBiarBererti

#YangBerertiDibalasBakti

#YangMahaKuasaTidakDilupaDiganti

#BalasanAkhiratItuSudahPastiDinanti


Tuesday, 13 December 2016

KEHIDUPAN ARAH PENCARIAN

KEHIDUPAN ARAH PENCARIAN

Jangan harapkan jawapan, hujah dan hasil yang hebat, kerana yang ada semuanya masih bayangan persoalan, pencarian dan kajian. Tiada yang hebat mampu dilontarkan, melainkan hanya sedikit travelog perkongsian.

#LautanBayangan
#MendungKelelahan
#AnginKerehatan
#LangitHarapan
#CahayaPegangan
#TerbangTunduk

MEREKALAH BILAKAN TIBA...

-MEREKALAH BILAKAN TIBA...-

»Peluru membasahi hujannya mereka,
»Bom memekik guruhnya mereka,
»Api menerik mataharinya mereka,
»Seksa mengikat tangannya mereka,
»Asap memenuh perutnya mereka,
»Darah membadai banjirnya mereka,
»Mati menyekat tangisnya mereka,
»Lidah mengering bisunya mereka,
»Mata memandang cakapnya mereka,
»Facebook menyampai sedihnya mereka,
»Pemimpin dunia menyeyak tidurnya mereka,
»Dunia membisu tawanya alpa,
»Mereka menunggu bunganya aman bilakan tiba...

MEREKALAH RAKYAT SYRIA

#StandWithAleppo
#SaveSyrian
#StopKilling
#SaveChildren

Saturday, 10 December 2016

Pemuda

Ada sesetengah pemuda berpendapat, pejuangan Islam adalah sekadar pada pakaian sahaja. Bukan hendak menidakkan sunnah berpakaian, tetapi pejuangan Islam bukan sekadar itu. Perjuangan Islam bukan diukur pada panjangnya serban, atau putihnya jubah sahaja. Bukan! atau labuh tudung yang melitup tubuh, dihiasi pula dengan purdah! Bukan! Bukan sekadar itu! Apa gunanya tampak alim, tampak lebih beragama, tetapi dari sudut fikrah, kosong! Langsung tidak diisi rencana-rencana penambahbaikan untuk ummah ini! Bila berbicara tentang ummah? Ataupun permasalahan menimpa ummah ini? Langsung tidak kisah, atau tidak ambil peduli. Adakah ini perjuangan Islam yang sebenar?

Ada sesetengah pemuda berpendapat, perjuangan Islam yang sebenar hanya cukup sekadar duduk menjadi rahib di masjid-masjid. Bukan! Perjuangan Islam juga bukan juga sekadar duduk di masjid, menjadi rahib, beribadah untuk dirinya sendiri tanpa sedikit pun berfikir untuk ummah ini. Bukan juga terlalu larut dengan permasalahan fiqh dan khilaf yang tidak kunjung redha. Label, melabel, kafir mengkafir, dalam isu furu’sedangkan, ummah sedang tenat dan menuntut kita untuk berbuat sesuatu!

Perjuangan Islam juga bukan sekadar pada politik, dan mengenepikan aspek-aspek lain seperti tarbiyah. Tanpa tarbiyah, akhlak akan jadi rosak. Perjuangan politik hanya akan menjadi alat merebut kuasa dan bukannnya sebagai satu wasilah untuk mencapai sasaran yang lebih besar iaitu membina sebuah Tamadun Islam.

Dan, perjuangan Islam bukan juga bukan sekadar pada dakwah sahaja, dan mengenepikan aspek-aspek lain dalam kehidupan, ekonomi, pendidikan, urus tadbir negara, tanggungjawab ke atas keluarga dan sebagainya. Imam Hassan Al Banna menyebut, pejuang Islam yang sebenarnya diseru untuk menjadi pemimpin dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, berkerja dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, ketenteraan, kesihatan dan juga kekayaan. Segala kepakaran mereka ini akhirnya akan disumbangkan kepada pembangunan ummah itu kerana hakikatnya mereka menyedari bahawa hakikat diri mereka itu adalah milik ummah! Tentunya, kepakaran, pangkat dan kekayaan mereka itu sangat-sangat berguna untuk ummah di hari kemudianya.

Justeru, silaplah mereka yang memahami perjuangan Islam ini dalam kerangka yang sempit. Perjuangan Islam bukanlah perjuangan yang mengongkong diri di dalam ruangan ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang menyakini bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan akhiratnya. Tidaklah bermakna, seorang pejuang itu meremehkan aspek-aspek ibadahnya. Dia tetap beribadah dan tidak culas mengerjakan ibadah fardhunya, tetapi pada masa yang sama, tidak melupakan hak ummah ini.

#CnP: Quranicgen.com

Saturday, 26 November 2016

Rendah diri

“Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum”

-Ramlee Awang Murshid-

Sunday, 6 November 2016

Kata-Kata inspirasi Pemuda

*KATA-KATA INSPIRASI SEMPENA FINAL EXAM KUIPSAS*

Selamat Menempuh Minggu Peperiksaan Akhir Semester Buat Rakan-Rakan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Beberapa Inspirasi Untuk Menaikkan Semangat Anda:

*●The Best Never Give Up*
*●Study Smart, Not Study Hard*
*●Kejayaan Bukan Lagi Mimpi, Semua Berhak Mengapainya, Jangan Putus Asa, Teruskan Berusaha dan Bertawakal*
*●Hidup Bukan Sekadar Hidup, Hidup Adalah Untuk Mengukir Sejarah dan Menjadi Yang Terbaik Untuk Manfaat Ummah*
*●Pemuda Adalah Harapan Buat Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah. Ayuh Pemuda, Serlahkan Potensi Anda, Bangunlah Daripada Lena, Belajarlah Daripada Kegagalan, Langkahlah  Ke Hadapan, Dan Ciptalah Kejayaan Sewaktu Muda, Untuk Merubah Masa Hadapan Keluarga, Negara dan Ummah.*
*●Kejayaan Bukan Untuk Ditunggu, Kejayaan Adalah Untuk Di Kejar Dan Digenggam. Andalah Pemilik Genggaman Itu! Majulah*
*●Kepayahan Dalam Perjuangan Adalah Tanda Anda Bakal Pemilik Kemenangan Dan Pemilik Kejayaan. Perjuangan Anda Untuk Menuntut Ilmu!*
*●Jika Aku Tidak Ubah Hidup Aku, Maka Aku Akan Gagal Selamanya. Aku Perlu Berubah Untuk Menjadi Lebih Baik Dari Semalam*
*●Sang Juara Tidak Pernah Rehat Dalam Berusaha, Tidak Pernah Berputus Asa Dalam Perjuangan, Tidak Pernah Letih Dalam Melangkah. Jika Anda Sanggup Menelan Kepahitan 3 Resipi Kejayaan Itu. Maka Yakinlah Andalah Sang Juara Itu!*
*●Tiada Orang Yang Bodoh, Tetapi Yang Ada Cuma Orang Yang Malas Berusaha dan Tidak Mahu Berubah. Ayuh Berubah*
———————————————————
*"Wahai Para Pemuda! Sesungguhnya Medan Amal Pertama Kamu Ialah Mendidik Diri Kamu Sendiri. Maka Apabila Kamu Berjaya Pada Medan Pertama Ini, Nescaya Kamu Akan Berjaya Di Medan-Medan Yang Lain, Sebaliknya Jika Kamu Mengambil Ringan Untuk Berjihad Dengan Diri Kamu Sendiri, Nescaya Kamu Akan Kecundang Di Medan-Medan Yang Lain. Ayuh! Singsinglah Lengan Kalian Untuk Memenangi Jihad Ke Atas Diri Kamu Terlebih Dahulu."* (Imam Hassan Al-Banna)

*"Janganlah Berputus Asa Kerana Sifat Sedemikian Bukanlah Akhlak Muslimin"* (Imam Hassan Al-Banna)
———————————————————
*KUIPSAS adalah platfom untuk merubah masa hadapan hidup anda. Buatlah yang terbaik untuk kehidupan anda.*

*Jangan Lupa Restu Ibu Bapa, Guru. Jangan Lupa Membina Hubungan Dengan Allah SWT.*

*All The Best dan Selamat Berjuang Sepanjang Minggu Final Exam Ini Kawan-Kawan. :)*

Pesanan Daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/16

(7 November 2016)

*#FinalExamKUIPSAS*

TELEGRAM CHANNEL:
»»»Saluran Harmoni MPP KUIPSAS

Tuesday, 30 August 2016

ANAK MUDA MERDEKA

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

*7 CIRI ANAK MUDA YANG MERDEKA. PERKONGSIAN ANAK MUDA KUIPSAS*

*1)M-Muhasabah*
»»»Tiada anak muda yang sempurna didunia ini. Anak muda perlu merendahkan diri, memuhasabahkan diri, merefleksi diri bagi mencari kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan. Setelah diketahui kesalahan yang dilakukan itu, mereka berusaha memperbaiki diri mereka ke tahap yang lebih baik. Apabila anak muda ada kuasa muhasabah dan kuasa merendah diri, insyaallah inilah ciri-ciri anak muda yang hebat dan anak muda jenis ini akan menjadi insan yang hebat suatu masa nanti. Oleh itu, janganlah menjadi anak muda yang angkuh dan memandang orang lain rendah serta hina.

*2)E-Enggan Mengalah*
»»»Anak muda enggan mengalah dalam mengejar cita-cita dan objektif hidupnya. Anak muda bersungguh-sungguh mengahadapi kepayahan dan kesulitan demi mengejar kejayaan yang dimahukan. Jika mereka jatuh, anak muda cepat bangkit untuk terus berjuang ke garis penamat.

*3)R-Redha*
»»»Anak muda redha dengan ujian yang Allah berikan. Anak muda bertawakkal kepada Allah dan tidak mudah menyalahkan orang lain seandainya sesuatu perkara buruk berlaku. Anak muda redha dan mula bermuhasabah diri mencari jalan terbaik bagi menghadapi sesuatu ujian. Life is a test.

*4)D-Do It*
»»»Anak muda tidak takut mencuba perkara yang baru selagi mana tidak bercanggah dengan Islam dan Undang-undang. Abak muda berani "do it" apa sahaja dengan niat untuk "learning process". Anak muda memaksa dirinya untuk just do it bagi memperbaiki kelemahan dirinya bagi menjadi anak muda yang hebat  semata-mata demi mengembangkan peranannya dalam membangunkan masyarakat dan negara tercinta

*5)E-Enggan Melupakan*
»»»Anak muda enggan melupakan kebaikan yang ada dalam diri orang lain, dan seboleh upaya melupakan kesalahan orang lain pada dirinya, mengiktiraf dan menghargai sumbangan orang lain dan tidak berniat menjatuhkan orang lain.

*6)K-Kuat Semangat*
»»»Sentiasa bersemangat untuk berjuang dalam pelajaran, menhadapi cabaran, ujian, bersemangat melawan musuh yang ada dalam diri sendiri dan sentiasa bermotivasi dalam kehidupan

*7)A-Akhlak*
»»»Anak muda yang memiliki keperibadian yang luhur, akhlak yang mantap, sentiasa menghormati orang lain, menyayangi yang lain, tutur bicara yang dijaga baik dan sebagainya

Sekian itu sahaja, perkongsian dari saya selaku anak muda kepada anda anak muda. Semoga kita menjadi anak muda yang merdeka. Merdeka fizikal dan pemikiran. Hari ini, barat tidak menjajah kita melalui peperangan dan senjata. Mereka sedang mengatur strategi menjajah anak muda dari segi pemikiran dan budaya. Oleh itu, ayuh kita menjadi abak muda yang bebas daripada penjajahan barat melalui aspek pemikiran. Kita merdekakan diri kita.

*Ditulis Oleh:*
Syahizat Suhaimi
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS 15/6

(31 Ogos 2016)

#SehatiSejiwa
#KUIPSASMerdeka
#AnakMudaMerdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-59

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Friday, 22 July 2016

GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA

[GAGASAN KAMPUS HARMONI MILIK SEMUA, SUATU KEMPEN DALAM MEMPERKENALKANNYA]

Kandungan mesej yang dibawa Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah itu syumul-menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

Apa yang dapat dilihat daripada 8 Gagasan Kampus Harmoni ini adalah manifestasi daripada kesemua nilai-nilai yang selari dengan tuntutan Islam.

Oleh itu, buat mana-mana pihak yang menjadikan salah satu daripada 8 Gagasan ini sebagai gerak kerja mereka dalam ke arah mencapainya, ianya merupakan salah satu usaha Dakwah.

Ini kerana 8 Gagasan ini juga, adalah 8 perkara dalam perjuangan menegakkan Dakwah Islam yang syumul-menyeluruh dalam aspek kehidupan.

Gagasan Kampus Harmoni bukan sekadar kelihatan matlamat duniawi, ianya juga membawa mesej-mesej Islam yang syumul yang membawa matlamat menyebarkan rahmah buat warga kampus selari dengan slogan Islam rahmatan lil 'alamin.

Dalam pada itu, Perjuangan 8 Gagasan ini bukan suatu gerak kerja perjuangan jangka masa pendek. Ianya memerlukan perjalanan yang panjang dengan perlaksanaannya daripada semasa ke semasa dan berperingkat-peringkat.

Disamping itu, buat mana-mana pihak yang mencuba memperkenalkan 8 Gagasan ini kepada warga kampus, ianya merupakan suatu kempen yang baik bagi menarik minat pelbagai pihak untuk mengetahui, mendalami dan berminat bagi perlaksanaan gerak kerja mereka berpandukan 8 Gagasan ini.

Sesungguhnya, individu yang menjadi pembuka jalan kepada 8 Gagasan ini mungkin tidak sempat melihat dizamannya tercapai kelapan-kelapan gagasan yang menjadi indikator KPI menentukan Keharmonian sesebuah kampus, namun walau bagaimanapun, individu pembuka jalan tersebut telah memainkan peranan melaksanakan kempen bagi menarik minat dan menunjukkan jalan kepada pelbagai pihak bagi meneruskan agenda perjuangan mengharmonikan kampus dengan 8 indikator KPI Kampus Harmoni iaitu 8 Ciri Kampus Harmoni:

1. Gaya hidup warga kampus yang sihat, mesra dan berakhlak.
2. Warga kampus bebas bersuara dan diiktiraf
3. Pentadbiran kampus yang cekap dan berkualiti
4. Pengamalan budaya politik nilai dalam pilihan raya kampus
5. Penyuburan budaya ilmu dan intelektualisme
6. Penghasilan mahasiswa berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing
7. Kampus selamat, berkebajikan dan mesra mahasiswa
8. Peranan siswa dalam isu masyarakat, negara dan antarabangsa diiktiraf

Memetik kata-kata Nik Fatma Nik Muhamad didalam artikelnya di Malaysia Insider iaitu "Gagasan ini bakal membuka mata semua masyarakat kampus untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan satu projek mengharmonisasikan kampus dengan gaya hidup mahasiswanya yang mesra dan berakhlak, menyuburkan budaya intelektualisma, mengamalkan budaya politik nilai dalam pilihanraya kampus dan sebagainya. Gagasan ini juga bakal merubah suasana kampus ke arah kampus yang berkebajikan, mesra mahasiswa dan selamat"

Apa yang perlu difahami adalah, Gagasan Kampus Harmoni bukanlah milik sesuatu pihak yang memperkenalkannya sahaja, tetapi gagasan ini merupakan milik semua pihak yang berminat dalam menjayakan agenda mengharmonikan kampus.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
(Ali-Imran:110)

Sekadar pandangan. Wallahualam.

Syahizat Suhaimi
Mahasiswa KUIPSAS, Tahun 3, Diploma Dakwah Dan Pengurusan

(22 Julai 2016 || 17 Syawal 1437h)

#KampusHarmoni
#HARMONI

Tuesday, 12 July 2016

HARAPAN YANG TAK AKAN MENGECEWAKAN

Manusia tidak lari daripada sifat alpa dan kesalahan. Selagi mana dikau ingin berazam untuk kembali menyesali kesilapan lampau itu. Maka Janganlah dikau kecewa, jikalau dikau sudah kecewa dengan dirimu sendiri, apakah maknanya kehidupan ini sudah berakhir(kematian)?

Namun, sebaliknya harapan itu sentiasa ada. Berharaplah pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Pohonlah segalanya daripadaNYA.

syaitan dan manusia itu sentiasa mengecewakan HambaNYA untuk kembali kepada Allah SWT, maka janganlah dikau kecewa dan berputus harap daripada rahmat Allah ingatlah keampunan Allah SWT itu mengatasi seluas langit dan bumi. Selagi mana HambaNYA itu benar-benar ikhlas ingin kembali bertaubat padaNYA. Allah swt maha mengetahui keikhlasan hambaNYA lebih daripada hukuman-hukuman yang dilontarkan oleh manusia. Janganlah dikau berasa jemu untuk kembali kepada Allah swt, sehingga disaat dikau mula terbit perasaan jemu, takut dan malu untuk melakukan maksiat itu lagi. La Tahzan, Janganlah bersedih, syaitan bukanlah Tuhan, dia hanyalah musuh yang nyata, yang menjauhkan Allah swt dengan HambaNYA(manusia).

ﻭَاﺳْﺘَﻐْﻔِﺮِ اﻟﻠَّﻪَ ۖ ﺇِﻥَّ اﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﻏَﻔُﻮﺭًا ﺭَﺣِﻴﻤًا
(Al-Nisa:106)

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : (( قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً )).

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
[HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan shahih].

Saturday, 28 May 2016

IncomeRM37k, Bisnes air mineral tepi jalan je?

[INCOME RM37k BULANAN, BISNES AIR MINERAL TEPI JALAN JE? HAHA]

Biar betul? Haha

Dalam bisnes, niaga air mineral yang untungnya 50 sen sebotol jangan dipandang lekeh.

Kerana jika benar cara pasaran kita, promosi kita, kita mampu mendapat  keuntungan berlipat kali ganda. Bagaimana?

Contohnya.
Jika produk air mineral kita mampu dipasarkan di 10 pasaraya besar. Katakan hasil jualan bulanan bagi satu pasaraya adalah 300 kotak(1 kotak 25 botol). Maka jom kita calculate....

KEUNTUNGAN SEKOTAK:
RM0.50/botol x 25 botol/kotak
=RM12.50

KEUNTUNGAN BULANAN DARIPADA SATU PASARAYA
RM12.50/kotak x 300 kotak/bulan
=RM3750.00

KEUNTUNGAN BULANAN DARIPADA 10 PASARAYA BESAR
RM3750/pasaraya x 10pasaraya
=RM37, 500.00

RM37K income bulanan hanya produk air mineral. Itu belum campur sales daripada pasaran di kedai-kedai runcit, contract membekal air mineral dengan syarikat-syarikat dan sebagainya.

Boleh ke RM37k sebulan?

Bayangkan lagi produk air mineral itu mampu menakluki pasaran seluruh Malaysia. Kemudian ke pasaran asia tenggara antarabangsa.

Ya. Tal semudah abc nak capai. Tak dapat capai perkara-perkara itu jika kita tak de ilmu perniagaan, kemahiran perniagaan dan pengalaman perniagaan.

Jadi, berusaha keras lah untuk capai ilmu, kemahiran dan pengalaman perniagaan itu dahulu semenjak usia muda lagi.

Kerana, jangan memulakan bisnes terus kepada skala besar secara mengejut. Tapi, mulakan secara berfasa. Mulakan daripada kecil dahulu.

Bayangkan, jika hari ini kita penjaja air mineral tepi jalan je. Tapi, apabila kita berjaya meneroka lebih jauh lagi. Kita bakal jadi tauke besar air mineral pula.(Hanya sekadar contoh, bukan hanya air mineral)

"Kesusahan-kesusahan sewaktu peringkat awal berbisnes adalah bunga-bunga kepada kejayaan anda"
(En Kamil, Jutawan Syarikat SUPERBEST POWER)

"Kejayaan Bisnes yang lebih besar harus bermula daripada bisnes tepi jalan!"

#MulakanBizSeawalBelia
#TakMinatMLM
#TakMinatJutawanSegera
#BuatProdukSendiri

(Gambar sekadar hiasan)

Jejak-fikrah-muslim.blogspot.com

Friday, 27 May 2016

APAKAH KITA PENDOSA, YANG MENGHARAPKAN......

[APAKAH KITA PENDOSA, YANG MENGHARAPKAN......]

Kitalah Pendosa Yang Mengharapkan Rahmat, Keampunan dan kekuatan daripada Allah swt.

Mengapa tidak kita membaca dan memahami ayat-ayat Allah SWT didalam Al-Quran?

Allah SWT ingin menyampaikan sesuatu kepada kita melalui Al-Quran. Bacalah. Hayatilah. Kerana Pendosa perlukan kekuatan untuk keluar daripada cengkaman dosanya.

Maka, kekuatan mana lagi pendosa harpkan selain kekuatan dari Allah swt?

Maka. Bacalah dan hayatilah Al-Quran yang ada dirumah kita semua.

#KitaPendosaMengharapkanRahmatAllah
#KitaTidakSempurna
#DontGiveUp
#BacalahAlQuran
#StayKuat
#RaihlahKetenanganDariAllah

"Manusia tidak menjanjikan ketenangan dan kebahagiaan abadi buat kita"
"Manusia mampu menghukum, namun manusia tidak mampu memberi harapan sebenar"

"Only God Can Judge Me" (Mesut Ozil)

"Maka harapan mana lagi kita harapkan, selain harapan daripada Allah swt?"

Bacalah AlQuran mu dan berharaplah hanya lada Allah swt.

(JejakKhairaUmmah.blogspot.com)

Friday, 1 April 2016

Hadapilah Rakan-Rakan dengan Hatimu. Positif

Perkongsian dari kuliah Syeikh Abdel Aziz.

Syeikh Mohammad AbdelAziz Ghonim, Ahli Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Sharif mengingatkan tentang fitnah dari whatsapp di zaman kini. Beliau mengariskan 2 kaedah dalam menjaga menggunakan media sosial agar tidak terhindar dari dosa dan fitnah. Iaitu:

1)Tabayyun
+Apabila sampai sesuatu berita, maka kita kena selidik dan pastikan ianya benar-benar sohih.



2)Tatsabbut
+Adapun jika berita itu benar-benar sohih, kita juga perlu pastikan kita benar-benar memahami situasi yang berlaku pada sesuatu isu atau perkara itu. Syeikh memberi contoh. Jika dia ke Kuantan pada hari Jumaat dan menginap di hotel, katakan dia tidak turun solat Jumat pada hari itu, tiba-tiba ada insan lain menyebarkan dia tidak turun solat Jumaat hari itu. Jadi, fungsi tatsabbut disini adalah, kita sudah tahu berita itu benar, cuma kita kena fahami situasi sebenar yang berlaku. Iaitu, Syeikh dalam keadaan Musafir yang diberi kemudahan dalam Solat Jumaat.

Beliau membacakan firman Allah tang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.” (QS. Al Hujurat : 6).



Sedikit carian maksud tabayyun dan tasabbut yang diperoleh saya  dari En Google:

Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata,  “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fathul Qadir, 5:65).

Wallahualam.



(jejak-khaira-ummah.blogspot.com)

Thursday, 31 March 2016

Nota Pengucapan awam oleh Madam Faika

nota pengucapan awam oleh Madam Faika.

klik link dibawah untuk view dan download nota

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRZEZyZDhhdUpJd0U&usp=sharing

semoga bermanfaat. doakan untuk semua diberi kejayaan dan dipermudahkan segala urusan. Khaira Ummah. Ummat Terbaik.

Nota Pemasaran & Pengurusan Dakwah

Nota Pemasaran & Pengurusan Dakwah

Klik link dibawah untuk view dan download nota-nota.

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRVzhqR0gwZ0pkYnc&usp=sharing

semoga bermanfaat. doakan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan kita semua. Amiin.

Nota Metodologi Dakwah Oleh Ust Ainuddin

Nota Metodologi Dakwah oleh Ust Ainuddin kamaruddin, Ketua Jabatan Dakwah

Ini merupakan link untuk download nota-nota slide, sila klik dan download:

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRSkRBZGo1QS05ZXM&usp=sharing

Terima kasih. semoga bermanfaat. doakan agar kita semua dipermudahkan, diberi kekuatan dan diberi petunjuk oleh Allah dalam kehidupan ini.

All the best dan semoga berjaya didalam final exam anda semua. :) Doakan untuk kita bersama

Thursday, 24 March 2016

DISEBALIK PENGALAMAN BISNES DAN WAKTU MUDA

DISEBALIK PENGALAMAN BISNES DAN WAKTU MUDA

Jika waktu muda anda ada pengalaman bisnes. Jangan merasa malu dan down jika bisnes kita walau hanya setakat menjual tin-tin kosong yang dikutip di tong-tong sampah.

Jangan melihat tin-tin dan tong-tong sampah hanya pada sekadar ukuran nilai wang. Lihatlah tin, tong sampah, peluh, susah payah, malu, dikritik, dihina dan pelbagai ujian sukar lain, lihatlah semua itu sebagai bekalan pengalaman yang perlu kita miliki diwaktu muda, kerana pengalaman yang pelbagai akan menatijahkan siapa anda diwaktu dewasa kelak. Siapa tahu, daripada tukang kutip tin di tong sampah, kelak menjadi kontraktor besar dalam bidang pembersihan sampah. Siapa tahu?

Rata-rata usahawan berjaya hari ini, ramai yang lahir daripada pengalaman hidup susah diwaktu awal-awal hidupnya. Luaskan dimensi kita, walaupun kita hanya seorang yang bekerja di sampah-sampah. Tidak hinapun, sebaliknya pengalaman itu ibarat emas.

(Gambar sekadar hiasan)

#PeniagaJalanan
#MelukisMasaDepan
#BersemangatlahUntukHidup
#MahasiswaDilahirkanUntukMenjadiUsahawan
#MahasiswaBolehBerdikari
#MahasiswaTakLembik

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Wednesday, 23 March 2016

nota slide Islam & Ideologi Semasa

nota Islam & Ideologi Semasaoleh Ust Asmadi Jbtn Dakwah

download di link bawah:
https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRU3YwQzJ3dW9oYVk&usp=sharing

moga bermanfaat. doakan kejayaan bersama untuk final exam dan dipermudahakan urusan kehidupan.

nota slide tokoh-tokoh dakwah

Nota Tokoh-tokoh Dakwah oleh Ustaz Ahmad Effat Jabatan Dakwah. semoga bermanfaat


link download di bawah

https://drive.google.com/folderview?id=0B6se1nLlNJaRd0EtNVdsLU9jWEU&usp=sharing

Saturday, 19 March 2016

Tips 3P Untuk Hadapi Ujian Kehidupan

Tips 3P  bagi menghadapi ujian kehidupan, permasalahan dan kesusahan dalam apa-apa perkara.

3P itu iaitu:
★1)POSITIF dengan Allah★
+walau setinggi gunung ujian, sumber utama kekuatan dan motivasi Muslim adalah dengan ingat Allah. "Ingatlah Allah, nescaya hati mu akan tenang". Banyak manapun masalah kita, Positiflah dengan Allah, yakinlah Allah akan sentiasa bersama kita, membantu kita. Dengan cara positif kepada Allah, yakinlah motivasi kita akan sentiasa meningkat, semangat untuk mendepani masalah meningkat, hati menjadi tenang dan semua yang sukar kita akan lihat Allah permudahkan dan dilancarkan. Positiflah dengan Allah

★2)POSITIF dengan diri sendiri★
+Yakinlah anda mampu menghadapi segala keperitan hidup, kesusahan hidup, ujian dalam hidup. Yakinlah anda mampu "moving forward" untuk melangkah walau sebesar manapun ujian. Positiflah dengan diri sendiri. Banyakkan "self talk": "aku mampu lakukan" "Ini semua small matter" dan sebagainya. Apabila anda berputus asa dengan diri anda sendiri, maka peluang untuk anda berjaya semakin suram. Apa kata anda praktikkan kata-kata ini "Mengeluh tidak menyelesaikan masalah, apa kata kita postif, positif dan positif" "Moving forward" "Your Will Success" . Positiflah dengan diri kita

★3)POSITIF dengan semua manusia★
+Setiap manusia ada ragam tersendiri. Apabila kita berinteraksi dengan segala jenis manusia, ada yang jenis bersikap negatif. Jadi, adakah kita juga mahu bersikap negatif. Apakah itu, dapat menyelesaikan masalah atau mengeruhkan keadaan? Apa kata kita latih diri kita untuk sentiasa positif dengan orang lain. Positif dengan maksud, maafkan kesalahan mereka, doakan perubahan mereka, bersangka baik dengan mereka, sentiasa senyum dan tidak berdendam dengan mereka. Jika kita mampu positif dengan orang lain, itu menandakan anda seorang yang berjiwa besar dan seorang yang amat matang. Dengan positif kepada orang lain, jiwa kita pun tenang, tidak serabut dan tindakan juga sentiasa berakhlak disukai ramai. Anda akan dihormati dan disenangi orang sekeliling. Jadi, tidak mahukah kita positif dengan semua orang?

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Thursday, 10 March 2016

MENCORAK SEJARAH PEMUDA/DI UNTUK MASA DEPAN UMMAH

[MENCORAK SEJARAH PEMUDA/DI UNTUK MASA DEPAN UMMAH]

Semuanya bermula ketika menjadi seorang Pemuda/di.

Mulakan mencorak sejarah kita dengan pengalaman yang pelbagai bidang.

Luaskan pengembaraan ilmu dan pengembaraan pengalaman.

Jika berkemampuan, mengembara ke negara lain dengan mengikuti misi-misi kemanusiaan atau dakwah. InsyaAllah, perkara-perkara itu mampu menghasilkan pemuda/di yang ada idealism atau pemikiran yang berwawasan dalam melihat sesuatu buat Umat ini.

Perkara ini, pernah dikongsi Tn Azam mengenai bagaimana beliau dan Isteri membentuk anaknya Allahyarham Ahmad Amar. Mereka menggalakkan Ammar mengikuti misi-misi kemanusiaan di luar negara dan aktivit-aktiviti dalam negara yang dapat membina idealism Amar. Antaranya, mereka membuat keputusan untuk menghantar Amar memasuki Maktab Tentera Diraja selepas tamat belajar di Sekolah Agama Bestari(SAMBEST). Selepas tamat Maktab Tentera, mereka menghantar anaknya ke Pengajian Sejarah Turki di negara Turki. Lihatlah, bagaimana pentingnya aturan membentuk seorang bakal pemimpin. Semuanya bermula daripada kosong sehingga berperingkat-peringkat dicorakkan individu itu dengan ilmu dan pelbagai pengalaman. Buat pemuda/di yang sedar peranan mereka kelak, kita bolehlah mula dengan inisiatif sendiri tanpa suruhan ibu ayah untuk memulakan langkah kita dalam kembara mencari ilmu, mencari erti kehidupan, membina idealism diri dan mencari pelbagai pengalaman untuk mencorakkan sendiri sejarah kita.

Sejarah kita bakal penentu sejarah generasi kita seterusnya. Pentingnya peranan anda untuk mengubah sejarah anda kepada sejarah yang lebih baik. InsyaAllah, masih belum terlewat untuk itu. Allah swt menerima taubat hambaNYA yang berdosa.

(ruj: Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

PENGARUH INDIVIDU DAN DAKWAH

[PENGARUH SESEORANG MEMBANTU DALAM DAKWAH: ANALISIS ENDORGAN DALAM STRATEGI DAKWAH DAN MESEJ DAKWAHNYA YANG MENYELURUH]

Video ini memaparkan Presiden Turki, Endorgan berjaya memujuk seorang lelaki daripada membunuh diri. Jika menganalisis apa yang Endorgan cuba bawa kepada pembaharuan Turki amatlah menarik. Selepas beliau ditabalkan menjadi Pemimpin utana aTurki, beliau tidak melakukan pembaharuan Turki secara mendadak yang daripada negara paling sekular dan paling teruk pengamalan kandungan Islam. Sebaliknya beliau menggunakan strategi dan seni yang amat halus tanpa rakyat mengetahui agenda sebenar beliau untuk mengislamisasikan negara Turki.

Apa yang dapat diperhatikan secara zahir akan strategi dakwahnya adalah, beliau membina "rappo" hubungan yang baik dengan semua pihak, beliau cuba membina kepercayaan dan pengaruh di hati rakyat melalui keadilan pemerintahan beliau, kepedulian beliau untuk meningatkan taraf hidup serta menjaga kebajikan rakyatnya dan akhlak, keperibadian beliau yang cemerlang. Melalui itu, Beliau berjaya menjinakkan atau mempengaruhi rakyatnya. Kesan pengaruh beliau kini berjaya dirasai rakyatnya, ramai rakyatnya mula menerima mesej-mesej Islam yang beliau ketengahkan secara halus dan berperingkat-peringkat. Malahan, pengaruh Endorgan juga mendapat tempat di hati kebanyakan masyarakat dunia yang lain melalui kecaknaan beliau dalam isu-isu kemanusiaan global seperti di Mesir, Syria, Gaza, Rohingya dan sebagainya.

Pada pandangan zahir kita tidak dapat membaca adakah Endorgan seorang yang membawa agenda Islam kerana tidak mengenegahkan lagi hukuman Hudud. Namun, wallahualam. Mungkin beliau ada jawapan yang beliau tidak mahu bagi tahu kepada umum untuk strategi tertentunya. Mungkin proses Islamisasi Turki dilakukan secara berperingkat-peringkat. Apa-apa pun  dunia Islam bersyukur ada pemimpin Muslim seperti beliau. Jarang sekali pemimpin Muslim yang berwawasan Islam mampu bertahan lama sepertinya.

Mesej dakwah bukan hanya pada aspek Ibadah khusus. Mesej dakwah itu juga meluas merangkumi pelbagai aspek, selari dengan Islam suatu cara hidup yang lengkap. Lengkap seperti dalam aspek ekonomi, politik, pentadbiran negara, kemanusiaan, keadilan, kebajikan, pendidikan, sosial dan menyeluruh pada bidang keduniaan yang lain. Sudah pasti Mesej Dakwah yang utama mengajak kepada mentauhidkan Allah swt dan beribadah kepadaNYA. Namun, ruang dakwah perlu dilihat pada pelbagai aspek yang meluas. Wallahu'alam.

(ruj: jejakfikrahmuslim.blogpsot.com)

Link video Endorgan memujuk pemuda cuba membunuh diri:
https://youtu.be/_Lj6BMmrexA

Tuesday, 8 March 2016

PUISI WHATSAPP DARI RABAAH(MESIR)

TEKS PUISI: WHATSAPP DARIPADA RABAAH (Mesir)
Dr Maszlee Malik
Whatsapp pertama
Bro macam mana kuala lumpur, kami di kaherah biasa-biasa sahaja
Whatsapp kedua
Salam bro sudah dengar tentang rabaah dan nahdah dan giza dan ramsis dan iskandariah, sewaktu Ramadan kami masih bernyawa, perjuangan masih diteruskan, harapan semakin tinggi
Whatsapp ketiga menjelang 5 syawal
Salam akhi ya khuya di rabaah sahabat-sahabatku ramai yang telah syahid, ribuan lain telah cedera dan puluhan ribu lain berada dipenjara
Whatsapp ke 4
Salam khu ya habib, di rabaah kaherah, khemah-khemah kami telah dibakar, mayat-mayat kami juga telah dibakar, kami telah diperlakukan dengan keji lebih hina daripada binatang
Whatsapp ke 5
Salam khu ya habib di rabaah setelah 5 minggu kami bersama berhmpun berpuasa berbuka puasa bertarawih berzikir bertahmid bermathurat berqiamulail beriktikaf, dan akhirnya kini kami terkorban syahid bersama-sama
Whatsapp ke 6
Salam ya akhi habib, di rabaah dan nahdah kami berhimpun menuntut hak kami, hak kami telah dirompak oleh as-sisi dan kuncu-kuncunya. Kami ditembak, kami dibakar, kami dipukul, wanita, warga tua, oku dan kanak-kanak tiada bezanya. Kesalahan kami duduk-duduk, santai-santai, himpun-himpun , sambil menuntut agar pemimpin sah pilihan kami dibebaskan dan dikembalikan hak rakyat
Whatsapp ke 7
Salam akhi fillah, di rabaah dan nahdah kami duduk-duduk, namun kami dituduh pengganas. Kami punya tiada senjata, kecuali doa dan munajat kepada ilahi, yang punya senjata itu para tentera, yang punya senjata itu para SB, yang punya senjata itu para samseng-samseng beltaji. Mereka bunuh kami ,mereka tembak kami, kami punya tiada senjata untuk membalas kembali, namun kami yang dituduh pengganas.
Setelah whatsapp ke 7 Dr Maszlee membalas balik whatsapp sahabatnya.
Salam akhi habib, salam 1 Malaysia, kami di Malaysia aman damai, hanya sikit-sikit saje, rompak sana, rompak sini, ragut sana, ragut sini, pecah rumah dan tembak menembak dan kumpulan 08, kami dimalaysia ini sejahtera dan semua boleh terima keputusan pilihanraya walaupun dengan hati yang luka.
Salam akhi habib, baliklah ke rumah, redhalah dengan kuasa tentera, dan jangan lawan kuasa pemerintahan tentera, nanti jadi khawarij
Whatsapp ke 8 (balas kepada whatsapp Dr Maszlee)
Salam akhi fillah, uhibukka fillah ya akhi, salam satu rabaah, kami bukan khawarij, kerana Mursi pimpinan yang sah, khawarij itu sisi dan juga mereka yang menyokong, mendokong bersama-sama diatas kudeta yang amat keji. Kami berhimpun, kami duduk-duduk, hanya untuk menuntut hak kami yang dirompak. Malangnya kami yang dibunuh, malangnya kami yang dibakar, malangnya kami yang ditembak, malangnya kami yang dizalimi, mengapa perlu anda juga seperti mereka menyalahkan kami
Whatsapp kami terhenti setakat itu sahaja kerana meurut laporan daripada TV Rabaah sahabatbeliau itu telah ditmbak mati dikepalanya ketika sedang membalas whatsapp terakhir. Cuma ada satu catatan di smartphone beliau, yang telah sempat dirakamkan, dan yang telah dikirimkan oleh orang lain.
Bunyinya begini,
Salam akhi habib, uhibuka fillah, salam 1 Rabaah, anda tidak perlu menjadi rakyat mesir, untuk memahami keadaan kami, untuk peduli tentang kami, untuk bersama menghayati perjuangan kami, anda hanya perlu menjadi seorang manusia , bak kata Endorgan Perdana Menteri Turki, salam 1 Rabaah.


 PUISI DR MASZLEE MALIK: WHATSAP DARI RABAAH



Wednesday, 10 February 2016

Allah swt Sumber Motivasi bagi Muslim

Semua Orang Pernah Hadapi Kegagalan, Kekecewaan, Masalah, Dilema, Kejian, Sindiran, Kesalahan, Kekurangan dan tergelincir mengabaikan tuntutan Islam.

Namun, Jangan berputus asa dengan Allah swt.

Hidup Perlu Diteruskan. Walaupun seluruh dunia membenci kita, namun Allah swt masih ada untuk menemani kita.

#Kipidap #dongibap #dodabes

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Sunday, 7 February 2016

Jadilah Seperti Khaulah

Benda yang seorang al akh jangan buat untuk menjaga reputasi sebagai seorang daie dan supaya tsiqah atau kepercayaan mad'u atau orang sekeliling tidak luntur terhadap diri kita.

1. Makan bersama berlainan jantina.

Al akh perlu berasa malu untuk makan bersama dengan berlainan jantina walau apapun dia baik classmate, groupmate, labmate di mana-mana keadaan, di mana-mana function sekalipun.

Tidakkah kita malu, menjadi seorang daie, memimpin agensi, membawa usrah, namun masih berasa senang dan tidak gelisah apabila keluar bersama, makan bersama, outing bersama orang berlainan jantina.

Namun di sini tidak bermaksud jumud. Ada keadaan atau function di mana ini adalah di luar kawalan dan ada kepentingan dharuri yang perlu diperolehi. Saya pernah diajak belanja makan oleh supervisor bersama semua rakan postgrad makmal (semuanya perempuan). Ketika di kedai makan saya minta izin utk duduk di meja sebelah, jarak 1 kerusi dgn mereka. Saya juga pernah satu meja makan dengan panelis forum perempuan, dengan VVIP perempuan. Namun di sana tidak ada halangan utk berbincang mengenai hal-hal pengajian dan di luar pengajian (yg mana patut).
Saya pernah diajak beberapa kali untuk keluar lunch oleh rakan postgrad tetapi menolak kerana tiada urusan yg penting dan khuatir meletakkan diri dalam fitnah kerana di sana ada berlaku ikhtilat.

2. Bergambar bersama perempuan

Al akh yang sensitif jiwanya takkan mudah utk bergambar dengan perempuan kerana takut sekali ianya mendatangkan fitnah. Apatah lagi tag menge-tag di media sosial.

Selfie ketika buat kerja lab, selfie study group, selfie riadah, selfie reunion dan sebagainya, ini mendatangkan fitnah, apatah lagi kita sbgi pimpinan yg sepatutnya menunjukkan qudwah kpd sekeliling.

Namun di sana ada pengecualian utk bergambar bersama atas sebab-sebab yg relevan dan tidak mendatangkan fitnah seperti sesi pergambaran kelas, sesi-sesi formal seperti mesyuarat, kunjungan hormat, gambar bersaam examiner dan pensyarah selepas satu sesi formal dan yg berseuaian.

3. Berbual kosong atau tanpa urusan penting.

Seorang al akh tidak mudah sekali utk memulakan perbualan dengan seorang perempuan kecuali atas urusan penting seperti pelajaran dan urusan-urusan formal dan professional yang lain.

Di dalam makmal penyelidikan saya ada 14 orang pelajar termasuk pelajar FYP dan postgrad. Namun dalam 14 orang itu hanya 2 orang lelaki, saya dan seorang lagi pelajar FYP. Dalam situasi begitu pun sekali kita tak mudah-mudah utk sembang kosong melainkan atas urusan pelajaran.

Prinsip ini menbuahkan rasa hormat dan segan orang terhadap kita, tidak pernah lagi saya sepanjang berada dalam makmal ditegur mesra oleh pelajar FYP mahupun postgrad kecuali ada yg nak bertanya soalan, berbincang pasal kajian,  minta diajarkan dan ketika mereka memerlukan pertolongan. Namun apabila di sana memerlukan saya untuk mengajar dan memberi pertolongan saya  tidak pernah membataskan diri untuk memberi komitmen 100% terhadap proses pengajaran

Kita hidup dalam generasi yang biasa dengan benda salah, dan janggal dengan benda yang betul di sisi syarak. Jadi di sini memerlukan kita utk betulkan yang biasa kita buat, dan biasakan benda-benda yang betul.

Tarbiah mengubah persepsi kita dan tingkah laku kita dalan perhubungan sosial bercirikan islam. Untuk merealisasikan ini memerlukan mujahadah dan keyakinan yang tinggi kepada garis panduan dari Allu SWT.

Cc: Nizzal Shafiq

(Copy/Paste)

Sibuk Perbaiki Diri tanpa hiraukan Ummah. Untungnya.

Untungnya jadi golongan yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri, beribadah tanpa hiraukan hiruk pikuk dunia, boleh berpeluang umrah banyak kali, menjauhi diri daripada kerosakan ummah dan menjauhi diri dalam perjuangan Ummah yang dizalimi.

Untungnya seperti itu. Tidak payah susah payah pening kepala memikirkan hal-hal lain. Untungnya dapat memperbaiki dirinya sendiri, untungnya hanya tunggu hendak menjejak kaki ke syurga sahaja.

Untungnya kalian. Penatnya & peningnya kawan² kalian yang lain yang bukan sahaja sedang memperbaiki dirinya sendiri, mereka juga berusaha memperbaiki ummah, mereka ditimpa kesulitan dalam dakwah seperti masalah kewangan, masa menjadi padat, cercaan masyarakat, fitnah masyarakat, sindiran masyarakat, perasaan malu, tekanan,  menjaga perasaan daripada penyakit hati dan banyak lagi kawan² kita sedang berhadapan bagi menyambung perjuangan Nabi saw. Marilah bersama kawan-kawan anda secara berjemaah untuk menyambung Misi Dakwah Rasul.

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Tuesday, 2 February 2016

Di mana suara aktivis mahasiswa dalam bidang yang diceburi?

Di mana suara aktivis mahasiswa dalam bidang yang diceburi? – Syuaib Supani

Published: 2 February 2016 3:30 PM

Tiga perkara utama yang perlu diambil kira dalam visi kemahasiswaan pada hemat saya ialah mahasiswa sebagai pemimpin dalam masyarakat madani, mahasiswa sebagai modal insan dalam pembangunan negara dan mahasiswa sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Justeru, elemen-elemen seperti keberkesanan sistem pendidikan dan sokongan kewangan pengajian, keberdayaan dan kebolehpasaran, pemposisian strategik untuk menyumbang kepada Negara dan elemen lainnya merupakan faktor penyumbang kepada pembentukan generasi mahasiswa yang berkualiti.

Ketiga-tiga visi kemahasiswaan tersebut menyaksikan pelaburan negara dalam pembinaan mahasiswa tidak boleh dikesampingkan. Malah, kesilapan pengabaian terhadap aspek ini membawa risiko kepada masa depan negara untuk dipacu dengan lebih baik.

 Perkara ini kita dapat lihat menerusi kritikan dan penambahbaikan terhadap analisis bajet tahunan negara berkaitan manfaat kepada mahasiswa dan institusi pengajian tinggi pada setiap tahun, peranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diwujudkan kembali, rancangan-rancangan pendidikan negara dan pelbagai lagi inisiatif, instrumen dan institusi yang diwujudkan dan dilaksanakan.

Dalam pada itu, kita juga boleh membaca dan menghayati kisah perjuangan aktivis mahasiswa masa lalu dan hari ini yang banyak berjasa dalam memartabatkan serta menjuarai hak mahasiswa dan masyarakat.

Dalam rentetan ini, mahasiswa berjaya merealisasikan ketiga-tiga visi ini sesuai dengan keperluan perkembangan negara ketika itu, antara lain sebagai timbang tara (check and balance) kepada pentadbiran negara serta memperjuangkan suara mahasiswa dan rakyat sebagai alternatif tambahan kepada politikus pembangkang yang turut sama memainkan peranannya walaupun dalam jumlah kerusi yang sangat kecil.

Graduan-graduan mahasiswa tersebut turut akhirnya mengisi posisi penting dalam pentadbiran dan kepimpinan negara saat ini, selain merintis dan menggerakkan pembangunan negara di posisi masing-masing.

Saat ini, jika kita duduk dan koreksi semula, bagaimana perkembangan aktivisme mahasiswa dalam ketiga-tiga visi kemahasiswaan ini seharusnya diselarikan dengan perkembangan negara saat ini?

Hari ini

Satu perkembangan positif dalam arena politik negara hari ini ialah kekuatan parti pembangkang yang setanding dengan parti pemerintah sedia ada. Dengan itu, timbang tara menjadi jauh lebih baik, kuat dan didengari.

Parti pemerintah juga terpaksa menjadi lebih kompetitif bagi terus mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya hinggakan demokrasi negara kian sihat.

Dalam sudut lain pula, jumlah mahasiswa dalam pelbagai bidang yang semakin melebar dan mendalam kian bertambah sehingga berlaku lambakan graduan yang menganggur.

Sedangkan bidang yang diceburi mahasiswa ini adalah kunci kepada memacu pembangunan negara, sekaligus menuntut penglibatan mahasiswa untuk terus mendalami dan mengembangkan bidang mereka.

Ataukah perkara seumpama ini hanya baru disedari aktivis mahasiswa menjelang latihan industri atau saat bergraduasi?

Kita tidak nafikan kemandirian mahasiswa dalam mewujudkan pekerjaan itu adalah kualiti yang sangat baik namun alangkah ruginya pekerjaan yang mampu mahasiswa wujudkan khususnya dalam mengembangkan bidang yang diceburi adalah terhad tanpa adanya campur tangan kerajaan dalam mewujudkan inisiatif dan institusi dalam kajian dan seumpamanya.

Sebagai contoh, kita mempunyai ramai graduan bidang sains dan teknologi namun mereka akhirnya terpaksa menyumbang atau terjun ke dalam bidang lain kerana kurangnya platform dalam menyambung bidang mereka serta desakan ekonomi.

Ilmu dan kemahiran sains mereka dibazirkan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan memperuntukkan biasiswa kepada mereka untuk menguasai bidang tersebut.

Betapa banyak bidang penting yang mahasiswa terpaksa keluhkan sebagai ‘Malaysia masih terkebelakang dalam kajian bidang ini, justeru kita kekurangan prospek dan fasiliti’.

Desakan ekonomi turut menyebabkan mahasiswa terpaksa berminda karier sara hidup berbanding karier pengembangan bidang diceburi.

Suara aktivis mahasiswa

Dalam bagusnya kerancakan aktivis mahasiswa membawa suara mahasiswa dan rakyat sehinggalah kepada berpartisipasi dalam arena politik nasional, kita menyaksikan banyak aspek seumpama ini yang berada seputar kemahasiswaan kurang dijuarai aktivis mahasiswa dalam konteks keperluan masa kini.

Sejauh mana aktivis mahasiswa hari ini menguasai bidang yang diceburi untuk menjuarai bidang tersebut dalam pembangunan negara, di samping turut turun padang menyuarakan isu negara?

Sejauh mana pula aktivis mahasiswa mengerahkan mahasiswa massa agar menguasai bidang yang diceburi? Ataukah mahasiswa selesa dengan penyelesaian tugasan saat akhir dan gred cukup makan, atas alasan menteri yang cemerlang akademik juga mengeluarkan kenyataan kurang bijak?

Sejauh mana mereka juga memperjuangkan hak mahasiswa dari segi infrastruktur dan sokongan negara terhadap perkembangan pelbagai bidang yang diceburi?

Jika infrastruktur dan sokongan itu sedia ada, di mana peranan aktivis mahasiswa dalam mengerahkan mahasiswa memanfaatkannya?

Ataukah mahasiswa melihat aktivisme mahasiswa itu hanya dalam bidang populis seperti politik dan sosial semata-mata?

Benarkah penguasaan bidang serta kemahiran insaniah mahasiswa ijazah dasar aktivis masa lalu hanya setaraf graduan sarjana hari ini berikutan perkembangan ilmu dan teknologi?

Sejauh mana semangat idea dan inovasi mahasiswa dicetuskan dan disumbangkan dalam bidang masing-masing sejak dalam usia mahasiswa hingga akhirnya dapat dimanfaatkan negara?

Justeru masih relevenkah sejarah romantis gerakan mahasiswa masa lalu diulang-ulang dan diguna pakai hari ini (tanpa menafikan sumbangan besar mereka dahulu)?

Sejauh mana aktivis mahasiswa berhubung rapat dengan pensyarah bidang masing-masing dan menimba ilmu dan pengalaman mereka, selain aktif menghadiri wacana politik dan isu negara?

Ataukah mahasiswa lebih mengagungkan tokoh dan wacana luar yang dirasakan lebih berwibawa dek menjuarai retorika hak rakyat?

Betapa banyak bidang yang mahasiswa ceburi namun tidak dapat dikembangkan untuk manfaat negara, sehingga negara masih terkebelakang dalam pengembangan ilmu dan teknologi? 

Justeru masih relevankah kebobrokan budaya dan corak politik nasional parti pemerintah mahupun pembangkang terus dibiarkan mempengaruhi aktivisme mahasiswa dalam kampus?

Kita tidak menafikan bahawa salah satu visi kemahasiswaan yang disebutkan tadi adalah mahasiswa sebagai pemimpin masyarakat justeru berperanan menyedarkan masyarakat dan peka menyuarakan isu-isu nasional. Kita bersetuju bahawa untuk mahasiswa menjadi pemimpin negara masa hadapan, mereka perlu mendedahkan diri sedari awal dalam lapangan kepimpinan negara. Kita menyedari bahawa suara mahasiswa mampu menjadi kuasa ketiga yang berpengaruh dalam mencorakkan pembangunan negara.

Namun demikian, kita tidak mahukan akhirnya kegagalan pelaburan negara dalam pengajian tinggi bukan hanya disebabkan salah urus tadbir atau korupsi pemimpin negara, tetapi juga disebabkan mahasiswa sendiri yang korup dan pecah amanah dalam posisi dan amanah yang dipercayakan kepada mahasiswa untuk memikul tanggungjawab fardu kifayah umat dalam menguasai bidang yang diceburi.

Kita tidak mahukan akhirnya kelembapan pembangunan negara bukan hanya disebabkan salah urus tadbir atau korupsi pemimpin negara, tetapi juga disebabkan bidang strategik negara dan kajiannya tidak mampu berkembang dan mengukuhkan pembangunan negara kerana ketiadaan pakar bidang yang lahir dan dibentuk sejak mahasiswa, dek terus hanyut tersepit sama dalam rentak pergaduhan golongan politikus berkepentingan. – 2 Februari, 2016.       

Penulis ialah aktivis IKRAM Siswa.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/di-mana-suara-aktivis-mahasiswa-dalam-bidang-yang-diceburi-syuaib-supani?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Saturday, 30 January 2016

"IKHWAH PAKAI JEANS"

IKHWAH PAKAI JEANS

Pakai Seluar Jeans dengan niat nak tutup aurat(asalkan menepati syarak)

Dapat tak pahala pakai seluar jeans?

Nampak aneh ke, melihat golongan berseluar Jeans datang solat berjemaah di Masjid?

Nampak aneh ke, melihat golongan berseluar Jeans datang Usrah, buat kerja dakwah, beri Tazkirah?

Mungkin. Orang Tak Thiqah melihat penampilan sebegitu kan.
Namun. Orang yang faham Islam, tak akan menilai Muslim lain hanya sekadar pada aspek luaran & pakaian sahaja.

Bagaimana antara cara nak dekati golongan muda² yang jenis "lagho/lalai"diluar sana?
Kita datang kepada mereka dengan pakaian serban, berjubah & ceramah depan mereka?
Atau, ada cara yang lebih mereka selesa dengan kita?

#Muslim, Perbaiki diri aspek luaran & dalaman
#Bukan hanya pada penampilan kelihatan "Islamik", Namun pengamalan & kefahaman Islam, rendah.
#Fiqh Keutamaan
#Pelajari & Dalami Ilmu Agama dari masa ke semasa

Mujur Piccolo berlapang dada dengan guna gambarnya. :)

(jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Monday, 25 January 2016

Pemuda Muslim Kekuatan Kebangkitan Islam

Imam Hassan Al-Banna sewaktu awal sebelum penubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin, Beliau bersama beberapa orang sahabatnya yang sama fikrah tentang Islam & pendekatan Dakwah Islam ini, mereka telah bergerak dalam kelompok yang kecil untuk bergerak dalam masyarakat yang tenat ketika itu.

Subhanallah. Lihatlah hasilnya kini, fikrah Islam yang diketengahkan oleh al-Banna telah menjadi panduan oleh jutaan Ahli Gerakan Islam di seluruh dunia.

Justeru itu, Al-Banna ada mengatakan "Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah kekuatannya"

Jadi, rasakan keberadaan kita di dunia ini selaku pemuda Muslim. Apa peranan kita untuk membangunkan umat ini?

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Saturday, 23 January 2016

New Android Apps For KUIPSAS Student

New Android Apps Available
"KUIPSAS Student eCAMPUS Online"

Easy & Fast Ways To Login On KUIPSAS Student eCAMPUS Online, Only Through Your Smartphone.

Student eCAMPUS Useful For:
●Subject Registration 
●Final Examination Slip
●Final Examination Result 
●Student Financial Status
●Important News About Academic Issues
●Final Examination Schedule
●Academic Status
●And Many More

Let's Download & Install Android Apps "KUIPSAS Student eCAMPUS Online" for free.

Interested? 
Feel Free To Download On The Dropbox Link

https://www.dropbox.com/sh/0hi0rnzre074goh/AAB-GYbaMngyKov1VQq_xjRBa?dl=0

#Academic For All
#KUIPSAS Student Toward Academic Excellence And Attitude

Thank You For Installing, From Us
jejakfikrahmuslim.blogspot.com

Objektif Umum Blog Jejak Fikrah Muslim

Antara Objektif Page & Blog Jejak Fikrah Muslim adalah adalah membina serta mencorakkan perubahan pada Fikrah, kefahaman, ideologi, Idealisma, pemikaran generasi² baru yang terdiri daripada kalangan Pemuda, Mahasiswa & Belia untuk kembali kepada kehidupan seorang Muslim yang berwawasan besar bagi mengembalikan kegemilangan Islam dan Ummah seperti Tokoh² Islam seperti Rasulullah SAW sendiri, Khulafa Ar-Rashidin, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Prof Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Recip Toyyib Endorgan, Ustaz Rahmat Abdullah(PKS Indonesia), Tn Gr Nik Aziz, Tn Gr Hj Hadi, Prof HAMKA, Tok Janggut dan ramai lagi.

Pemuda  Mahasiswa, Belia, anda semua Bakal Khalifah Dunia!

Rasakan Tanggungjawab didalam denyutan jantung anda dan sinsinglah lengan untuk mempersiapkan diri anda bermula hari ini.

Anda bakal menjadi Pemimpin Umat Abad Millenium ini!

#Teruskan Proses pembelajaran ilmu² dan pencarian Pengalaman untuk pembinaan Diri seorang Bakal Khalifah.
#Jangan berhenti mengalah andai tewas di medan hijrah(merubah diri)

Semoga bermanfaat, Semoga menjadi motivasi & inspirasi buat anda.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Mahasiswa, Apakah Kamu Sebuah Robot atau Bakal Khalifah?

Mahasiswa Tidak Matang?
Mahasiswa Lembik?
Mahasiswa Tidak Berkualiti?
Mahasiswa Tidak pandai berdikari?

Apakah solusinya?

"Apabila Mahasiswa Diberikan Sesuatu Jawatan Untuk Menguruskan Sesuatu Perkara, Rasa Tanggungjawab daripada jawatan itu akan menatijahkan pengalaman bermanfaat,seterusnya suatu proses pembentukan mahasiswa yang matang, proaktif, mampu berdikari, mempunyai "soft skill", membentuk karisma, membentuk keyakinan, membentuk ciri kepimpinan, membentuk Kecerdasan emosi yang mampu tenang dalam menghadapi cabaran, tidak mufah merungut dan banyak lagi hasil-hasil yang berjaya dibentuk pada mahasiswa itu. Inilah ciri² mahasiswa kelas pertama yang diperlukan Ummah dan Negara bagi menjadi agen perubahan dan pemimpin kepada ummah selepas mereka tamat pengajian.

Oleh itu, Pemimpin yang hebat diluar sana bukan hanya lahir daripada Mahasiswa yang berada Dewan Kuliah & Dewan peperiksaan semata². Tetapi pemimpin yang hebat diluar sana adalah hasil daripada gabungan input Dewan Kuliah dan Keterbilatan dengan dunia akrivisma/sukarelawan didalam Organisasi luar daripada Dewan Kuliah"

Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh juga, beliau tidak menjadi hebat semata² kerana input pembelajaran di dalam Ruangan Kuliah yang selesa itu, Namun Sultan al-Fateh terlibat sendiri dengan pengalaman dalam banyak peperangan kecil dan besar, dan Ayahanda Sultan al-Fateh turut melantik Al-Fateh menjadi Panglima Besar angkatan Tentera Uthmaniyyah bagi beberapa siri peperangan melawan Kuasa² besar. Malahan, Al-Fateh sudah di berikan tanggungjawab menjadi Sultan seawal Usia Belianya lagi.

Lihatlah hasil Kepimpinan yang ada pada Al-Fateh, baginda hebat bukan hanya bergantung sepenuhnya pada "Dewan Kuliah, Dewan Peperiksaan" dan "teori² yang dihafal dan dimuntahkan didalam Kertas peperiksaan".

Baginda menjadi hebat, kerana baginda mempraktikkan teori² yang dipelajari di "Dewan Kuliah" melalui keterbilatan dengan Jawatan² di luar "Dewan kuliah".

Justeru itu, Bagaimana kita sebagai Mahasiswa berfikir untuk menjadi sesuatu yang luar biasa kepada Manfaat Ummah & negara???

#Mahasiswa Bukan Robot
#Universiti Bukan Kilang
#Libatkan diri dengan Aktiviti² luar Dewan Kuliah walupun tiada markah
#Jangan lupa fokus juga pada Pembelajaran di Dewan Kuliah

(Ruj: jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Friday, 22 January 2016

Meeting Disebalik Tabir? Alam Universiti, Dunia Korporat & Pekerjaan

BAGAIMANA MUSLIM BEKERJA MELIBATKAN LELAKI & PEREMPUAN DI ZAMAN MODEN INI?
________________________________
Panduan Buat Muslimin & Muslimat Dalam Berada Dalam SesuatuOrganisasi Baik Organisasi Pekerjaan, Kebajikan, Dakwah atau Sebagainya.

IBRAH DARIPADA TEORI PENGURUSAN BARAT KEPADA IKHWAH & AKHAWAT YANG BEKERJA DALAM SATU ORGANISASI YANG MELIBATKAN PERCAMPURAN JANTINA
__________________________
Seorang tokoh barat dalam bidang "Organization Management" bernama Max Weber (1864-1920) telah mengasaskan satu Teori dalam Pengurusan Organisasi iaitu Teori Pengurusan Birokratik.

Mengikut Max Weber organisasi boleh diuruskan dengan cekap jika pengurusan bersikap impersonal, rasional serta mengikut autoriti dan bertanggungjawab.

Beliau menekankan keperluan organisasi untuk beroperasi dalam keadaan yang lebih rasional berbanding mengikut kehendak hati antara pekerha dengan pengurus organisasi.

Sistem Pentadbiran birokrasi ada lima prinsip asas, antara yang ingin ditekankan berkaitan menjaga batas² pergaulan lelaki & wanita adalah:

Yang ke- 5) Impersonal
+ketika melakukan tugasan & kerja, Tidak boleh bersifat/berunsurkan hal² peribadi.
+contohnya: Majikan tidak boleh ingin bercinta dengan para pekerja berlawanan jantinanya.
+Para pekerja juga tidak boleh merasa ingin bercinta antara mereka atau dengan orang atasan.
+Majikan dan para pekerja perlu bekerja dengan profesional, Impersonal dan tidak melibatkan isu² peribadi
+Matlamat utama yang perlu difokuskan oleh setiap ahli organisasi adalah mencapai visi, misi & kejayaan sesuatu organisasi.
+Contoh lain juga: Suami & Isteri atau Anak² tidak boleh bekerja dalam satu jabatan/ Bahagian yang sama kerana kebarangkalian untuk mewujudkan impersonal(bersifat peribadi) dalam menjalankan pekerjaan & tugasan.
+Wallahu'alam. Mungkin ada perbincangan mendalam Ahli Akademik yang lain. Sekadar perkongsian.

Ruj: Nota Kuliah Prinsip Pengurusan, KUIPSAS, Pn Hasbanu
Nota Kuliah Asas Pengurusan, KUIPSAS, Pn Hasbanu
_____________________________

Selain itu, perlu juga diteliti kepada beberapa etika yang digariskan oleh Islam dalam perhubungan antara lelaki & Perempuan. Seperti aspek: pakaian, tabarruj, tidak gurau senda melampau, tidak bersentuhan, berkomunikasi mengikut keperluan serta bertujuan penting dan sebagainya.

Penulis meminta maaf, bukanlah tujuan penulis untuk merendah-rendahkan meeting disebalik tabir. Ianya amat bagus dipraktikkan di Madrasah, Sekolah agama atau sebagainya.

Tulisan ini hanya untuk memberi panduan kepada Mahasiswa² universiti, penggerak² Dakwah, Muslim yang bekerja di alam Pekerjaan serta dunia korporat yang bercampur pelbagai jenis ragam manusia, agama & kefahaman tentang ajaran Islam.

Wallahu'alam. Panduan & Peringatan buat penulis juga. Semoga bermanfaat.

#Pengurusan Islam
#Pengurusan Profesional
#Profesional Muslim

(Ditulis Oleh:
Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

Facebook Page: https://m.facebook.com/Jejak-Fikrah-Muslim-1433148863611241/

Thursday, 21 January 2016

PEMUDA, ADA APA DENGAN PEMUDA?

PEMUDA, ADA APA DENGAN PEMUDA?

Pemuda Selalu Melakukan Kesilapan Dalam Hidup,
Dan pasti akan melakukan kesilapan.
Kerana Tiada seorang pun pemuda yang sempurna.

Namun, kesilapan jangan disengajakan.
Andai pemuda terlakukan kesilapan, rendahkan diri dan perakui kesilapan yang dilakukan, mohon maaf daripada mereka serta ambil nasihat & teguran positif daripada siapa pun.

Menjadi pemuda yang dipenuhi kelemahan dan kesilapan tidaklah menjadi halangan besar untuk pemuda kehadapan untuk mengejar kejayaan.

Kerana kunci kekuatan kepada seseorang Pemuda adalah positif, bermotivasi, bersikap terbuka dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun mengahadapi seribu cercaan, seribu ujian, seribu kesilapan mahupun pelbagai ranjau berduri.

Pemuda harus bangkit daripada kesilapan lalu,
Pemuda harus bersemangat meneruskan kehidupan mendatang,
Pemuda harus positif dengan dengan pelbagai kritikan & teguran,
Pemuda harus bermotivasi dengan pegangan seorang Muslim(Ajaran Al-Quran & As-Sunnah).

Biarkan, biarkan semangat meneruskan kehidupan menghancurkan kelemahan diri pemuda.

Pemuda, ada apa dengan pemuda.
Menjadi pemuda bukanlah untuk terus menyorok tatkala dunia Islam sedang dilanda kemunduran.

Menajadi pemuda harus bangkit daripada kesilapan untuk kehadapan bersama ikhwah-ikhwah lain bagi bekerja membangunkan Dunia dan Umat ini.

(Jejakfikrahmuslim.blogspot.com)

#Tiada pemuda dilahirkan sempurna
#Teruskan melakukan perubahan